Sakit bersalin ni memang sakit. Tak kisah la anak pertama, kedua atau yang ke berapa sekali pun. Normal atau ceaser, lelaki atau perempuan.
Disebabkan itulah, wanita yang melahirkan anak sebenarnya seorang yang kuat dan hebat. Walaupun mulut cakap serik nak beranak lagi tapi selepas itu tetap boleh mengandung dan bersalin lagi.
Bagi sesetengah wanita yang akan melalui proses bersalin pastinya akan melakukan persediaan awal untuk memudahkan bayi keluar. Tapi jika diikutkan wanita yang melalui situasi ini akan berdepan dengan 5 fasa sakit.
Perkongsian dari Puan Noor Hamidah Binti Mohd Zaki mengenai pengalamannya sendiri bersalin normal, ada 5 fasa sakit yang akan dilalui oleh ibu.
FASA 1: Bukaan 1-4/5 cm. Fasa ni boleh berlanjutan sampai 24 jam atau lebih. Dekat fasa 1 ni jgk dpt rase contraction main main hingga contraction makin kerap. Waktu ni boleh sabar dan boleh tahan lagi lah walaupon muka dah berkerut kerut.. Boleh slow slow jalan buat kerja rumah kemas sikit sikit kalau masih d rumah.. Kalau dh masuk ward, masih boleh jalan jalan pusing ward.
Tahap sakit: boleh bace semua zikir zikir yang d hafal dgn lancarnye..
FASA 2: Waktu ni bukaan 4/5/6 cm Contraction dah makin x bleh bawak bincang. Dah mula dah rase cramp cramp hampir keseluruh badan.. Perut pon mengeras je waktu ni..Kalau pegi tandas, wajib ade teman. Kalau kat hospital confirm kne tekan loceng bantuan sbb dh x mampu nk jalan sendri dgn baik. Nak melangkah pon dah berat.
Tahap sakit: Boleh bace zikir lg..tp bacaan sudah mula terganggu dan mula berselang dgn tarikan nafas panjang panjang menahan sakit.
FASA 3: Bukaan 5/6 cm (wajib masuk labour room dah kalau kt hospital)
Ads
Biasanya dgn bukaan 5/6 cm ni, doktor akan pecah kan air ketuban. Proses pecahkan air ketuban ni x sakit langsung. Tapi jaga jaga lah, lepas ketuban dh pecah, air ketuban dh kluar, sakit yang terlampau menggila akan menyerang! Bergegar katil tahan sakit.
Akak namakannya sebagai contraction antara “hidup dan mati”.
Waktu ni bukan stakat sakit x boleh bincang, tp nk kluar suara pon dah rase x boleh .Bola mata pon dh x leh fokus dh.. Kalau husband hulur jari, boleh patah seliuh jari tu nnt..x caya cube try lah mtk suami hulur jari.. Akk pernah smpai terkoyakkan kolar baju husband tanpa sedar.
Tahap sakit: Zikir panjang2 dah x mampu bace dh walaupon dh d hafal dgn baik. Yang mampu sebut hanya lah ALLAH, ALLAH, ALLAH.. X bleh fikir apa dah.. Cuma x sabor tggu 10 cm dan nak sgt dgr dr cakap, TERAN!! ?
FASA 4: 9/10 cm. Teran dan baby kluar. Tapi ingt, bukan skali teran je baby dah kluar.. Berkali kali jgk la baru baby kluar.
Yang org duk pesan jgn angkat punggung nnt koyak tu, haaa time ni la.. Akk x tau la angkat ke x.. X ingt dh.. Matlamat utama nk baby kluar je.
Ads
Bila baby dh kluar, fuhhhhh.. Menangis skejap. Waktu ni menangis bukan sbb sakit, tp sbb sakit dah hilang..bersyukur nye ya Allah.. Tengok baby, sihat dan ckup sifat. Alhamdulillah? syukur ya Allah semua dh selesai dgn selamat..
Tapi.. Jgn terkejut lah kalau dtg lagi sakit lepas tu.. Sakit yang dtg tu org tua tua panggil RENGAT. RENGAT ni sakit die lebih kurang lah mcm nk branak td.. Biasa dr bg ubat tahan sakit.. Akk rase bnde ni mase bersalin anak ke 3. Anak pertama dan kedua x rase..
