Pelakon Indonesia, Nikita Willy tetap memilih melahirkan anak keduanya yang bakal dilahirkan pada Disember ini di Amerika Syarikat.

Hal itu dikongsikan oleh adik kepada Nikita iaitu Winona Willy menerusi Insta Storynya.

Bersalin Disember Ini, Nikita Willy Pilih Bersalin Anak Kedua di Amerika Sekali Lagi!

Ads

Tambah Winona lagi, dia juga bakal merindui anak saudaranya, Issa Xander Djokosoetono yang bakal berangkat ke Amerika Syarikat.

“Aku akan merindui budak comel ini. Kepada sesiapa yang bertanya, kakak saya Nikiti akan bersalin anak keduanya di Amerika.

Ads

“Saya tak boleh pergi bersama sebab saya juga akan bersalin tidak lama lagi dan kami terpaksa berpisah buat sementara,” tambahnya.

Bersalin Disember Ini, Nikita Willy Pilih Bersalin Anak Kedua di Amerika Sekali Lagi!

Ads

Winono turut meminta peminat mendoakan agar proses bersalin kedua mereka dipermudahkan kelak.

Terdahulu, Nikita melahirkan anak sulungnya pada 8 April 2022 di Hospital Cedars Sinai Medical Center, Los Angeles.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI