Nak buat orang gembira tak susah. Selain menzahirkan melalui kata-kata, bila kita buat kejutan pun dah boleh membahagiakan mereka. Tidak dinafikan banyak bisnes servis kejutan yang ada di pasaran tetapi kita perlu bijak untuk mencari yang terbaik, kita pun akan rasa puas hati!
Salah satu perniagaan servis kejutan ini adalah Balloon N Party Supplies. Mereka lebih fokus kepada servis kejutan berasaskan belon dan turut menawarkan perkhidmatan dekorasi yang menarik.
Kalau dilihat di Instagram, banyak pilihan dekorasi menggunakan belon yang boleh Cik Nina dan team lakukan. Satu kelainan kerana biasanya orang sukakan bunga segar mahupun coklat, tetapi Balloon N Party Supplies memilih sesuatu yang berbeza. Paling penting, unik dan cantik!
Suka Tengok Orang Gembira Dapat Kejutan
Menurut Pengarah Balloon N Party Supplies, Cik Nina Azalina Abdul Razak atau mesra disapa sebagai Cik Nina, perniagaan ini bermula secara tidak sengaja. “Saya bekerja dalam bidang akaun dan kewangan, tapi jauh di sudut hati nak buat sesuatu yang boleh menggembirakan orang lain.
Secara tak sengaja, saya cuba-cuba buat bisnes servis kejutan ni. Bila lihat reaksi orang yang mendapat kejutan tu, buat saya pun rasa seronok.”
Tambah Cik Nina lagi, segala rasa penat hilang apabila dapat melihat seukir senyuman di wajah seseorang yang diberi kejutan. Pada ketika itulah Cik Nina membuat keputusan untuk serius dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan Balloon N Party Supplies.
Bertapak Di Pasaran Sejak 2016
Ketika ditanyakan sejak bila perniagaannya ditubuhkan, Cik Nina memberitahu dia bermula sejak 2016. Biarpun mengambil masa untuk stabil dan banyak cabaran yang perlu ditempuhi, dek kerana minat Cik Nina terus cekal berusaha untuk memantapkan perniagaannya.
“Memang banyak cabarannya. Kalau nak bercerita tentang modal juga banyak yang perlu saya keluarkan. Selain itu, berkorban masa dan tenaga, demi untuk memajukan bisnes bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuat. Namun demi mengekalkan perniagaan ini yang juga sudah menjadi minat, saya perjuangkan segalanya.
Ads
Alhamdulillah, saya dikurniakan keluarga dan rakan-rakan yang sangat supportive dan sentiasa menjadi tulang belakang. Bukan mudah nak berniaga, hati kena kental. Semangat pun kena berkobar-kobar, barulah setiap usaha membuahkan hasil.”
Banyak Pilihan Menarik Untuk Buat Kejutan
Selain menjadikan belon sebagai material utama untuk menghasilkan dekorasi istimewa, perniagaan Cik Nina juga mempunyai beberapa pilihan lain sekiranya ada pelanggan yang mahu mengatur kejutan buat insan tersayang.
Balloon & Party Supplies boleh menyediakan penghantaran serta dekorasi kejutan untuk pelbagai acara seperti majlis hari jadi, ulang tahun, lamaran, pengumuman jantina bayi, graduasi dan macam-macam lagi.
“Kami boleh buat dekorasi di rumah, hotel, dewan atau restoran. Selain menggunakan belon, kami juga banyak membuat dekorasi dengan bunga segar bagi menaikkan seri. Selain itu, kalau ada pelanggan yang berhasrat untuk buat on the go suprise, boleh pilih set minum petang. Pakej ini dah termasuk dengan makanan dan belon.”
Ads
Selain itu, Cik Nina juga turut memberitahu ada sesetengah pelanggan yang mahukan jambangan bunga yang tahan lama. Sekiranya ada, Cik Nina akan menyarankan pelanggan untuk memilih bunga sabun yang lebih tahan lasak serta wanginya juga akan berkekalan. Untuk kelainan, pelanggan boleh memilih jambangan bunga yang dibuat daripada belon.
Kuasa Membeli Makin Kurang Jadi Cabaran
Menjawab persoalan tentang kesukaran yang dialami sepanjang berniaga, Cik Nina menjelaskan salah satunya adalah kuasa membeli yang semakin berkurangan. Memandangkan ekonomi negara masih belum stabil sepenuhnya, semakin ramai yang berfikir dua kali sebelum membelanjakan wang mereka.
“Kita kena faham pasaran sekarang. Bukan saja pesaing yang banyak, tetapi juga cabaran ekonomi hari ini membuatkan ramai orang yang tak mahu habiskan duit untuk bisnes servis kejutan macam Balloon N Party Supplies. Itu bukan salah mereka, sebab itulah pengusaha seperti saya perlu bijak merancang pelan pemasaran supaya kami masih menjadi pilihan.
Bercerita tentang rasa down, dah tentu ada. Bagi saya, tak salah untuk kita ambil masa untuk berehat seketika sebelum kita bangkit dan berjuang semula. Dengan izin Allah SWT, setiap yang berusaha akan ada hasilnya kalau kita selalu bersangka baik dengan setiap ujian yang datang.”
Ads
Bangga Mampu Ada Kedai
Tidak menafikan kesukaran untuk terus bertahan dalam bisnes servis kejutan, Cik Nina kini mampu berbangga dengan pencapaiannya. Kalau dahulu dia memfokuskan bisnes di atas talian, kini dirinya sudah ada kedai untuk menjalankan perniagaannya.
“Kalau dahulu saya memang berniaga atas talian. Semua tempahan disediakan di rumah sebelum dihantar kepada penerima. Kesukarannya bila ada tempahan dalam skala besar, memang tak muat nak buat di rumah.
Syukurlah, hasil kerja keras bersama team Balloon N Party Supplies, saya kini boleh berbangga bila berjaya buka sebuah kedai. Sekarang ni tak ada masalah untuk penuhi permintaan pelanggan, sebab kami ada ruang yang luas untuk menyiapkan semua tempahan.”
Mahu Lebih Maju & Buka Cawangan Lain
Wanita berusia 35 tahun ini juga bersemangat ketika ditanyakan tentang perancangan masa depan Balloon N Party Supplies. Katanya, dia memasang hasrat untuk membuka lebih banyak cawangan lain di sekitar dalam dan luar Selangor.
“Dengan cara ini bisnes dapat dikembangkan dan lebih ramai yang akan nampak potensi perniagaan saya. Biarpun perniagaannya saya ni memfokuskan kepada perhiasan belon, tapi kami sentiasa berusaha untuk menampilkan kelainan dan terbuka dengan sebarang teguran untuk menjadi lebih baik.
Semoga impian saya menjadi kenyataan, mana tahu dengan tercapainya keinginan saya ini dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada ramai orang. Untuk berjaya dalam bisnes, kena rajin dan jangan berhenti belajar. Terimalah pandangan oang dan jangan mudah berputus asa,” akhiri Cik Nina.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang servis serta pakej istimewa yang ditawarkan Balloon N Party Supplies, boleh klik SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang 25 Oktober – 11 November 2018 ada kempen KouKou Fun Time di Sunway Velocity Mall! Apa yang menariknya, ia bertemakan makanan pedas yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Anda dan si kecil berpeluang bertentang mata dengan replika karakter KouKou dan yang lainnya. Terdapat juga pelbagai aktiviti permainan buat semua peminat KouKou untuk disertai. Tidak kira peringkat umur, sama ada anak kecil, remaja mahupun dewasa, kesemuanya boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang telah disusun khas untuk para pengunjung.
Antaranya adalah seperti bengkel Kiddie, aktiviti AR, sesi meet and greet karakter KouKou, sesi bergambar di photobooth, penebusan hadiah, jualan merchandise comel dan banyak lagi.
Anda sekeluarga berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra serta mengambil gambar dengan karakter-karakter KouKou pada 3 dan 4 November 2018 dalam jam 1 petang, 3 petang dan 6 petang. Temui mereka di Tingkat Satu, V Boulevard
Menarik untuk anda ambil tahu, bagi menebus hadiah yang ditawarkan iaitu DreamWorks Kou Kou Shopping Bag, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM300 (RM200 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 3 resit. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tebus segera jika anda memenuhi syarat-syaratnya di Tingkat Satu, V-Boulevard.
Apabila berkunjung ke Sunway Velocity Mall, nikmatilah pelbagai hidangan makanan pedas yang lazat di mana-mana 100 outlet F&B di sini. Antara yang boleh menjadi pilihan adalah seperti di 4 Fingers di Tingkat 1, V-Boulevard dan Chicken Plus di Tingkat 2, VeloKiddie Playground.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerja menggosok pakaian antara tanggungjawab rutin yang perlu dilakukan oleh semua orang.
Apabila sudah bergelar isteri dan ibu sudah tentu tanggungjawab tersebut menjadi berganda kerana perlu menggosok pakaian kerja suami dan uniform sekolah anak-anak yang masih kecil.
Kebanyakan ibu sering mengeluh dan merasakan tugas menggosok pakaian boleh menjadi bebanan.
Ibu perlu bijak menyusun jadual tugasan harian rumah agar kerja menggosok pakaian tidak menjadi satu tekanan kepada mereka.
Sebenarnya bukan golongan ibu sahaja yang merasakan tugas menggosok pakaian kadangkala mengambil masa yang lama dan sedikit leceh.
