Bagi ibu baru pasti tertanya-tanya bagaimana agaknya sakit bersalin. Banyak pengalaman ibu lain yang sering diceritakan tetapi tak tahu bagaimana gambaran sakit yang sebenar sehinggalah sampai saat diri sendiri melahirkan bayi.
Tak terkata sakitnya kan? Tetapi sakit bersalin hanya dirasai oleh golongan isteri. Selepas lahirnya bayi, sakit bersalin ditambah pula dengan sakit dijahit, perut ditekan-tekan dan sekali lagi diseluk bagi nmengeluarkan sisa darah dan uri. Namun, sakit itu hilang setelah dapat melihat bayi comel dalam pelukan.
FASA FASA SAKIT BERSALIN YANG SUAMI KITA TAK TAHU.
Sakit bersalin ni memang sakit. Tak kisah la anak no 1 ke atau no last. Normal atau Caesar. Anak lelaki atau perempuan. Kalau ikut pengalaman akak sendri bersalin normal, ada 5 fasa sakit
FASA 1:
Bukaan 1-4/5 cm.
Fasa ni boleh berlanjutan sampai 24 jam atau lebih. Dekat fasa 1 ni jugaka dapat rasa contraction main-main hingga contraction makin kerap. Waktu ni boleh sabar dan boleh tahan lagi lah walaupun muka dah berkerut-kerut.. Boleh slow-slow jalan buat kerja rumah kemas sikit-sikit kalau masih di rumah.. Kalau dah masuk ward, masih boleh jalan-jalan pusing ward.
Tahap sakit:
Boleh baca semua zikir-zikir yang di hafal dengan lancarnya..
FASA 2:
Waktu ni bukaan 4/5/6 cm
Contraction dah makin tak boleh bawak bincang. Dah mula dah rase cramp-cramp hampir keseluruh badan.. Perut pon mengeras je waktu ni..Kalau pegi tandas, wajib ade teman. Kalau kat hospital confirm kne tekan loceng bantuan sebab dah tak mampu nak jalan sendiri dengan baik. Nak melangkah pon dah berat.
Ads
Tahap sakit:
Boleh baca zikir lg..tp bacaan sudah mula terganggu dan mula berselang dengan tarikan nafas panjang-panjang menahan sakit.
FASA 3:
Bukaan 5/6 cm (wajib masuk labour room dah kalau kt hospital)
Biasanya dgn bukaan 5/6 cm ni, doktor akan pecah kan air ketuban. Proses pecahkan air ketuban ni tak sakit langsung. Tapi jaga-jaga lah, lepas ketuban dh pecah, air ketuban dh kluar, sakit yang terlampau menggila akan menyerang! Bergegar katil tahan sakit.
Akak namakannya sebagai contraction antara “hidup dan mati”.
Waktu ni bukan setakat sakit tak boleh bincang, tapi nak keluar suara pon dah rase tak boleh. Bola mata pon dah tak boleh fokus dah.. Kalau husband hulur jari, boleh patah seliuh jari tu nanti..tak caya cube try lah mintak suami hulur jari.. Akak pernah sampai terkoyakkan kolar baju husband tanpa sedar.
Tahap sakit:
Zikir panjang2 dah x mampu bace dh walaupon dh d hafal dgn baik. Yang mampu sebut hanya lah ALLAH, ALLAH, ALLAH.. X bleh fikir apa dah.. Cuma x sabor tggu 10 cm dan nak sgt dgr dr cakap, TERAN!! 😂
Ads
FASA 4: 9/10 cm.
Teran dan baby kluar. Tapi ingt, bukan skali teran je baby dah kluar.. Berkali kali jgk la baru baby kluar. Yang org duk pesan jgn angkat punggung nnt koyak tu, haaa time ni la.. Akk x tau la angkat ke x.. X ingt dh.. Matlamat utama nk baby kluar je.
Bila baby dh kluar, fuhhhhh.. Menangis skejap. Waktu ni menangis bukan sbb sakit, tp sbb sakit dah hilang..bersyukur nye ya Allah..
Tengok baby, sihat dan ckup sifat. Alhamdulillah😍 syukur ya Allah semua dh selesai dgn selamat..
Tapi.. Jgn terkejut lah kalau dtg lagi sakit lepas tu.. Sakit yang dtg tu org tua tua panggil RENGAT. RENGAT ni sakit die lebih kurang lah mcm nk branak td.. Biasa dr bg ubat tahan sakit.. Akk rase bnde ni mase bersalin anak ke 3. Anak pertama dan kedua x rase..
