9 bulan mengandung kemudian melahirkan, bila tengok sahaja muka baby, hilang semua rasa penat lelah membawa perut dan sakit ketika bersalin. Pastinya setiap ibu ingin melihat bayi yang baru dilahirkan sihat dan seterusnya membesar dengan baik.
Namun setiap apa yang berlaku tentu ada hikmahnya. Siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuan Allah, pasti ada hikmah disebaliknya untuk setiap apa yang berlaku.
Ketika bayi sesusianya menjalani hidup normal, Nur Qhaira Sofea Mohammad Saufi disahkan menghidap Biliary Atresia atau penyakit hati kronik disebabkan masalah saluran hempedu tersumbat.
Menurut laporan sebuah akhbar, Ibunya, Nor Farhana Abdul Rahim, 31, berkata, anak bongsu berusia dua bulan 17 hari itu baru sahaja disahkan doktor menghidap penyakit berkenaan minggu lalu.
Menurutnya, doktor mengesyorkan Nur Qhaira Sofea atau dipanggil Sofea menjalani pembedahan segera sebelum usianya mencecah tiga bulan yang berbaki 13 hari lagi.
Kos Pembedahan Dibiaya Hospital, Tapi Perlu Bersedia Untuk Caj Lain
Menurut Nor Farhana, kos pembedahan akan dibiayai hospital namun dia dan suami, Mohamad Saufi Abu Bakar, 26, runsing memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan caj lain yang perlu ditanggung sendiri.
“Sofea dilahirkan normal tetapi saya mula mengesyaki sesuatu selepas melihat demam kuningnya tidak surut selepas dua minggu sedangkan ia sepatutnya berakhir pada hari ke-10.
“Disebabkan itu, saya dan suami kerap berulang alik ke hospital untuk membawa Sofea menjalani pemeriksaan dan keputusan ujian darah pada 30 September lalu mengesahkan anak saya menghidap penyakit berkenaan.
Ads
“Ibu mana tak sedih dan jujurnya, sukar untuk saya menerima hakikat itu pada mulanya namun doktor meyakinkan saya Sofea ada peluang untuk sembuh jika menjalani pembedahan bagi membuang hempedu dalam tempoh terdekat.
“Saya tidak khuatir memikirkan kos pembedahan tetapi buntu memikirkan cara mendapatkan wang untuk lain-lain bayaran kerana tidak bekerja manakala suami hanya bergantung dengan pendapatan sebagai penoreh getah bagi menyara kami sekeluarga termasuk dua anak lain,” katanya ketika dihubungi.
Mata dan Badan Sofea Masih Kuning, Perut Membesar
Berkongsi perkembangan terkini anaknya, Nor Farhana berkata, buat masa ini, Sofea berada di rumah dan tiada masalah untuk minum susu seperti biasa.
Malah Nor Farhana berkata, anaknya itu juga mudah diuruskan kerana tidak banyak meragam dan senang tidur pada waktu malam.
Ads
“Cuma mata dan badannya masih kuning manakala perutnya sedikit membesar kesan penyakit itu, jadi kami tiada pilihan kecuali mengikut nasihat doktor termasuk meneruskan pembedahan.
“Ahad ini, saya dan suami akan membawa Sofea menjalani ujian imbasan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
“Jadi ada kemungkinan doktor memberikan tarikh pembedahan pada hari sama,” katanya yang kini menetap di Felda Lawin Utara, Gerik, Perak.
Ads
Nor Farhana berkata, selain sumbangan, dia dan suami turut berharap rakyat Malaysia mendoakan supaya anaknya kembali sihat.
“Alhamdulillah, ada beberapa individu memberi sumbangan secara terus kepada saya dan suami selain menyalurkannya ke akaun bank kami ketika bertemu di hospital.
“Terharu kerana mereka sudi meringankan beban walaupun tidak mengenali saya dan suami dengan rapat.
“Hanya Allah SWT saja dapat membalasnya dan ketika ini, tiada apa yang saya harapkan kecuali melihat Sofea sembuh,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank bernombor 158136731651 atas nama Nor Farhana Abdul Rahim.
