Kebanyakan wanita merasa takut apabila memikirkan soal melahirkan anak kerana terbayangkan koyakan yang mungkin berlaku sekiranya melahirkan secara normal. Pun begitu, ada sesetengah ibu yang berjaya bersalin tanpa mengalami sebarang koyakan. Sebenarnya dengan cara meneran yang betul, tidak akan ada sebarang koyakan yang berlaku.
Berikut ada beberapa tip untuk elak vagina dari terkoyak ketika bersalin seperti yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Kesihatan Wanita & Kehamilan melalui laman Facebooknya.
1. Jangan lar panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yg berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK.
Ads
2. Amalkan senaman Kegel: Kemutkan otot pelvis/vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung.
3. Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yang anjal akan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk.
4. Meneran dengan cara yang betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran berak sembelit
5. Jangan meneran awal jika belum tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak.
Ads
6. Pastikan posisi yang betul ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok, pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri. Macam nak tangkap bola pulak gayanya misi nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari.
7. Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor takleh keluar. Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung sepenuh jiwa dan raga mcm tertelan microfon.
Yee, memang saya tak pernah bersalin dan tak rasa sakit bersalin. Pelbagai karenah manusia saya dah jumpa sepanjang masa saya bekerja mengendalikan kes-kes bersalin tak mengira kes berisiko rendah atau tinggi, benda sebegini perlu dimaklumkan supaya pesakit membuat persediaan fizikal dan mental.
Ketika melahirkan anak, sangat penting untuk ibu dalam keadaan positif dan bertenang. Dalam keadaan sakit mungkin ada masanya kita jadi tak tentu arah, tapi ketahuilah semua yang dilalui itu demi si kecil yang menjadi kesayangan. Semoga perkongsian dari Dr Izzat ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada para ibu yang bakal melahirkan anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita yang pernah melahirkan anak melalui pembedahan biasanya mengharapkan untuk bersalin normal untuk kelahiran yang seterusnya. Ada sesetengah kes yang berlaku seperti bekas pembedahan terbuka dan sebagainya membuatkan si ibu merasa gerun untuk bersalin czer. Asalkan berpantang secara berdisiplin dan luka dijaga dengan baik, mudah-mudahan tiada sebarang masalah besar akan berlaku.
Untuk kelahiran normal selepas pembedahan, ada kemungkinan ia boleh dilakukan. Ibu harus mendapatkan nasihat pakar supaya tiada masalah akan berlaku ketika proses melahirkan anak. Ikuti penerangan daripada Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan tentang topik BERSALIN NORMAL SELEPAS CAESAREAN, ADAKAH IA BOLEH DILAKUKAN?
“Saya ada 1 caesar – boleh ke saya bersalin normal lepas ni?”
Jika ibu pernah menjalani 1 pembedahan Caesar sebelum ni ada 2 pilihan yang boleh dipilih. Bawak berbincang dengan teliti dengan doktor anda ye.
Boleh pilih antara Vaginal birth after caesarean (VBAC) ataupun terus memilih untuk bersalin secara caesar sekali lagi – Elective Repeat Caesarean Section ( ERCS )
Kedua-dua pilihan ada kebaikan dan keburukannya. Dalam menentukan pilihan mana yg SELAMAT, doktor perlukan semua maklumat ni:
☘️Kenapa buat caesar yg terdahulunya? ☘️Pernah ke bersalin normal lepas caeser tu? ☘️Masa operation, ada pape masalah? Atau masalah timbul semasa berpantang? ☘️Jenis potongan dibuat pada rahim? ☘️Pendapat ibu untuk kelahiran yang sebelumnya? 🍀Kandungan skang ni ada masalah atau apa apa komplikasi ☘️Berapa banyak anak yang ibu mahukan? – risiko meningkat dgn setiap kali pembedahan, jadi jika ibu mahukan banyak anak, kena avoid pembedahan caesarean jika boleh.
Saya perlukan intraoperative notes (apa yang berlaku masa Caesar itu) untuk membolehkan keputusan bersalin secara normal atau tak itu dibuat dengan teliti. Intraoperative notes ni biasanya dibekalkan / diberikan oleh doktor yg melakukan pembedahan tersebut.
IBU-IBU AKAN DIBERIKAN KAUNSELING INI PADA KANDUNGAN BERUSIA 34-36 MINGGU. TIDAK TERLALU AWAL, DAN TAK TERLALU LEWAT. LEPAS 1 PEMBEDAHAN CAESAR, 3 DARI 4 WANITA DGN KEHAMILAN YG TIDAK BERMASALAH BOLEH BERSALIN NORMAL
Apa faktor-faktor yg meninggikan kejayaan bersalin normal?
🌺Pernah melahirkan secara normal, sebelum atau selepas pembedahan caesar. (9 dari 10 wanita) 🌺Sakit bersalin tu datang secara semulajadi 🌺BMI ibu kurang 30
Kelebihan bersalin secara normal lepas 1 pembedahan Caesar:
⭕️Komplikasi dibandingkan dgn Caesar sgt KURANG ⭕️Peratusan kejayaan utk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi ⭕️Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah ⭕️Duduk hospital pun sekejap je ⭕️Senang nak mulakan breastfeeding ⭕️Risiko-risiko operation dapat dielakkan
Keburukan bersalin normal lepas ada 1 pembedahan Caesar:
🔆Mungkin kena emergency Caesar ketika cuba bersalin normal. 25 dalam 100 wanita. Pembedahan Caesar yg dilakukan secara kecemasan membawa risiko yg lebih jika dibandingkan dengan pembedahan yg dirancang.
🔆Rahim pecah. 1 dalan 200 wanita. Risiko ini meningkat 2-3 kali ganda jika anda kena induce. Jika ada tanda-tanda bahaya yg menandakan rahim nak pecah, pembedahan caesarean akan segera dilakukan.
🔆Mungkin ada koyakan bersalin yang teruk pada vagina
KEADAAN TAK DINASIHATKAN BERSALIN NORMAL lepas ada pembedahan Caesar:
❌Ada 2 atau lebih pembedahan caesarean ❌Rahim pernah pecah untuk kehamilan sebelumnya ❌Pembedahan caesar sebelum ini melibatkan pemotongan di bahagian atas rahim (classical lscs) ❌Kehamilan sekarang ada masalah, dan tak sesuai untuk bersalin normal
📝Risiko rahim pecah kecil – 1 dalam 1000 📝Ibu boleh plan nak beranak tarikh bila. Walaubagaimanapun 1 dalam 10 wanita dah sakit bersalin sebelum tarikh yg dipilih ini.
Keburukan bersalin secara ERCS:
⛔️Bukan senang nak buat, mungkin lebih lama dari pembedahan Caesar yg pernah buat sebelum ni ⛔️Jangkitan kuman ⛔️Senang kena darah beku di kaki dan pulmonary embolism ⛔️Nak pulih tu mungkin lama sikit dan perlukan pertolongan ekstra kat umah ⛔️Dah ada 2 pembedahan, selalunya next pregnancy mmg akan dinasihatkan untuk caesar. Lagi banyak Caesar dilakukan, lagi Tinggi risiko uri melekat masuk dalam rahim ( placenta accreta). Kalau berlaku ni, pendarahan boleh jadi terlampau banyak dan mungkin kena buang rahim. Lagi banyak caesar yg dilakukan lagi tinggi risikonya. ⛔️Baby terluka akibat terkena pisau pembedahan – 2 dalam 100 ⛔️Masalah pernafasan pada bayi, selalunya sekejap je. 5 dalam 100 bayi yg lahir secara caesar pada 39 minggu kehamilan akan mengalami masalah pernafasan , jika dibandingkan 2 dalam 100 untuk bayi yg lahir secara normal. Kalau bayi yg lahir secara caesar lebeh awal dari 39 minggu, masalah pernafasan bayi lagi kerap berlaku – 6 dalam 100 jika dilahirkan pada 38 minggu.
