Siapa yang ada anak senang makan ubat beruntung sangat. Tak perlu nak pegang kepala, kaki dan tangan. Hulur je picagari terus nganga mulut. Tapi lain pula situasi bagi ibu bapa yang anak-anak tengok ubat je, menangis macam kena cubit.
Bukan setakat itu saja, tak padan dengan kecil tapi tenaga macam orang besar. Silap hari bulan, ibu ayah kena ‘tendangan padu’. Lagi geram, dah puas berperang nak masukkan ubat, tiba-tiba dimuntahkannya balik. Memang menguji kesabaran!
Jika asyik fikir masalah tetapi tiada penyelesaian pun tak membantu juga. Bagi yang rasa nak dapatkan ketenangan sewaktu bagi anak makan ubat, tip dikongsikan Pegawai Farmasi Klinik, Puan Azlina Othman sangat membantu.
Alang-alang si kecil demam, kak Lina nak share cara nak bagi anak kecil minum ubat jenis cecair (syrup). Dulu anak-anak kak Lina jenis meraung melolong juga kalau nak suap ubat pakai syringe (picagari ubat).
Siap papanya kena tolong pegang kepala tangan kaki anak. Tapi alhamdulillah lepas kak Lina praktikkan cara ni, anak-anak mudah nak menelan apa jenis ubat cecair pun secara rela hati tanpa paksaan lagi!
Sebab adik Firash demam, jadi kak Lina nak bagi ubat demam (syrup paracetamol).
Nota: Ubat demam antara ubat wajib perlu standby kat rumah untuk digunakan waktu kecemasan.
Sebelum nak bagi ubat, kena kira dos yang sesuai dengan berat anak. Check dulu strength (kekuatan ubat) yang ada pada botol ubat. Sebab kat klinik atau farmasi ada yang jenis 120mg/5ml atau 250mg/5ml.
Dos paracetamol yang selalu digunakan ialah 15mg/kg. Maksudnya untuk setiap kg berat anak perlukan 15mg ubat. Kalau guna kekuatan 120mg/5ml, sukatan yang perlu diberi akan lebih banyak berbanding yang jenis 250mg/5ml. Kalau anak jenis tak suka ubat, baik guna jenis yang perlu sukatan sikit macam anak kak Lina.
Cara pengiraan jika guna ubat 120mg/5ml
[Berat anak x 15 / 120] x 5
Cara pengiraan jika guna ubat 250mg/5ml
[Berat anak x 15 / 250] x 5
Berat adik Firash 12.6kg, so cuma perlukan 3.8ml je ubat sebab kak Lina guna dari jenis 250mg/5ml
Untuk penyediaan ubat cecair:
1. Pastikan ubat belum expired. Kak Lina akan sediakan segelas air suam. Tarik air suam dengan syringe.
2. Tuang ubat ke dalam measuring cup or cawan penyukat (tiap kali beli ubat cecair mesti akan dapat sekali cup kecil ni). Macam dos ubat Firash 3.8ml, jadi isikan ubat dalam paras 5ml dalam cup.
3. Pastu tarik ubat dari cup kecil menggunakan syringe. Sebelum bagi anak ubat, kak Lina akan rasa dulu sikit dan bau lebihan ubat dalam cup kecil sebab nak pastikan ubat masih elok, tak berbau busuk atau rosak.
Nota: Tak digalakkan tarik syringe secara terus dari botol ubat sebab nak kurangkan risiko ubat tercemar (contamination) terutamanya kalau syringe dah berulang kali digunakan.
Contoh anak kena minum 10ml, tapi kat rumah cuma ada syringe 5ml. Mula2 bagi 5ml masuk dalam mulut anak, pastu masukkan semula syringe untuk tarik baki lagi 5ml dalam botol. Kan kalau celup semula syringe yang dah masuk mulut, kuman dalam mulut ikut sama masuk dalam botol dan buat ubat tercemar (faham tak?)
4. Pastikan ukuran nombor pada syringe masih lagi jelas (sebab bila basuh, nombor boleh makin pudar).
Nota: Lebihan dalam cup tadi boleh dibuang je. TAK perlu masukkan semula baki dalam botol ubat.
Masa nak bagi anak minum ubat, kak Lina akan beri bergilir-gilir dengan air suam. Mula-mula bagi air suam, kemudian ubat, air suam, ubat, air suam sampai habis telan.
Ubat jenis cecair tak semestinya perlu simpan dalam peti ais melainkan ubat tersebut jenis antibiotik yang telah di bancuh atau ada arahan simpan dalam peti ais pada label.
Sebab bila simpan dalam peti ais, ubat dalam botol akan basah sebab proses kondensasi dalam peti ais. Ini sekaligus akan merosakkan atau mencemarkan kandungan ubat. Selalunya ubat cecair yang dah guna kak Lina simpan suhu bilik dan akan gunakan dalam tempoh sebulan je. Lepas sebulan kalau demam, buka je botol baru.
Kalau bagi pengasuh ubat, pastikan label dos jelas dan mudah faham. Mudah-mudahan dengan bagi anak ubat yang betul dan terjaga dari segi kebersihan, anak akan lebih cepat sembuh dan sihat.
Extra info: Jangan lupa goncang ubat cecair setiap kali sebelum bagi kat anak. Jika bagi 2 jenis ubat berlainan, pastikan guna cup kecil yang berlainan. Sila share jika bermanfaat.
Kredit: Azlina Othman
Pegawai Farmasi Klinik
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)