“Berpantang Kena Betul” Pesanan Untuk Isteri Buat Suami Tambah Sayang, Rugi Kalau Mengelat!

Share

Soal berpantang kini kurang dititik beratkan oleh generasi muda. Asal sahaja makan secara sihat dan menjaga kesihatan diri, berpantang jadi mudah.

Pun begitu semuanya bergantung kepada tubuh masing-masing. Namun pesanan orang-orang lama jangan diabaikan kerana amalan kesihatan yang dibawa mereka juga sememangnya baik untuk kita.

Perkongsian Pn Mastura Rashid mengenai pesanan dari ibu mentuanya ini perlu kita amalkan. Bukan sahaja untuk kesihatan tubuh kita sendiri bahkan juga untuk mengekalkan kerukunan rumah tangga. Barulah suami makin sayang.


Tiga pesanan untuk para isteri. Beberapa tahun lepas, saya pernah kongsikan pesanan ini. Dan hari ni saya nak kongsikan semula untuk renungan para isteri sekalian.

Sejak saya bersalinkan anak pertama, inilah pesanan mak mentua yang saya ingat hingga kini, dan insyaAllah akan saya perturunkan pada anak perempuan apabila mereka berkahwin kelak.

1. Jaga kesihatan rahim
Berpantanglah dengan betul. Kerana sebenarnya waktu pantang adalah waktu terbaik untuk ibu pulihkan badan. Bimbang dah habis pantang nanti, sakit sana sini.

Jauhkan diri dari disentuh suami hingga terangsang, bimbang kelak mengundang penyakit dalaman. Makanlah berpada-pada dan pastikan ia berkhasiat untuk menambah susu, memulihkan tenaga badan dan memperbaiki emosi.

Pastikan cukup minum air supaya badan tak lesu dan sembelit. Bertungku, berdiang, berbarut, berbengkung, mandi herba wajib.

Cerita mak mentua lagi, biasanya sebelum pergi kerja, ayah mentua akan panaskan 6 biji tungku seawal jam 4 pagi untuk kegunaan mak mentua. Petang pun bertungku lagi.

Serius dia sangat berdisiplin, tambahan lagi ayah mentua memang put all effort dalam menjaga kebajikan mak mentua dalam pantang apabila dia tidak bertugas di hutan.

Disebabkan dari muda hingga tua sentiasa berpindah-randah dari satu kem askar ke kem askar yang lain, buatkan mak mertua sangat menjaga kesihatan dalamannya sebagai seorang ibu dan isteri. Kesihatan rahim ini juga termasuklah kebersihan dan kesihatan faraj.

Ada juga saya kongsikan beberapa senaman khas untuk merapi dan merapat faraj. Tak perlu meruang. Tak perlu sumbat apa-apa ya.

2. Jaga kecantikan payudara
Kecantikan payudara antara perkara yang mak mentua selalu tekankan. Pesannya, jangan sampai boleh dilipat ke belakang.

Walaupun setiap payudara wanita berlainan bentuk, penjagaannya tetap sama. Saya pernah kongsikan cara urutan payudara dalam CMT.

Sentiasa urut dan sapu minyak supaya tak berkedut, tak kendur terlalu awal. Paling baik adalah minyak khusus untuk urutan payudara, tetapi jika tiada, boleh guna flax seed oil atau minyak halba sendiri.
InsyaAllah ada masa saya kongsikan cara buat basic breast oil ni ya.

3. Masuk ke dapur
Dua perkara utama yang sentiasa mak mentua pesan adalah, jaga perut dan nafsu suami. Jika bergaduh, jangan sesekali mogok tak masak. Suami mudah dipujuk melalui masakan air tangan isteri. Mudah dipujuk dengan sentuhan dan belaian. Jadi jaga kehendaknya, jangan sesekali menolak tanpa sebab.

Nombor 1, 2 dan 3 jika dijaga, insyaAllah akan buatkan suami bertambah lagi rasa cintanya.

Semoga perkongsian pagi ni beri manfaat pada semua. Dan kita ubah untuk suami tercinta.

Mastura Rashid
Dari seorang isteri

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM