Ayah merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidup anak-anak. Seawal usia mereka masih kecil, idola mereka tentu sekali ayah. Sebolehnya, ayah-ayah luangkan masa untuk bersama anak terutama anak lelaki. Kenapa penting? Ikuti perkongsian ini.
Bermula usia 6-13 tahun, anak lelaki akan mula tertarik kepada lelaki lain yang lebih dewasa.
Mereka itu boleh jadi ayah, pakcik, datuk, ayah tiri atau saudara lelaki yang lain.
Pada usia ini juga, ayah menjadi lebih penting kerana anak lelaki mula tersedar yang satu hari nanti mereka juga akan jadi lelaki dewasa.
Akan timbul minat untuk anak belajar bagaimana untuk menjadi seorang lelaki yang sebenar.
Jika lelaki dewasa yang rapat dengannya ialah ayah, dia akan mula mendekati, belajar dan meniru setiap kelakuan si ayah.
Ads
Pada waktu ni juga, secara fitrahnya dia bersedia untuk belajar dan mendengar kata-kata dari ayah.
Ambillah peluang ini supaya:
1. Anak lelaki belajar berhujah dan berkata-kata daripada ayahnya.
Anak lelaki akan belajar, lelaki boleh berhujah dengan tenang tanpa menyakiti sesiapa.
2. Anak lelaki belajar meluahkan perasaan dengan memerhati ayahnya.
Ads
Penting untuk anak melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.
3. Anak lelaki perlu lihat ayahnya bersama-sama menguruskan kerja di rumah bersama ibunya.
4. Anak lelaki perlu diajar oleh ayah yang ibunya bukan bibik di rumah. Ibunya perlukan rehat, makan dan tidur yang secukupnya.
5. Yang paling penting, ayah mesti ajarkan pada anak lelaki, wajib hormat pada wanita terutama pada ibu sendiri. Anak perlu lihat ayahnya sentiasa mempertahankan maruah ibunya dalam apa jua keadaan.
Ads
Membuka aib wanita, bercerita perkara yang lucah dan mencarut bukanlah ciri-ciri maskulin yang kita nak anak lelaki belajar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Kebanyakan anak-anak sekarang dah tiada keseronokan masa kecilnya macam kanak-kanak dulu disebabkan kekangan dari ibu bapa sendiri.
Jika diperhatikan dengan trend hari ini anak-anak kecil dah terhad aktiviti fizikalnya seperti berlari sana-sini dengan berkaki ayam, memanjat, bermain di padang atas alasan keselamatan dan ibu bapa tiada masa kerana bekerja.
Disebabkan faktor inilah, anak-anak sekarang dipaksa untuk jadi ‘dewasa’ hingga melenyapkan fitrah zaman kanak-kanaknya untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak seusianya.
Kebanyakan ibu bapa sekarang selesa mengetengahkan kehidupan anak-anak di laman sosial dengan menampilkan kehidupan anak-anak yang elok-elok sahaja.
Seperti yang dikongsikan oleh Pakar Motivasi, Najmi Nawawi ia umpama norma masyarakat untuk menjadikan anak mereka ‘Instagram/Facebook Worthy’ untuk ditayang di laman sosial. Bangga dengan anak itu tidak salah, tapi ianya akan jadi salah jika kita bunuh fitrah mereka.
Fitrah anak-anak untuk bermain, untuk comot, berlari sana sini, memanjat, berguling di padang, makan tumpah, rumah berselerak, main dengan binatang dan sebagainya.
Fitrah ini ialah sebenarnya suatu yang perlu dipelihara. Kerana melalui fitrah yang dianggap ‘not Instagram/Facebook worthy’ inilah yang akan menguatkan otot, menyihatkan saraf dan menyiapkan kekuatan mental mereka.
Jika kita terlalu mementingkan apa yang orang lain kata daripada memelihara fitrah anak kita sendiri. Mahu anak bersikap ‘dewasa’ untuk mendapat pujian manusia. Dikhuatiri kita akan menyesal satu hari nanti.
Sebab itu, para saintis juga mendapati bahawa tindakan menghalang anak daripada meneroka dunia luar ini menjadikan anak 3 kali ganda lebih cenderung menghidapi lelah (asthma), alergi, obesiti dan diabetes.
Kesimpulannya, anak yang comot ialah 3 kali ganda lebih sihat.
Penyanyi rap, Caprice yang berkahwin dengan Farra Inalis, ibu anak satu kini dilihat tak kekok menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Apa yang boleh dipuji, Caprice mula mengambil inisiatif untuk mengajar anak tirinya, Aleesya Sofea berbahasa Inggeris.
Menerusi akaun instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkongsi cara tersendiri mengajar anaknya.
Menurut Caprice, pertuturan mereka dalam Bahasa Melayu masih dikekalkan sebanyak 70 peratus manakala bakinya pula adalah Bahasa Inggeris.
“Ada yang tanya dekat rumah Cap dengan anak cakap bahasa apa..70% BM 30% English. Tapi dari mula lagi saya ajar Aleesya untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan saya.
“Contoh ada masa kalau dia ajak Cap main mainan, syarat saya adalah dia kena cakap Inggeris sahaja. Di sebabkan dia benar-benar mahu bermain, dia cuba sedaya upaya untuk bercakap dan memahami.
“Sekarang dia yang sibuk tanya Cap, what is on the news today.. Kita cubalah kongsi dengan dia topik-topik yang tak berat sangat supaya lebih tahu keadaan semasa. Lagi satu percayalah apa yang kita cakap, anak mudah faham dan ikut, InsyaAllah doa hanya yang baik-baik sahaja,” kongsinya.
Sebelum ini, Caprice menyatakan hasrat untuk mengajar Aleesya Sofea yang berusia lima tahun itu berbahasa Inggeris dan Perancis.
Suka melayan anak
Sementara itu, dalam perkongsian video Caprice di sosial medianya, Aleesya begitu manja dan rapat sekali dengannya. Malah cara layanan Caprice benar-benar nampak kasih seorang ayah.
Bila di rumah atau ke mana-mana pun nampaklah kemesraan dua beranak ni yang suka bergurau satu sama lain. Bertuah Aleesya dapat daddy yang sporting dan penyayang. Betullah orang kata, kalau anak perempuan tak manja dengan ayah memang tak sah!
Malah ada yang menyatakan sejak Caprice berkahwin, jelas kelihatan sikapnya yang penyabar dan seorang ayah serta suami yang bertanggungjawab. Maksudnya Caprice terima isterinya dan seikhlas hati terima Aleesya sekali.
Kredit: IG Caprice & Aleesya Sofea
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membawa bayi yang masih kecil ke pawagam seolah-olah menjadi trend masa kini. Sesetengah ibu bapa sanggup membawa bayi yang masih kecil seawal usia dibawah 6 bulan masuk ke pawagam tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku kepada kesihatan bayi.
Menerusi perkongsian Doktor yang popular di media sosial, beliau mendedahkan beberapa risiko yang bakal berlaku kepada bayi dibawah usia 2 tahun jika di bawa ke pawagam. Ikuti perkongsian ini.
PAWAGAM BUKAN UNTUK BAYI
Sebelum bawa bayi kecil menonton filem di panggung wayang fikir dulu. Ada banyak faktor yang menyebabkan ia tidak berapa sesuai.
1. Bunyi di ukur melalui nilai decibel (dB). Secara amnya, decibel yang selamat untuk pendengaran adalah 85 dB ke bawah. Lebih daripada itu dianggap tidak selamat jika terdedah secara berterusan. Ini untuk dewasa, kalau bayi pendedahan kepada bunyi yang kuat secara beterusan boleh menyebabkan kerosakan.
2. Suhu di pawagam biasanya sangat sejuk; orang yang mempunyai selaput lemak yang tinggi pun boleh rasa kesejukannya. Inikan pula bayi yang kecil. Jika terdedah kepada suhu rendah terlalu lama, ia akan akibatkan hipotermia.
3. Pawagam adalah tempat yang tertutup. Bayi pula tidak boleh mengenakan pelitup muka akibat risiko sesak nafas. Bayi akan terdedah kepada risiko jangkitan kuman bawaan udara (airborne) dengan lebih mudah.
4. Koyak. Banyangkan tengah syiok layan jiwang sambil meleleh air mata, bayi menangis sekuat hati. Hati penonton akan koyak. Stress. Nak marah tapi kena sabar. Akhirnya rasa rugi pula beli tiket mahal-mahal.
Jadi, janganlah bawa bayi atau kanak-kanak yang tak faham cerita “heavy” di pawagam. Bergilir lah tonton di pawagam ataupun dapatkan khidmat penjaga.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.