Seronok apabila melihat perkembangan anak daripada masa ke semasa. Namun buat papa dan mama baru pasti tidak tahu apa yang akan berlaku apabila si manja menginjak usia enam, tujuh, lapan bulan dan seterusnya.

Ini antara yang boleh di jadikan panduan. Sebagai ibu bapa anda haruslah peka dengan setiap perkembangan si manja.

Enam bulan
– Selalu memberikan senyuman semasa anda bermain dan berinteraksi dengannya.
– Perkembangan emosi semakin meningkat.
– Duduk dengan sokongan yang betul.
– Boleh berguling.
– Boleh mula makan.

IKLAN

Bermula 6 Hingga 12 Bulan Perkembangan Ini Penting Untuk Anak. Jika Ok, Tak Perlu RisauTujuh bulan
– Boleh tersenyum apabila melihat dirinya di cermin.
– Mengenali ibu bapanya.
– Sudah mengetahui namanya.
– Akan meniru perkara-perkara mudah yang anda lakukan.

Lapan bulan
– Dapat memanggil nama ringkas seperti mama, ummi, papa,  dan baba.
– Boleh duduk tegak tanpa sokongan.
– Boleh berdiri untuk tempoh yang singkat.
– Boleh mencapai objek sebelah tangan.

IKLAN

Sembilan bulan
– Senyum dan ketawa apabila melihat anda.
– Membuat pelbagai bunyi, seolah-olah berbual dengan anda.
– Boleh merangkak.
– Memberi tindak balas segera apabila namanya dipanggil.

Sepuluh bulan
– Mula memahami maksud “tidak” dan “bye-bye”.
– Suka memukul objek dengan tangan.
– Berjalan dengan sokongan orang dewasa.
– Cuba menarik perhatian orang dewasa.

IKLAN

Bermula 6 Hingga 12 Bulan Perkembangan Ini Penting Untuk Anak. Jika Ok, Tak Perlu RisauSebelas bulan
– Menunjukkan minat terhadap buku berilustrasi menarik.
– Suka melakukan peniruan di persekitarannya.
– Boleh bercakap dengan satu perkataan yang  mudah difahami.
– Boleh mencari objek dengan mudah.

Dua belas bulan
– Boleh berdiri sendiri.
– Mula memahami arahan dan permintaan.
– Menoleh ke arah orang yang memanggil namanya.
– Menunjukkan minat terhadap buku kegemarannya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI