Tahniah diucapkan buat personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim yang selamat menimang bayi perempuan pada Jumaat lalu.
Semalam menerusi Instagramnya, Azrinaz menyampaikan khabar gembira itu pada seluruh pengikutnya. Malah ibu cantik ini juga bersyukur kerana anak keempatnya itu selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi mahupun pembedahan.
” Satu pengembaran kini bermula. Malaykha, suami dan saya mengumumkan kelahiran keluarga baru kami, anak keempat yang telah membesar di dalam perut saya dan kini sudah pun lahir ke dunia,” katanya berkongsi teruja.
Ibu kepada Areesya Malaykha ini juga memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan bayi perempuan yang dilahirkan pada Jumaat lalu seberat 3kg.
“Syukur ke hadrat Ilahi, pemilik segala alam. Keberkatan Jumaat penghulu segala hari, saya telah selamat melahirkan permata hati perempuan seberat 3kg semalam, 26 Mac 2021 pada jam 1.15 tengah hari,” tulisnya.
Malah kata ibu yang sentiasa tampil anggun ini juga menyifatkan kelahiran keempatnya ini cukup lancar tanpa sebarang masalah dan turut berterima kasih kepada yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya sepanjang hamil.
“Ia merupakan proses bersalin yang sangat lancar tanpa ada sebarang komplikasi dan pembedahan.
” Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan dan memberi sokongan kepada saya ketika kehamilan ini,” katanya.
Melalui entri yang sama juga, Azrinaz tidak berkongsi wajah bayi sebaliknya memuat naik gambar kaki bayi comelnya.
Sementara itu, entri Azrinaz itu turut dihujani dengan ucapan tahniah buat dirinya disamping mendoakan agar proses berpantangnya berjalan dengan baik.
View this post on Instagram
Terdahulu, Azrinaz mendirikan rumah tangga bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018. Dan kini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Areesya Malaykha, 2 tahun dan seorang lagi bayi perempuan yang masih belum diberikan namanya.
Artikel berkaitan: Girl Or Boy, Pakai Baju Kakak. Belum Sempat Buat Persiapan, Azrinaz Bersalin 10 Minggu Lagi
Syukur Allah Beri Rezeki Sekali Lagi, Hamil 7 Bulan, Azrinaz Mazhar Hakim Mohon Doa Dipermudahkan
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @azrinazmazharhakim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI