Berpantang Semasa Tempoh PKP? Nasihat Doktor Ini Harus Diambil Perhatian!

Share

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 agak mencabar buat semua. Ramai ibu-ibu yang bakal bersalin risau dengan keadaan wabak yang semakin serius. Banyak persoalan yang diutarakan oleh ibu-ibu hamil tentang bagaimana persiapan ketika dan selepas pulang dari hospital.

Doktor Maiza, Pakar O&G dari Prince Court Hospital berkongsi beberapa perkara penting yang perlu diambil berat oleh bakal ibu dan bapa lain ketika tempoh ini.

Persiapan yang perlu dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) Ketika musim Covid-19

Kepada sanak saudara, sahabat handai tak perlu melawat bayi baru lahir dalam tempoh PKP ini. Bagi ibu bapa pula, selepas pulang daripada hospital pastikan membersih diri segera. Suami dan isteri just stay at home tak perlu keluar. Orang luar juga tak perlu datang melawat.

Dah biasa berpantang dan perlu berurut?

Tak perlu upah tukang urut buat masa sekarang. Sebenarnya mengikut perubatan tiada urutan pantang, itu hanyalah tradisi dan budaya berpantang orang melayu. Saya cadangkan jika ibu-ibu tetap nak berurut, minta tolong suami urutkan. Kalau memang duduk dengan mak boleh minta tolong emak urutkan.

Jangan ambil risiko minta orang luar datang untuk mengurut buat masa sekarang. Kalau CL dah buat test Covid-19 dan kuputusan negatif mungkin boleh dipertimbangkan untuk dia datang menjaga ibu dalam pantang.

Akhir sekali jagalah kebersihan, sentiasa berjaga-jaga dengan sekeliling. Terapkan dalam minda, tiada satu pun yang bersih sehingga kita yang bersihkan.

Published by
NuFa