Berpotensi dapat bayi lelaki jika ibu yang mahu hamil banyak makan pisang. Menurut petua orang dahulu yang disebarkan bertahun-tahun lamanya, mengambil pisang secara konsisten sebelum mula hamil akan meninggikan potensi si ibu untuk mendapat anak lelaki.
Dan, yang kelakarnya, disebabkan petua orang lama ini, wanita yang mahu hamil juga akan memotong pisang berkenaan kepada beberapa bahagian jika mereka mahu mengandung bayi perempuan pula.
Betul ke khabar angin atau ‘cakap orang tua’ ini?
Kajian menyatakan, mungkin ada sedikit kebenaran pada petua orang tua untuk hamil bayi lelaki ini.
Para pengkaji telah menemubual 740 orang wanita semasa kehamilan pertama mereka dan mendapati ibu hamil yang mempunyai diet tinggi potasium (salah satu vitamin penting yang ada dalam pisang) lebih cenderung untuk mendapat bayi lelaki!
Begitu juga buat para ibu mengandung yang banyak mengambil sodium semasa hamil; mereka cenderung dapat bayi lelaki!
Yang menariknya, kajian ini turut membatalkan kata-kata bahawa jika ibu banyak minum air susu, senang dapat bayi perempuan.
Disebabkan terdapat banya kalsium dalam air susu, sebenarnya, ada keberangkalian tinggi untuk seseorang ibu itu mendapat bayi lelaki, dan bukannya bayi perempuan!
Terbukti benar atau tidak?
Itu semua kuasa Tuhan. Dia yang menentukan. Tetapi, tidak salah untuk kita berikhtiar, kan?
Jadi, jika anda mahu mendapatkan bayi lelaki pula atau kenal rakan-rakan yang teringin mendapat anak lelaki, anda kini sudah tahu makanan jenis apa yang mahu direkomenkan kepada mereka!
Sumber: my.theasianparent.com