FASA 5:
Doktor akn tekan tekan perut kite utk kluar kan darah darah beku serta uri biasanye waktu ni.. Lepas habis smue uri kluar, proses sterusnye ialah proses jahit luka.. Jahit luka ni memg akan rasa lah..REAL gile wehhh.. Walau pon doktor cucuk ubat bius..Kite tetap akn rase sakit ngilu stiap kali doktor cucuk kulit kite dgn jarum yang berbentuk mata kail tu.. Lepas tu kite akn rase lah benang di tarik perlahan lahan..smpai lah habis semua luka d jahit..
Dah habis settle smue, bila suami dh azan/iqamat kan baby, kalau x de masalah apa apa, trus bole masuk wad.. Dan kalau x de masalah pape, sehari duduk wad dh di benarkan balik.
Ads
Di sepanjang 5 fasa sakit bersalin ni, org yang paling penting berada di sisi si isteri ialah suami.. Suami apa nak buat bila isteri tengah sakit macam tu?
1) Ajarkan isteri berzikir mengingati Allah. Meminta bantuan dari Allah s.w.t supaya memudahkan perjalanan melahirkan anak. Biasanya baca “lailahaillaanta, subhanakinnikuntuminazzhooliminnn”
2) Ingatkan isteri supaya mendirikan solat fardhu jika masuk waktu dan isteri masih belom bersalin ketika itu. (dapatkan lebih huraian dari ustaz/ ustazah)
3) Gosok lah kepala isteri, perut isteri sambil memberi kata kata semangat pada die.
4) Solat sunat hajat mohon isteri diberi keringanan dan keselamatan sepanjang proses bersalin.
IN SHAA ALLAH, semuanya akan baik-baik saja.
Seronok sebenarnye kalau ingat balik pengalaman bersalin ni walaupun tu antara moment moment paling getir dalam hidup bila terpksa bertarung nyawa.. Tp, itu lah antara nikmat nikmat yang Allah kurniakan pda kite sbgai seorg wanita.. Itu lah perjuangan.. Berakhirnye derita perjuangan ni apabila kita mula menatap wajah si comel yang kita kandung selama 9 bulan lebih ni..
Harapan dan doa akak semoga Allah S.W.T memberi peluang pada semua kaum hawa di dunia ini utk merasai pengalaman menjadi seorg ibu.. Jgn pernah sedih atau berputus asa dgn segala aturan Allah pda kite… In shaa Allah..
P/S: Lupe nk tye, mak mak skelian, brape fasa?? Sama x fasa sakit kita? 😀
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita dah mula berpuasa hari ini. Berpuasa bukan sahaja dapat menjana keperibadian seseorang, malah amalan tersebut banyak memberi kebaikkan dari sudut kesihatan seseorang. Puasa adalah satu rukun islam yang menjadi kewajipan oleh setiap muslim namun, ada beberapa golongan yang telah diberi keringanan oleh agama untuk tidak berpuasa.
Salah satu golongan yang dikecualikan berpuasa adalah wanita hamil. Ini adalah kerana fasa kehamilan ialah fasa yang mana terlalu banyak perubahan pada fisiologi badan sesorang itu seperti contoh hormon, paras gula, tekanan darah dan sebagainya. Perubahan ini sedikit sebanyak memberi kesan pada si ibu dan bayi yang sedang dikandung.
Oleh itu, Pn. Laila Fadhilah Omar yang merupakan Pegawai Dietetik di SALAM Shah Alam Specialist Hospital kongsikan beberapa tip pemakanan untuk wanita hamil yang berhajat untuk berpuasa pada tahun ini:
Perkara pertama yang perlu diambil berat adalah keadaan kesihatan si ibu. Rujuk kepada pakar yang merawat tentang status kesihatan si ibu terutamanya paras gula. Ini adalah kerana semasa tempoh kehamilan, si ibu sangat berisiko untuk mempunyai paras gula yang tidak stabil dan boleh didiagnos penyakit kencing manis semasa hamil.
Kena Pantau Paras Gula
Kencing manis semasa hamil sangat berkait rapat dengan pengambilan pemakanan yang betul dan tersusun. Mereka juga hendaklah sentiasa memantau paras gula dalam bacaan yang stabil. Jika penghidap kencing manis semasa hamil yang mempunyai paras gula yang tidak stabil dan berkeras untuk berpuasa, dikuatiri akan memberi kesan buruk untuk si ibu dan bayi.
Sumber foto: www.freepik.com
Wanita hamil yang ingin berpuasa dinasihatkan untuk tidak meninggalkan sahur. Selain dari hadis nabi yang menggalakkan untuk melewatkan sahur, wanita hamil juga digalakkan untuk mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang ketika sahur.
Amalkan Suku-Suku Separuh
Sentiasa mengamalkan amalan pinggan suku-suku separuh yang mana porsi suku dari pinggan adalah makanan dari sumber karbohidrat seperti nasi, mee, bihun dan sebagainya, suku adalah lauk dari sumber protein seperti ayam, ikan dan telur manakala separuh pinggan adalah makanan dari sumber serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sumber foto: www.freepik.com
Selain itu, makanan tambahan (supplemen) yang dibekalkan oleh doktor juga mesti diambil bagi penambahan nutrisi dalam badan. Mengamalkan pemakanan seimbang ini boleh membantu memberi tenaga yang cukup selain membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk si ibu dan bayi sepanjang berpuasa.
Berbuka Dengan Buah Terlebih Dulu
Selain dari bersahur, wanita hamil juga perlu cakna tentang pengambilan pemakanan semasa berbuka. Antara tips semasa berbuka adalah tidak melewatkan berbuka dan berbuka dengan buah-buahan terlebih dahulu seperti mengambil 3 biji kurma, 1 biji buah epal, 1 potong betik atau buah-buah lain mengikut porsi yang ditetapkan.
Sumber foto: www.freepik.com
Buah-buahan mengandungi karbohidrat ringkas yang mana boleh memberi tenaga secara cepat setelah seharian tenaga dibakar semasa berpuasa. Pengambilan kuih-muih adalah tidak digalakkan kerana bimbang dengan kandungan gula dalam kuih tersebut boleh menyebabkan paras gula naik dengan cepat dan mendadak. Selain itu, kenaikan berat badan yang tidak terkawal ketika hamil juga boleh terjadi jika pemakanan ketika hamil diambil ringan.
Digalakkan juga untuk mengambil makanan berat seperti nasi dan lauk-lauk selepas solat maghrib. Sekurang-kurangnya tidaklah terlalu banyak makanan yang dimakan dalam satu masa kerana rahim yang semakin membesar akan menolak perut ibu dan akan menyebabkan ibu merasa pedih ulu dan berpotensi memuntahkan semula makanan yang dimakan. Amalan pinggan suku-suku separuh juga jangan dilupakan.
Risau Puasa & Kena Pedih Ulu Hati
Menyentuh mengenai pedih ulu hati, kebanyakan ibu hamil berisiko mengalami gejala ini terutamanya sewaktu trimester ketiga. Jika serangan ini berlaku ketika berpuasa dan menyebabkan si ibu muntah, lemah dan sebagainya, dinasihatkan untuk berbuka puasa sebelum kesan itu memudaratkan diri. Untuk mengelakkan serangan ini berterusan, wanita hamil dinasihatkan untuk mengelakkan mengambil makanan yang terlalu pedas.
Sumber foto: www.freepik.com
Ini adalah kerana makanan terlalu pedas adalah antara faktor yang menyebabkan pedih ulu hati. Selain dari makanan pedas, kafein juga perlu dihadkan kerana kafein adalah bersifat asid dan boleh memburukkan lagi pedih ulu hati yang dialami. Saranan pengambilan kafein semasa hamil adalah 200mg sehari.
Secara keseluruhnya, tidak dinafikan bahawa puasa Ramadhan mempunyai banyak kebaikan untuk semua muslim namun Allah tidak akan memberi bebanan luar dari kemampuan hamba-Nya.
Oleh itu, wanita hamil tidak perlu memaksa diri untuk berpuasa jika merasakan kebimbangan pada diri dan bayi. Sila dapatkan nasihat dari pakar terlebih dahulu sekiranya ingin berpuasa. Sama ada berpuasa atau tidak berpuasa, wanita hamil tetap perlu sentiasa mengambil berat tentang kesihatan diri dan kandungan.
Mama walaupun masih belum mampu mengangkat dan memegang Muhammad Syahmi tetapi air mata dah membuktikan segalanya. Walaupun tak mampu nak ucapkan sayang hanya linangan air mata dah mengambarkan kerinduan yang tak tertanggung oleh Nur Fadilla.
Detik ini antara yang sentiasa ditunggu oleh seorang anak dan ibu untuk berjumpa. Betullah orang kata kasih sayang seorang ibu segala-galanya buat seorang anak.
Walaupun mama Syahmi hanya baring di katil tetapi setiap kali melihat anaknya seolah-olah Fadila dapat satu kekuatan dalam dirinya.