Tetapi ada juga golongan lelaki dan wanita solo yang bekerja kurang gemar melakukan kerja tersebut sehingga ada yang sanggup menghantar pakaian mereka ke dobi untuk digosok.
Penyelesaian Mudah Untuk Semua
Dengan perkembangan teknologi terkini, tugas menggosok pakaian bukan lagi satu perkara yang membosankan. Ia mampu menjimatkan masa, tenaga dan yang pasti memudahkan urusan menggosok pakaian.
Philips 3000 Series Handheld Steamerdicipta bagi memudahkan semua lapisan masyarakat menggosok pakaian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Perkakas ini tepat pada masanya di kala ramai yang sudah kembali bercuti ke merata tempat atau menziarahi keluarga dan kawan-kawan.
Handheld Steamer sudah tentu menjadi penyelamat untuk tampil menarik dengan pakaian yang tidak renyuk walaupun sedang menikmati percutian di mana sahaja.
Ia bukan sahaja berguna untuk menghilangkan kedutan pakaian tetapi juga menyegarkan semula pakaian hapak dan menghilangkan kedutan fabrik lembut yang tidak sepatutnya ditekan menggunakan seterika biasa yang keras.
Handheld Steamer ini berfungsi sebagai teman ideal anda untuk sentuhan yang cepat dan mudah di rumah atau semasa dalam perjalanan.
Ini Sebab Setiap Rumah Wajib Ada Handheld Steamer
1. Padat dan boleh dilipat, mudah digunakan dan disimpan
Direka dalam saiz yang padat, ringat dan boleh dilipat bagi mudah menggunakannya dan disimpan.
2. Sedia untuk digunakan sepantas 30 saat
Sedia untuk mula diwapkan dalam masa 30 saat sahaja. Nyalaan lampu menandakan anda sedia untuk menggunakannya dan selesa dalam masa yang singkat. Tak perlu menunggu lama dan bersusah payah.
3. 1000W dengan kadar wap berterusan sehingga 20g/minit
Handheld Steamer ini membekalkan wap sehingga 20g seminit secara berterusan.
4. Papan seterika tidak diperlukan
Jimat masa dan tidak merenyahkan. Mengewap tanpa merumitkan. Jimat masa dalam keadaan adan tergesa-gesa dan tidak perlu menyediakan papan seterika.
5. Mempunyai tangki air saiz 120ml mudah diisi semula
Philips Handheld Steamer Siri 3000 ini dilengkapi dengan tangki air boleh buka bersaiz 120ml untuk mengewap sehingga selesai menggosok sehelai pakaian tanpa perlu mengisi air semula. Tangki air pengewap boleh dibuka dan diisi semula di bawah sinki.
6. Wap membunuh 99.9% bakteria
Dalam kehidupan masa kini yang banyak risiko jangkitan bakteria dan virus, penciptaan seterika wap ini menyediakan penyelesaian yang sihat dan bersih. Steamer ini membunuh 99.9% baketeria. Anda juga boleh mengewap langsir dan cadar.
Wap panas Handheld Steamer Siri 3000 menyegarkan pakaian lembut dan pantas menghilangkan bau. Kurangkan membasuh, kurangkan menggosok, jimat tenaga dan dapat memanjangkan jangka hayat pakaian anda!
8. Selamat pada semua fabrik yang boleh diseterika, dijamin tidak melecur
Steamer ini selamat digunakan pada semua fabrik dan pakaian yang boleh diseterika. Plat wapnya boleh ditekan dengan selamat pada mana-mana pakaian tanpa risiko terbakar, penyelesian yang bagus untuk fabrik lembut seperti sutera.
9. Plat wap logam untuk hasil stim yang lebih baik
Plat wap logamnya membolehkan anda menekan steamer dengan selamat pada fabrik semasa mengewap pakaian, memberikan hasil yang lebih baik tanpa risiko terbakar. Selamat digunakan pada fabrik jenis paling lembut.
10. Beg disediakan untuk mudah disimpan
Philips Handheld Steamer Siri 3000 didatangkan dengan kantung, sangat berguna semasa anda pergi bercuti atau untuk disimpan dengan mudah di rumah.
Tunggu apa lagi dapatkannya sekarang dengan harga hanya RM239 sahaja!
Kalau nak menang hadiah steamer ini, jawab soalan mudah berikut. Tarikh tutup pada 20 hingga 30 Julai 2022.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Romper bayi merupakan pakaian yang sangat mudah dan ringkas untuk bayi. Selain selesa dipakai ia juga membuatkan bayi nampak comel bila memakai romper.
Selain itu proses penukaran lampin juga mudah dilakukan kerana ada butang di bahagian kelangkang untuk memudahkan ia dipakai dan ditanggalkan.