FASA 5: Doktor akn tekan tekan perut kite utk kluar kan darah darah beku serta uri biasanye waktu ni.. Lepas habis smue uri kluar, proses sterusnye ialah proses jahit luka.. Jahit luka ni memg akan rasa lah..REAL gile wehhh.. Walau pon doktor cucuk ubat bius..Kite tetap akn rase sakit ngilu stiap kali doktor cucuk kulit kite dgn jarum yang berbentuk mata kail tu.. Lepas tu kite akn rase lah benang di tarik perlahan lahan..smpai lah habis semua luka d jahit..
Dah habis settle smue, bila suami dh azan/iqamat kan baby, kalau x de masalah apa apa, trus bole masuk wad.. Dan kalau x de masalah pape, sehari duduk wad dh di benarkan balik.
Di sepanjang 5 fasa sakit bersalin ni, org yang paling penting berada di sisi si isteri ialah suami.. Suami apa nak buat bila isteri tengah sakit macam tu?
Ads
1) Ajarkan isteri berzikir mengingati Allah. Meminta bantuan dari Allah s.w.t supaya memudahkan perjalanan melahirkan anak. Biasanya baca “lailahaillaanta, subhanakinnikuntuminazzhooliminnn”
2) Ingatkan isteri supaya mendirikan solat fardhu jika masuk waktu dan isteri masih belom bersalin ketika itu. (dapatkan lebih huraian dari ustaz/ ustazah)
3) Gosok lah kepala isteri, perut isteri sambil memberi kata kata semangat pada die.
4) Solat sunat hajat mohon isteri d beri keringanan dan keselamatan sepanjang proses bersalin.
IN SHAA ALLAH, semua nya akn baik baik saja.
Sronok sbenarnye kalau ingt balik pengalaman bersalin ni walaupon tu antara moment moment paling getir dlm hidup bila terpksa bertarung nyawa.. Tp, itu lah antara nikmat nikmat yang Allah kurniakan pda kite sbgai seorg wanita.. Itu lah perjuangan.. Berakhirnye derita perjuangan ni apabila kita mula menatap wajah si comel yang kita kandung selama 9 bulan lebih ni..
Harapan dan doa akk semoga Allah S.W.T memberi peluang pada semua kaum hawa di dunia ini utk merasai pengalaman menjadi seorg ibu.. Jgn pernah sedih atau berputus asa dgn segala aturan Allah pda kite… In shaa Allah..
P/S: Lupe nk tye, mak-mak skelian, brape fasa?? Sama x fasa sakit kita?
Ada sesetengah ibu bapa yang membiarkan lampin anak penuh sehingga berat masih tidak ditukar sekaligus menyebabkan pelbagai penyakit pada bahagian kulit anak terjadi.
Melalui perkongsian di facebook, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi info ini kepada ibu bapa. Jangan sesekali biarkan anak dengan lampin yang lembap pada tempoh yang lama.
Jangan Buat 5 Benda Ni Kalau Tak Nak Bayi Kita Tu Merana
Kerap jugak kami jumpa bayi yang punggungnya tumbuh ruam sampaikan melecet teruk. Kadang tu luka siap bercampur dengan jangkitan kulat lagi. Ya Allah. Kesian sangat!
Bayi ni nak bercakap mengadu belum pandai. Itu yang asyik meraung sekuat-kuatnya. Sebak betul bila nampak situasi begitu.
Ni saya nak kongsi 5 perkara yang kita kena elakkan supaya benda yang menyakitkan tu tak berlaku pada anak kita sendiri.
1. Jangan biarkan lampin dia lama tak bertukar. Tambah pulak kalau memang dah penuh dengan air kencing dan najis. Kuman minat benar berkumpul kat tempat lembab dan tercemar. Jadi kalau boleh, 2-3 jam sekali periksalah lampin dia tu.
2. Jangan pakaikan lampin terlampau ketat. Nanti flow udara di kawasan lampin tu tersekat dan punggung akan sentiasa lembab.
3. Jangan letakkan bedak dekat punggung anak tu. Selain nak elak daripada bahaya bahan kimia yang terkandung dalam bedak, kita jugak tak nak debu bedak yang bercampur baur dengan najis dan air kencing bertukar jadi medium subur untuk kuman beranak pinak.
4. Jangan biarkan punggung anak yang dah mula naik ruam macam tu je. Kadang kita ni duk fikir mudah. Alah, nanti okaylah balik tu. Jangan! At least apply lah “barrier cream” seperti zink oxide dan petroleum jelly. Sapu nipis je. Bila bayi terkencing atau terberak, kotoran tu tak direct kena pada kulit yang dah terluka melecet.
5. Jangan selamba je guna tisu lembab bayi jenis yang ada alcohol dan bahan pewangi. Kalau dah selalu sangat terkena bahan kimia, memanglah kulit bayi pun akan mudah meradang dan jadi alahan. Air suam dan kain bersih sebenarnya dah memadai untuk bersihkan punggung bayi.
Kalau dah usaha elakkan semua ni tapi ruam masih galak jugak duk kat punggung baby tu, cubalah bertukar pada jenis lampin bayi yang lain pulak.
Ramai sangat mak ayah yang belum tahu tentang perkara ni. Tolong #share dengan mak ayah dan orang luar sana yang belum tahu ye.
Anak sy ada gejala tentang scabies (kudis buta). Saya ingin tau bagaimana cara untuk merawat?
Ariesha Syaaa
gambar keadaan kaki anak saya
Jawapan;
Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh sejenis hama. Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan/terowong di bawah lapisan luar kulit. Hama bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya.
Kudis buta dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke kulit. Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.
Rawatan
-Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas.
-Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
-Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
-Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama.
Rawatan kudis buta termasuklah menyapu krim atau losyen seperti :
A. Permethrin 5%
Cara menggunakannya
-Sapu ubat ke seluruh badan termasuk kulit kepala, leher dan belakang telinga. Beri perhatian terhadap celah-celah jari kaki dan tangan dan di bahagian hujung kuku. Penggunaan berus kecil boleh membantu menyapu loyen ini.
-Bersihkan selepas 24 jam.
-Permethrin sepatutnya disapu sebanyak dua kali, dengan jarak selama satu minggu di antara rawatan.
-Ubat perlu disapu semula jika tangan dibasuh sebelum cukup 24 jam.
** Tidak boleh digunakan terhadap bayi berusia kurang dari 2 bulan.
Langkah berjaga-jaga
Elakkan ubat dari terkena mata.
Jangan disapu ke atas kulit yang luka atau dijangkiti kuman.
Dapatkan bantuan perubatan untuk bayi berusia 2 bulan hingga 2 tahun.
B. Losyen Malathion 0.5%
Cara menggunakannya
-Sapu ubat ke seluruh badan termasuk kulit kepala, leher dan belakang telinga. Beri perhatian terhadap celah-celah jari kaki dan tangan dan di bahagian hujung kuku. Pengunaan berus kecil boleh membantu.
-Bersihkan selepas 24 jam.
-Malathion sepatutnya disapu sebanyak dua kali, dengan jarak selama satu minggu di antara rawatan.
-Ubat perlu disapu semula jika tangan dibasuh sebelum cukup 24 jam.
Langkah berjaga-jaga
-Penggunaan serentak Malathion dengan krim lain.
-Elakkan ubat dari terkena mata.
-Jangan sapu ke atas kulit yang luka atau dijangkiti kuman.
-Dapatkan bantuan perubatan untuk bayi berusia kurang dari 6 bulan.
C. Gamma benzene hexachloride (or lindane)
Cara menggunakannya
-Sapukan satu lapisan nipis losyen dan urut supaya losyen menyerap dengan baik ke seluruh badan iaitu dari leher hingga jari kaki. Biarkan selama 8 hingga 24 jam.
-Mandi dan bersihkan ubat selepas jangkamasa tersebut.
Kontraindikasi
-Wanita mengandung dan bayi pramatang
-Wanita yang menyusukan anak
-Pesakit dengan sejarah penyakit epilepsy (sawan)
-Pesakit dengan berat badan yang rendah
Langkah berjaga-jaga
-Penggunaan serentak Lindane dengan krim lain
-Elakkan ubat dari terkena mata atau lapisan mukosa
-Jangan sapu ke atas kulit yang terlelas
-Jangan sapu losyen selepas mandi air panas yang bersabun
D. Benzyl Benzoate lotion (EBB)
Cara menggunakannya
-Mandi dengan air suam sebelum mula menyapu ubat supaya penyerapan lebih baik dengan liang roma yang terbuka.
-Sapu ubat ke seluruh badan kecuali muka dan celah kelangkang.
-Biarkan selama 24 jam dan bersihkan badan.
-Ubat perlu disapu semula jika tangan dibasuh sebelum cukup 24 jam.
-Perhatian Khusus
Kegatalan
Pesakit telah pulih dari jangkitan selepas rawatan selesai walaupun rasa gatal-gatal mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu
Rawatan untuk kegatalan mungkin diperlukan. Sapuan steroid boleh mengurangkan kegatalan dan keradangan.
Pencegahan
-Pengenalpastian dan rawatan segera penyakit ini sangat penting untuk mengawalnya daripada merebak.
-Pesakit yang dijangkiti sepatutnya dikecualikan dari ke sekolah sehingga selesai rawatan.
-Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah sangat penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan membersihkan bahan yang tercemar dengan penyakit tersebut.
Kesan atau lapisan putih pada lidah bayi kerap kali timbul. Adakah ia berbahaya? Bimbang kalau ia boleh menyakitkan bayi & berjangkit kepada ibu yang menyusu!
BAYI MENYUSU SUSU IBU & FORMULA BOLEH ALAMINYA
Kerap kali mama dan papa mendapati kesan ini pada lidah bayi. Ia tidak hanya terjadi kepada bayi yang menyusukan susu formula, malah bayi yang lima bulan dan menyusu susu ibu sepenuhnya juga boleh mengalaminya.
KULAT SUSU
Ramai ibu yang mendapati lapisan putih ini walau pun kerap dibersihkannya dengan kain lembap tetap berulang lagi dalam masa yang singkat. Kesan atau lapisan putih itu dinamakan sebagai oral thrush atau oral candidiasis yang lebih sering dikenali sebagai kulat susu. Ia nya adalah sejenis kulat yang tumbuh pada kesan susu yang mendap di mulut bayi.
Bayi mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan kerana daya ketahanan tubuh yang lemah dan masih berkembang. Bayi yang lahir pramatang (kurang daripada 37 minggu kehamilan) lebih berisiko untuk mengalaminya.
BERSIHKAN SETIAP KALI MANDI
Mama dan papa disarankan untuk mengamalkan untuk membersihkan bahagian dalam mulut bayi setiap kali bayi mandi. Kadangkala kulat susu ini boleh membuat bayi tidak selesa pada bahagian dalam mulut yang boleh mengakibatkan bayi kurang menyusu.
STERIL
Anda dinasihatkan untuk kerap membersihkan dan mensterilkan/ menyahkuman permainan bayi atau teether, botol susu, puting, botol minuman, sippy cup dan segala kelengkapan makan minum bayi. Selain itu, pastikan mama papa dan penjaga mengamalkan membasuh tangan setiap kali selepas menukar lampin bayi.
RISIKO KEPADA IBU MENYUSU
Jika bayi anda mengalami jangkitan kulat susu ini, anda berisiko untuk dijangkiti. Bagi ibu menyusu, ia dinamakan nipple thrush. Antara simptom nipple thrush ialah rekahan atau kesan berkeping pada puting diikuti rasa sakit pada aerola. Malah puting dan aerola juga boleh bertukar warna.
DAPATKAN RAWATAN
Kulat susu apabila terjadi tidak mudah dibersihkan dan mungkin boleh menyebabkan bayi mengalami kesakitan. Mama papa disarankan membawa bayi untuk mendapatkan rawatan sekiranya ia berlarutan. Terdapat ubat yang boleh diberikan oleh doktor untuk tujuan menyembuhkan bahagian dalam mulut dari kulat susu ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Riang nak sambut raya bertukar tragedi. Dua beradik cedera parah selepas dipercayai terkena mercun bola dalam kejadian menyayat hati di Kampung Baru, Kuala Nerang,...