Menerusi perkongsian kakak Nur Fadila, Hasirah Nujiey menurut doktor yang merawat Nur Fadilla di ICU, tangisan Syahmi mungkin boleh memberi kekuatan pada mamanya untuk kembali sembuh biarpun ambil masa yang lama.
Setakat ini Fadilla menunjukkan perkembangan positif dan mula melakukan fisioterapi untuk menggerakkan anggota badannya.
Walaupun nampak seperti susah sedikit tetapi semangat dalam diri Fadilla kuat untuk melawan sakitnya.
Berikut perkongsian Hasirah mengenai keadaan Fadilla
09.04.2019 ( hari ke 145 )
PERTEMUAN KALI KEDUA
Alhamdulillah..
Moklaa tunjuk kan perkembangan positif…
Hari ni biar kan muhammad Syahmi meratapi dgn tangisan disisi mama… Agar mokla kuatkan semangat utk sembuh… Kedua2 mereka menangis tnpa batasan…
Dengarlah tangisan ank mu moklaa.. Die perlukan dakapan dan ciuman dari mu… Kuatkanlah diri mu utk kesembuhan…
Seminggu sekali Muhammad syahmi kena peluk mama.. Sbb doc nk tgkk reaksi otak moklaa bila selalu berjumpa anknya…
Semoga Allah turunkan keajaiban utk kesembuhan moklaa..
16.04.2019 ( hari ke 152 )
PERTEMUAN KALI KETIGA
Ibu & anak…
Syukur yA Allah… Terima kasih pd semua yg tak putus2 mendoakan kesihatan mokla….
Perkembangan positiff mokla tunjukkan… Alhamdulillah sgt2… Mokla masih lg kat wad ICU INTAN.. Doc masih nak pantau kesihatan moklaa..
Hari ni adik ikut mama kebilik fisio.. Sampai adik tertido.. Moklaa still ngan air mata… Setiap minggu ada saje perubahan dari moklaaa…
First time mokla berdiri ( guna katil khas) Berusaha la duhai adikku.. gagahilah dirimu utk kau memeluk anakmu… Kami sentiasa disisimu… Kuatlah demi ank dan suami mu…
Semoga mokla cepat sembuh…
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara purata dua jam setiap hari. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas.
Pernah tak alami anak menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu?
Bayi pula selalunya anak menangis berlebihan terutama pada waktu petang dan malam, sehingga kita menyangka ada gangguan makhluk halus.
Mungkin benar ada gangguan seperti itu.
Mak mertua dan ipar selalu menyangka kita tidak memberikan susu yang cukup pada bayi kita. Memaksa kita memberikan lebih banyak susu pada hal bayi kita tidak lapar. Kita tahu anak kita sendiri.
Pada hal ia hanya disebabkan oleh masalah dinamakan “infantile colic”. Para doktor mengatakan ia disebabkan masalah ketidakhadaman, angin atau usus yang terlalu sensitif kepada protein tertentu yang terkandung di dalam susu formula atau susu ibu.
Selalunya ia bermula ketika bayi berusia dua minggu dan memuncak ketika bayi berusia enam minggu. Kadangkala keadaan ini boleh berlarutan sehingga bayi berusia enam bulan. Anak tidak lagi mengalami masalah ini apabila bayi usia tiga atau empat bulan.
Ketika bayi menangis, tangan bayi tergenggam erat, kaki mengerekot, badan berpeluh-peluh serta muka bertukar kemerah-merahan seolah-olah mereka di dalam kesakitan yang amat sangat.
Ia juga boleh menyebabkan perut bayi menjadi kembung kerana tertelan angin akibat menangis terlalu lama yang boleh menyebabkan bayi menjadi tidak selesa.
Namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Bayi yang mengalami masalah colic sepatutnya kelihatan sihat dan mempunyai peningkatan berat badan yang baik.
Jika tangisan kuat ini berserta dengan demam, sukar bernafas, sawan, muka kelihatan pucat atau biru, tidak menyusu dengan baik dan muntah yang berterusan atau berak berdarah, ia bukanlah masalah yang biasa.
Jika ada masalah seperti ini, saya mencadangkan agar urut lembut anak pada abdomen, belakang dan anggota tangan dan kakinya menggunakan minyak kelapa dara.
Bawa untuk pemeriksaan doktor jika keadaan ini berulang bagi membezakan keadaan ini dengan keadaan yang lebih berbahaya.
Kadang lepas menyusu, baby tiba-tiba meragam? Mungkin dia belum sempat sendawa! Ibu dah tahu cara paling senang nak bantu dia?Bayi yang baru lahir hingga...