Berperang nak beri anak makan ubat supaya cepat sembuh situasi yang biasa yang perlu ibubapa hadapi. Sampaikan ada anak meraung-raung macam kena dera semata-mata terpaksa makan ubat. Mungkin kita sebagai ibu bapa boleh ikuti perkongsian dari doktor tentang cara yang betul untuk pujuk anak makan ubat tanpa perlu berperang.
TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT.
Banyak tips yang dikongsikan untuk memudahkan para ibubapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibubapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka.
Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah:
1. Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig rumah. Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang.
Ads
2. Berikan ubat yang perlu saja. Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus. Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa sakit. Ubat batuk yang dapat mengurangkan selsema. Ini memudahkan tugas ibubapa memberikan ubat untuk anak.
3. Berikan ubat dalam jumlah yang sedikit, demi sedikit dengan menggunakan syringe (picagari). Mungkin setiap kali berikan satu ml. Ambil sedikit masa untuk anak menghabiskan 5ml ubat.
4. Campurkan dengan madu. Bagi anak yang berusia 2 tahun ke atas, berikan ubat dan campurkan sedikit madu bagi membantu mengurangkan rasa pahit ubat yang bakal ditelan.
Ads
5. Berikan anak air yang mencukupi beberapa jam sebelum ubat diberikan. Anak yang mengalami dehidrasi selalunya lidah mereka lebih sensitif dan lebih mudah menolak ubat yang rasanya pahit.
6. Masukkan ubat dari tepi lidah supaya anak tidak mudah tercekik sepertimana kita memberikan ubat terus ke tengah lidah.
Ads
7. Ada beberapa ubat yang diformulasikan sebagai suppositories (ubat masuk punggung) terutamanya ubat demam. Boleh gunakan dengan meletakkan sedikit minyak bagi memudahkan masuk ke dalam punggung.
8. Tunjukkan kasih sayang ketika memberikan ubat pada anak, kerana pada masa itu anak-anak mahu rasa selamat, dilindungi dan disayangi. Memarahi anak bukan cara terbaik memujuk anak memakan ubat.
Tahukah ibu ayah kalau kerap menjerit-jerit pada anak kesannya sama buruk macam pukul mereka? Jadi tolonglah jangan buat lagi. Memang kebanyakan ibu ayah selalu menjerit-jerit pada anak kalau tengah marah atau geram.
Diharap selepas baca perkongsian daripada saudara Hazhari Ismail, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Sultan Idris (UPSI), kita boleh sama-sama muhasabah diri dan lakukan perubahan demi kebaikan masa depan anak.
IBU BAPA/GURU, TOLONG JANGAN MENJERIT-JERIT
Semasa saya menjalankan placement di salah sebuah sekolah di West Midlands, tugas utama saya sebagai Teacher Assistant (TA) di bawah pantauan supervisor, Mrs. Eve. Disebabkan ini kali pertama saya berhadapan dengan persekitaran yang berbeza dan tidak membesar persekitaran tersebut, maka semua adalah baru bagi saya.
Bahasa, kurikulum, ruang bilik darjah, bahan bantu mengajar, pedagogi guru, management dan sebagainya, semuanya adalah benda baru untu saya sesuaikan diri. Masih mentah.
Saya memerhati Mrs. Eve dari setiap sudut. Lagaknya sebagai seoarang guru yang berpengalaman, tidak pernah menaikkan suara atau menjerit kepada kanak-kanak. Penuh santun. Mata saya kadangkala terjegil keluar jika ada kanak-kanak yang tidak mendengar kata atau terlalu bising. Tetapi, tidak bagi Mrs. Eve. Setiap anak diberikan perhatian, dan mendengar kata. Pantas matanya melilau menjaga jika ada si kecil perlukan bantuan.
Ketika ada si kecil memanjat kerusi dan melompat, tidak pula dijerkahnya.
Satu kelas bising dan menjerit, tidak pula dibalas jeritan untuk mendiamkan mereka.
Kanak-kanak bergaduh berebut warna, dileraikan mereka dengan penuh keibuan.
Tiada langsung jeritan, tengkingan mahupun bebelan yang menyakitkan.
Langsung tiada.
Katanya,
“Yelling (menjerit) kepada kanak-kanak sama buruk dengan spanking (memukul) kepada mereka. Malah lebih teruk.” Aku mengangguk tanda setuju.
Masyarakat terlalu taksub dengan penderaan secara fizikal tetapi terlupa penderaan emosi. Lebih teruk, penderaan emosi mampu memberikan kesan jangka masa yang panjang sehingga dewasa berbanding fizikal. Ia jatuh di dalam kategori ‘Harsh Verbal Discipline’ yang sama kesannya jika menyumpah atau memberi kata-kata kesat kepada kanak-kanak. Menurut kajian dari Pittsburgh dan Michigan*, kanak-kanak yang kerap di jerit (yelling) pada waktu kecil, akan meningkatkan masalah behavior ketika dewasa.
Kajian pada tahun 2013, nearly average 90% ibu bapa akan yelled, menjerit, menyumpah, mencarut (yang sama dengannya) kepada anak-anak seawal usia 6 tahun.
Menurut Amy Morin, psyikoterapi yang muncul di dalam TEDx Talk yang mengkaji tentang mental manusia katanya yelling merupakan salah satu strategi yang tidak efektif untuk mendisiplinkan kanak-kanak, malah menerukkan lagi keadaan. Sebabnya?
Penyebab masalah behavior yang lagi teruk. Ia akan menjadikan perpetuating cycle, maksudnya lagi banyak kita jerit, lagi rebel kanak-kanak. Lagi tidak mendengar kata.
Tak alah (desentized) dengan volum suara. Kali pertama ibu bapa/guru yelling adalah untuk memberi perhatian. Tapi jika ‘nasihat’ yang selepas-selepas itu pun dalam keadaan menjerit, maka kanak-kanak sudah lali dan tidak sensitive dengan teguran tersebut.
Ibu bapa makin frust. Sebab kanak-kanak sudah biasa dengan keadaan yelling, mereka tidak akan berubah. Kita yang dewasa ini yang rasa penat.
Mereka belajar secara tidak sengaja yelling ini adalah pendekatan yang baik. Ibu bapa memberi role model kepada mereka. Jangan marah jika kanak-kanak yelling balik kepada kita ya.
Yelling adalah bukan satu bentuk mengajar. Sepatutnya, jika kita melihat kanak-kanak membuat salah, kita harus memberi suggestion dan option apa yang betul. Bukan tinggalkan dalam terpinga-pinga.
Ia menunjukkan ibu bapa hilang control pada kanak-kanak. Kanak-kanak ini kadangkala nak perhatian dan nak test reaksi ibu bapa. Jika kita hilang kawalan, macam mana kita nak didi mereka.
Alternatif lain selain yelling adalah negative reinforcement. Iaitu ambil keistimewaan yang kita berikan kepada mereka untuk pastikan mereka berkelakuan baik. Contoh, rampas mainan sampai dia dengar cakap, dan beri mainan semula kepada mereka.
Saya tahu, sebagai ibu bapa dan guru, kita sedaya upaya untuk tidak meninggikan suara. Tetapi terlepas juga. Jadikan habit, lama-lama sudah biasa. Jangan tak cuba langsung ya.
Bila saya observe student praktikal dan mendengar guru kelas sebelah menjerit-jerit kepada anak murid kelasnya, saya teringat Mrs. Eve bagaimana beliau memberi dimensi baru kepada saya dalam mendidik kanak-kanak secara hikmah.
Saya juga pernah buat silap dulu, tapi tidak terlambat nak betulkan balik. Kan?
*“Longitudinal Links Between Fathers’ and Mothers’ Harsh Verbal Discipline and Adolescents’ Conduct Problems and Depressive Symptoms,”
Sumber: Facebook Hazhari Ismail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak nak punya anak-anak yang cergas dan bijak? Sudah pasti semua ibu bapa inginkannya. Tapi, bukan semua ibubapa berjaya untuk memilikinya. Malahan, ada ramai ibubapa yang bingung memikirkan cara terbaik untuk meningkatkan kecerdasan anak-anaknya.
Pertumbuhan serta perkembangan otak anak yang berkualiti sebenarnya banyak dipengaruhi oleh perlakuan fizikal daripada kedua orang tuanya.
Selain itu, faktor makanan juga banyak mempengaruhi peningkatan kecerdasan otak anak. Berikut adalah menu makanan untuk anak yang bermanfaat untuk kecerdasan otak anak anda.
