Iainya bagaikan satu keajaiban. Apa yang berlaku kepada seorang bayi di Leicester, United Kingdom memang menakjubkan. Bagaikan kata pepatah berpantang maut sebelum ajal. Seorang bayi lelaki membuka matanya buat pertama kali hanya beberapa minit sebelum mesin bantuan hayatnya dimatikan.

Tidak Bernafas dan Kebiruan, Pelbagai Usaha Untuk Selamatkan Oscar

Ketika dilahirkan, Oscar Bedford tidak bernafas dan kebiruan menyebabkan doktor melakukan pelbagai usaha bagi menyelamatkannya. Bagaimanapun usaha menyelamatkannya menemui jalan buntu hingga menyebabkan bayi itu terpaksa bergantung kepada mesin bantuan hayat.

Namun sewaktu ibu bapa Oscar, Greg dan Chealsea membawanya ke bilik khas di Hospital Leicester Royal Infirmary untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir, satu keajaiban berlaku.

Buka Mata Sebelum Mesin Bantuan Dimatikan

Sebelum itu, Chelsea mahukan ibunya, Sally-Ann bertemu dengan Oscar lalu membuat panggilan Facetime.

“Ketika panggilan itu, ibunya melihat Oscar membuka matanya dan dia hanya menjerit. Matanya terbuka untuk kali pertama dan ia sangat nyata, ia berasa seperti mimpi. Ia luar biasa dan ia perasaan terbaik di dunia,” kata Chealse.

Greg dan Chealsea membawa bayi mereka ke bilik khas di Hospital Leicester Royal Infirmary untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir.

Oscar kemudiannya dipindahkan ke Hospital Rainbows di Loughborough dan akhirnya kembali ke rumahnya di Hamilton, Leicester.

Perkembangan Oscar Seperti Kanak-Kanak Lain, Namun Menghidap Epilepsi

“Dia kini berusia 18 bulan dan dia seperti bayi yang berusia tiga bulan, suka tersenyum, ketawa dan suka lampu walaupun separa buta,” kata Chelsea.

Oscar juga mempunyai epilepsi dan tidak pasti berapa lama mampu bertahan. Chelsea berkata, Oscar berada dalam penjagaan intensif sebulan yang lalu dan mereka fikir akan kehilangannya.

“Saya tidak tahu berapa lama saya akan bersamanya tetapi ketika dia berada di sini, saya rasa dia sepatutnya mempunyai segala-galanya terutamanya selepas apa yang dilaluinya,” katanya.

Chelsea dan Greg mengumpul dana di GoFundMe untuk mendapatkan wang untuk fisioterapi, dengan sasaran sebanyak £1,000 (RM5,300).

Sumber: Sinar Harian & Inews UK