“Ish tak naik-naik berat anak, biar betul” Pasti mama papa risaukan bila berat si manja tak naik-naik.
Sebenarny bukan berat anak yang menjadi ukuran kesihatan mereka. Ada beberapa faktor lain lagi yang dikongsi oleh Dietitian ini.
MOMMIES JANGAN RISAU BERAT ANAK TAK NAIK
Berat sahaja bukan indikasi anak sihat. Banyak status dan comment tunjuk mommies risau bila berat anak tak naik.
Kesihatan anak bukan dinilai melalui berat badan sahaja tetapi ada banyak lagi faktor
seperti:
❤perkembangan motor skill (jalan, merangkak,berdiri)
❤ perkembangan fine skill (memegang, mencubit,memegang barang)
❤ perkembangan pertuturan (bercakap,kebolehan menyampaikan keinginan,membuat bunyi)
Dan lain lain…
Tapi kenapa ke klinik berat dan tinggi yang diukur?
Pertumbuhan fizikal adalah yang paling senang nak diukur oleh nurse dan selalu memberi indikasi:
1. Anak cukup zat
2. Anak tak kerap sakit
3. Perkembangan skill sedang berlaku
Indikasi lain perlu dinilai oleh health care profesional lain yang mungkin tak cukup manpower seperti speech therapost,occupational therapist, doctor dan dietitian/nutritionist..maka kami ajar nurse nurse untuk screening (tapis) kes yang perlj dirujuk melalui penilain berat dan ketinggian anak
Berat badan mungkin statik atau tidak naik bukan sahaja dari makan tak cukup, ia mungkin sebab:
🤮 Anak mengalami sakit dalam masa terdekat (demam, cirit birit, selsema, dan lain lain)
🏃♂️ Anak makin aktif (dah mula merangkak, berdiri, berjalan)
😁 Anak tengah tumbuh gigi (tidak selesa nak makan bukan sebab takde selera)
Dan kemungkinan yang lain..
JANGAN RISAU BERAT TAK NAIK
Selagi dalam julat putih yang normal tidak perlu risau. Selagi tak turun ke tahap kuning takpe teruskan usaha mommies untuk bagi anak yang sihat dan seimbang. Jangan paksa anak makan lebih dari kemampuan.
Mommies boleh cuba cara berikut untuk naikkan selera anak:
1. Ketika sakit
Boleh bagi makanan yang senang nak ditelan tetapi padat dengan tenaga (pudding,ice cream, soup berkrim, makanan berasaskan susu)
2. Ketika makin aktif
Banyakkan makanan yang boleh dipegang tetapi masih seimbang, ada protein,carbohydrate dan fiber
(Rice balls, homemade sosej/nuggets,sanwhiches, egg rolls dll)
Tali pusat adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Setelah bayi dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat itu.
Di tempat tali pusat melekat ke perut pula, terdapat baki atau tunggl yang tertinggal sepanjang 2cm hingga ke 3cm. Dibahagian tali pusat yang dipotong, doktor akan meletakkan penyepit plastik di bahagian hujungnya. Tunggul tali pusat bayi akan gugur sendiri lebih kurang seminggu selepas bayi dilahirkan. Ada juga sesetengah kes, bayi akan mengambil masa sehingga 10 hari sebelum tali pusatnya tertanggal. Dalam pada itu, akan ada luka kecil di bahagian tunggul pusat, tetapi anda tidak perlu risau kerana bahagian tersebut akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.
Fungsi Tali Pusat Dalam Kandungan
Membekalkan nutrisi dan oksigen.
Membawa bekalan zat untuk bayi.
Tanda-Tanda Jangkitan
Tali pusat dan dibahagian tunggul pusat berbau busuk.
Ada cecair kuning seperti nanah keluar dari tali pusat.
Bahagian pusat bayi kelihatan merah dan kelilingnya lebih lembut dari biasa.
Bayi diserang demam panas
Bayi kelihatan lesu.
Bayi tiada selera untuk menyusu
Cara Bersihkan Tali Pusat Bayi
Bahan-bahan:
Bekas air
Putik Kapas
Alkohol swap atau spirit
Kapas
Cara Bersihkan:
Bersihkan tangan sehingga bersih. Amalkan setiapkali sentuh bayi, cuci tangan terlebih dahulu. Tangan adalah anggota yang paling banyak kuman, jadi apabila tangan sentiasa bersih, penyakit pun dapat dielakkan daripada menjangkiti bayi.
Keringkan terlebih dahulu bahagian pusat bayi dan disekelilingnya dengan cara anginkan atau lap dengan kapas atau putik kapas. Jangan gunakan tuala untuk mengelakkan habuk atau bulu tuala melekat di pusat bayi.
Lap tali pusat bayi dengan menggunakan cecair spirit yang diberikan oleh doktor. Letakkan di atas kapas dan lap sekitar pusat termasuklah sepit yang digunakan untuk menyepit tali pusatnya.
Sapu seluruh pangkal pusat dan hujung pusat. Fungsi antiseptik ini adalah hendak membunuh bakteria yang melekat.
Sumber: women online magazine
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dulu masa kita kecil mandi hujan adalah aktiviti yang paling menyeronokkan. Langsung kita tak pernah terfikir soal demam dan sebagainya. Tapi betul ke kalau kena hujan terus akan demam?
Menurut perkongsian Dr Erna Nadia, keadaan kita tidak sama macam dahulu. Jadi sebaiknya jangan lepaskan anak-anak untuk main hujan sesuka hati. Atmosfera yang semakin kotor ditambah dengan pengudaraan yang tidak sihat akan mengakibatkan banyak penyakit yang mengundang. Baca perkongsiannya.
Betul ke bila kena hujan sure akan demam?
Ok macam ni.
Pendedahan kepada hujan tidaklah akan terus menyebabkan demam. Demam berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman, tak kiralah bakteria ka virus ka parasit ka fungal ka atau apa sahaja jenis kuman yang wujud di dunia.
Jadi, apa kaitan bila kena hujan je ada sesetengah orang demam selsema batuk dan sebagainya?
Macam ni. Bila hujan, suhu menjadi rendah aka sejuk. Bila suhu rendah atau keadaan sejuk, imun dalam badan kita jadi kurang bagus. Bila imun dalam badan jadi kurang bagus, kita mudah untuk jatuh sakit. Tapi kalau imun badan kita hebat, biarlah suhu rendah pun, badan kita masih tetap utuh melawan kuman kuman yang menyerang.
Ada yang tanya, ada petua mana tah dapat kata ayaq hujan ni bagus untuk kesihatan badan. Jawapannya adalah tidak. Nehi. Nyet. NO!
Ada yang tanya lagi, di tempat depa tiada pencemaran, kawasan sekeliling di penuhi pokok pokok yang masih hijau. Jadi kalau hujan sure tak kotor. Jawapannya tetap TIDAK.
Anda kena faham yang mana atmosfera kita tak seperti dulu kala. Atmosfera kita sudah banyak dicemari oleh asap asap kotor. Contoh asap dari kilang kilang yang makin melata, asap dari kenderaan yang makin berlambak, asap dari rokok vape dan bahan tembakau lain, asap dari pembakaran secara terbuka dan asap dari hati yang marah. Ok tak lawak, saja cuba.
Sebab tu, dulu dulu bolehlah anda nak jemur bayi anda, tapi tidak lagi sekarang. Atmosfera yang kotor dan makin menipis menyebabkan kulit kita mudah terdedah dengan sinaran uv yang tinggi juga. Jadi, gunalah sunblock ya jika ada aktiviti luar.
Ok berbalik pada soalan hujan. Bila terdedah kepada hujan, kita tidaklah secara langsung akan dapat demam atau selesema. Namun, jika imun badan kita lemah, kita boleh dapat demam dan selesema akibat perubahan cuaca dan penurunan suhu badan.
Nak kuatkan imun badan, makanlah makanan yang sihat (yang fresh ye tak perlu supplemen) dan kenalah bersenam.
Kredit: Erna Nadia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.