Daging Tanpa Lemak
Daging lembu bebas lemak adalah sumber zat besi yang dapat membantu membuatkan anak anda tetap berenergi dan menjadi lebih fokus ketika di sekolah. Daging lembu tanpa lemak merupakan sumber terbaik zat besi kerana ia mudah diserap oleh tubuh. Selain itu, menu makanan untuk anak anda ini juga mengandungi zink yang membantu memelihara daya ingatan.
Telur
Telur sebagai sumber protein. Kuning telur yang berada di dalamnya mengandung kolin yang cukup baik untuk membantu perkembangan otak. Lakukan secara rutin menu makanan untuk anak ada ini, sama ada sarapan pagi atau makan malam yang sihat.
Kacang
Kacang adalah makanan yang kaya akan vitamin E dan juga antioksidan yang dapat melindungi segala sel – sel otak terhadap radikal bebas terutama kacang macadamia dan almond. Bagi mendapatkan hasil terbaik, pilihlah menu makanan untuk anda anda yang terdiri daripada kacang yang rendah gula dan natrium.
Ikan
Ikan mengandung asid lemak yang bermanfaat, terutama ikan salmon. Ia merupakan sumber terbaik asid lemak omega 3 penting bagi fungsi dan pertumbuhan otak anak.
Sayur-Sayuran Berwarna
Sayuran bewarna seperti tomato, bayam, lobak merah ataupun labu adalah makanan yang kaya antioksidan. Menu makanan untuk anak anda ini dikatakan dapat membantu mempertahankan kekuatan dan kesihatan sel-sel. Semakin segar dan cerah warna sayuran, semakin tinggi kandungan antioksidannya.
6. Oat/Oatmeal
Makanan yang terkandung dalam bijirin ini cukup digemari anak-anak. Menu makanan untuk anak anda ini mengandung karbohidrat yang secara bertahap akan diserap oleh otak anak selama proses belajar di sekolah. Oat juga merupakan sumber yang baik untuk vitamin E, B, potasium dan zink yang membantu tubuh dan otak untuk bekerja secara optimum.
Kacang Hijau
Nutrisi dalam kacang hijau untuk daya ingatan anak-anak sangat lengkap. Selain tinggi kadar protein dan karbohidrat kompleks, kacang hijau juga memiliki kandungan vitamin C, asid folat, zat besi, zink, potassium, magnesium, tembaga, fosfor dan thiamin yang semuanya penting bagi pertumbuhan dan perkembangan otak.
Susu dan yogurt
Produk susu termasuk yogurt adalah makanan yang kaya protein, vitamin D dan vitamin B yang memainkan penting dalam pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim.
Keluarga Beri
Buah-buahan daripada keluarga Beri seperti strawberi, blueberi dan blackberi amat kaya dengan zat antioksidan seperti vitamin C. Keluarga Beri ini dikatakan dapat memperbaiki daya ingatan anak-anak.
Sumber: wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam mana nak atasi anak yang berumur 3 tahun ni. Dia suka memberontak mengamuk baling barang jika tak dapat apa yang dia mahu. Sebagai ibu bapa tentu sekali kita akan jadi stress dengan perangai dia yang makin hari makin teruk..takde perubahan. Dah puas positifkan anak. cakap baik-baik.
Jika anak mengamuk dan berusia dalam 3 tahun, anda sudah boleh memberi sedikit hukuman. Anak sudah faham.
NAMUN sebelum itu buat ini dulu
1) Tenangkan diri anda. Fahamkan mengapa anak itu mengamuk. Adakah dia letih? atau selalu sgt dimarah sebelum ini. Atau dia kurang mendapat belaian
2) Peluk dan ucapkan kata-kata kasih dan sayang dulu
3) Usap kepalanya dan bacakan ayat-ayat Al-Quran
4) Bacakan buku-buku mengenai baiknya bersabar dan anda juga perlu menunjukkan kesabaran.
5) Bercakap dengan nada lembut dan tenang.
Jika dia teruskan, anda boleh membuat hukuman yang tidak mendera. Anda boleh menyruruh dia duduk dia sorang-sorang dan fikirkan perbuatan dia.
Semasa dia duduk dia, anda janganlah berleter. Bila dia telah sedar dan datang kembali kepada anda, cium dia dan ajarlah dgn baik supaya dia tahu meminta maaf.
Lakukan dengan penuh kasih-sayang dan memahami perasaan anak kecil.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.