Maka dah jelas? Bincang dengan doktor yang mana satu terbaik untuk anda. Bila doktor explain tu tumpukan perhatian, bukan main whatssap. Doktor tak boleh buat keputusan untuk anda. Doktor hanya membantu anda membuat keputusan. Yang decide tu korang sendiri.
Semoga dengan penerangan berkaitan hal ini, seperti yang dikongsikan oleh Dr Izzat dapat membantu para ibu yang mungkin dalam dilema untuk melahirkan secara normal jika sebelum ini terpaksa melalui pembedahan Caesarean. Paling penting, dapatkan nasihat dengan doktor yang menjaga kes anda dan mintalah saranan cara kelahiran yang paling selamat buat anda dan bayi yang bakal dilahirkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Terima kasih dan rasa dihargai sekali apabila sekalian keluarga ada bersama-sama di sisi menanti kelahiran.
“Kamu tahu saya sangat menyayangi kamu semua,” katanya.
Dalam pada itu, Nadiya turut berterima kasih kepada suaminya Saiful Razman Kasim.
“Buat suami tercinta, terima kasih yang tidak terhingga atas kesabaran dan kasih sayang tanpa batas,” katanya lagi.
Nadiya berkahwin dengan Saiful pada 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Omar yang kini berusia 8 tahun.
Pada 2016, Nadiya yang sepatutnya melahirkan anak kedua namun kehilangan zuriatnya apabila janin yang dikandung meninggal dalam kandungan.
Sementara di posting terbarunya juga, Nadiya berkongsi perasaan anak sulungnya yang masih belum biasa dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
Empat jenis ubat batuk yang diimport dari India didakwa menjadi punca kematian sekurang-kurangnya 70 bayi di Gambia akibat kegagalan buah pinggang tahun lalu.
Menteri Kesihatan, Dr Ahmadou Lamin Samateh, berkata terdapat kegagalan dalam pemeriksaan kawal selia dan import ubat, bermula produk tidak didaftarkan dengan Agensi Kawalan Perubatan (MCA) negara Afrika Barat itu.
Berikutan itu ketua MCA dipecat dan Samateh menyalahkan pegawai farmasi penyelia yang membenarkan pengimportan dadah tanpa pemeriksaan mencukupi.
Bermula pada September tahun lalu, Gambia mengarahkan penarikan balik beberapa ubat batuk dan selesema, serta semua produk yang dikeluarkan makmal Maiden Pharmaceuticals selepas kematian sekurang-kurangnya 70 bayi.
Negara itu kemudiannya mengharamkan semua produk daripada firma berkenaan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ujian makmal mendapati sirup ubat batuk itu mengandungi dietilena glikol dan etilena glikol dalam ‘jumlah yang tidak boleh diterima’ yang biasanya digunakan sebagai antibeku dan boleh membawa maut apabila diminum.
Kesan toksik daripada bahan ini termasuk kecederaan buah pinggang akut yang boleh menyebabkan kematian,” kata agensi itu.
Pasukan petugas Gambia menyatakan keperluan mendesak untuk menubuhkan makmal kawalan kualiti bagi menjalankan ujian ke atas semua ubat yang diimport ke negara itu, yang mana WHO menyediakan sokongan untuk penubuhannya.
Samateh berkata ia turut mengesyorkan penambahbaikan kepada sistem perubatan negara termasuk mewujudkan sekolah farmasi dan peraturan lebih ketat mengenai ubat.
Kerajaan Gambia juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengeluar ubat dari India itu dalam usaha mendapatkan pampasan bagi mangsa.
Selepas skandal kesihatan, India melancarkan siasatan dan menutup kilang Maiden Pharmaceuticals pada Oktober.
Awal tahun ini, WHO mengumumkan gesaan untuk “tindakan segera dan terkoordinasi” untuk membasmi ubat yang tidak patuh dan dipalsukan, khususnya ubat batuk tercemar yang dikaitkan dengan kematian 300 kanak-kanak di Gambia, Indonesia dan Uzbekistan. – AFP
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.