Terdapat banyak pilihan romper bayi di pasaran sampai rambang mata ibu hendak pilih. Selain berfungsi sebagai pakaian, romper juga merupakan ‘trademark’ untuk bayi tampil comel dan selesa.
Jika ibu sedang mencari romper untuk bayi yang bakal lahir atau yang sudah beberapa bulan usianya perlu ambil kiri beberapa kriteria sebagai tip ketika membeli.
Pilih fabrik yang selesa
Dalam memilih pakaian untuk bayi, ibu perlu beri perhatian kepada fabrik yang digunakan. Ini kerana bayi mudah berpeluh dan kerap mendapat ruam. Jadi fabrik kain kapas yang selesa dapat mengurangkan risiko tersebut.
2. Rekaan yang ringkas dan mudah
Tak perlu terlalu memilih rekaan pakaian yang keterlaluan untuk bayi anda. Si comel hanya memerlukan pakaian romper yang ringkas dan minima coraknya.
Romper dengan rekaan ringkas pastinya berbaloi dibeli kerana dengan jagaan yang baik ia boleh diguna pakai semula untuk anak seterusnya.
3. Utamakan kualiti
Walaupun sekadar sehelai romper tetapi jika memilih yang berkualiti anda pasti tidak pernah menyesal kerana berpuas hati dengan nilai kualiti berbanding beli dalam kuantiti yang banyak tanpa tidak tahan lama.
4. Tidak mengecut bila dicuci
Pastikan romper yang dibeli tidak mengecut apabila dicuci. Romper yang berkualiti sepatutnya menjadi lebih lembut dan cetakan coraknya tidak hilang apabila dicuci. Paling penting saiz baju tidak mengecut menjadi lebih kecil bila dicuci.
Tip Beli Romper Bayi
Jika masih keliru dengan pelbagai pilihan romper di pasaran, apa kat mama dan papa cuba koleksi romper dan lain-lain produk jenama KAYS+KINS untuk si manja.
Ini antara sebabnya kenapa ‘menang membeli alah memakai’ koleksi KAYS+KINS untuk bayi.
KAYS+KINS ialah jenama pakaian bayi yang menekankan penciptaan produk yang berkekalan, praktikal dan versatile dengan reka bentuk yang tidak ketinggalan zaman.
Perincian pakaian, bukan sahaja dari diperbuat daripada fabrik organik dan selamat, tetapi juga sangat selesa dipakai kerana KAYS+KINS mementingkan keselesaan bayi.
Fabrik pakaian KAYS+KINS diperbuat daripada buluh dan kapas organik yang diperakui GOTS, yang dipercayai sebagai gabungan bahan terbaik untuk menghasilkan pakaian bayi yang paling selesa.
Menyediakan kotak kenang-kenangan untuk ibu bapa mengukir maklumat bayi mereka di atasnya, supaya mereka boleh menyimpan semua barang berharga bayi sama ada gambar ultrasound, mainan, gigi pertama dan banyak lagi.
Convertible footies growsuit bagi memenuhi keperluan tumbesaran bayi di mana rekaan romper membolehkan ibu ayah memakaikan ‘buil-in footies’ apabila bayi memerlukan perlindungan tambahan daripada kesejukan, tetapi pada masa yang sama, mereka juga boleh menanggalkannya apabila bayi perlu berjalan dan bergerak aktif.
KAYS+KINS bodysuits mempunyai dua butang di sekeliling garis leher untuk mengelakkan regangan berlebihan. KAYS+KINS meletakkan semua butiran itu ke dalam reka bentuk mereka, bagi mewujudkan persekitaran yang paling selesa untuk bayi.
Semua pakaian KAYS+KINS termasuk kad ucapan dan hiasan kotak hadiah, dilukis dengan tangan oleh artis. Mereka mengutamakan banyak reka bentuk estetik untuk cetakan, bukan sahaja untuk ketahanan dan kelembutan bahan, tetapi untuk memastikan ia tidak terlalu tegang, kasar atau tidak berbentuk walaupun sudah dicuci banyak kali.
Pakaian KAYS+KINS menjadi lebih lembut dengan setiap cucian dan direka untuk relevan sepanjang zaman. Semua cetakan pakaian KAYS+KINS dicat dalam rona gaya Scandinavia supaya ibu bapa dapat menurunkan pakaian itu kepada bayi mereka yang seterusnya tanpa mengira jantina apa.
KAYS+KINS baru sahaja melancarkan koleksinya di pasaran Malaysia dan Singapura pada bulan Mac lalu.
Anda boleh membeli secara dalam talian terus di laman web www.kaysandkins.com atau datang terus ke butik Happikiddo jika anda ingin menyentuh dan membelek sendiri koleksi romper mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.