Bakteria ini tidak dipindahkan melalui hubungan seks dan pembawanya tidak berbahaya tetapi ia memberi kesan kepada bayi yang dilahirkan. Jarang jangkitan kuman ini berlaku semasa bayi masih dalam kandungan atau semasa proses bersalin belum bermula. Ikuti penerangan Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan tentang isu ini.
Adakah GBS Boleh Dikenal Pasti?
Masalah GBS boleh dikenal pasti melalui sampel dari faraj atau rektum mahupun air kencing wanita hamil. Ujian ini jarang dijalankan ke atas wanita mengandung kerana kebanyakan penghidapnya berjaya melahirkan bayi yang sihat dan tidak dijangkiti bakteria, keputusan saringan yang dibuat lewat kehamilan mungkin tidak tepat dan jika didapati seorang wanita itu tidak mempunyai bakteria ini (tiada sebarang kepastian 100 peratus mereka bebas sepenuhnya).
Dalam sesetengah kes, ada bayi yang terkena jangkitan GBS yang serius adalah bayi yang tidak cukup bulan sebelum sempat ujian saringan dibuat pada minggu 35-37 kehamilan ibu. Antibiotik boleh diberikan, tetapi kemungkinan sebilangan besar wanita hamil akan menerima antibiotik yang tidak mereka perlukan.
Kesan GBS Terhadap Bayi
Kebanyakan bayi yang kena GBS semasa lahir selalunya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pembawa GBS, ada risiko kecil bayi anda akan terkena jangkitan GBS , seterusnya menyebabkan bayi sakit tenat ataupun meninggal dunia.
Sebanyak 1 dalam 1750 kelahiran bayi didiagnos dengan jangkitan awal GBS (early-onset GBS infection). Jangkitan GBS ini lazimnya menyebabkan bayi mengalami jangkitan kuman teruk (sepsis), jangkitan pada peparu (pneumonia) dan jangkitan pada lapisan otak (meningitis).
Walaupun jangkitan GBS ini boleh meragut nyawa bayi dengan rawatan segera dan optimum, ramai bayi akan sembuh sepenuhnya. Perlu diingatkan bahawa bayi yang kena jangkitan GBS ini, seorang dalam 19 bayi (5.2 %) akan meninggal dunia dan daripada yang terselamat tu, seorang daripada 14 (7.4%) akan ada permasalahan jangka panjang.
Ads
Kemungkinan Berlaku Jangkitan GBS
Berikut adalah senarai kemungkinan berlakunya jangkitan bakteria ini:
Bayi pramatang – lagi awal bayi dilahirkan lagi tinggi risikonya
Sebelum ini pernah ada bayi yang terkena jangkitan GBS
Ibu mengalami demam atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan kuman ketika hendak bersalin
Ketika hamil, ada keputusan yang menyatakan bahawa ibu memang ada GBS dari air kencing atau sample faraj
Air ketuban sudah pecah melebihi 24 jam sebelum bayi dilahirkan
Kurangkan Risiko Jangkitan GBS
Jika sampel air kencing menunjukkan ada kuman GBS, anda perlu terus mulakan rawatan antibiotik. Rawatan antibiotik juga perlu ketika dalam proses bersalin dan akan diberikan melalui salur darah. Seandainya sampel dari faraj menunjukkan ada GBS, rawatan antibiotik akan diberikan ketika proses bersalin sahaja dan dimasukkan melalui salur darah.
Ads
Jika ibu pernah mempunyai bayi yang terkena jangkitan GBS untuk kehamilan yang lepas, antibiotik diberikan ketika proses bersalin juga melalui salur darah. Sekiranya ibu yang mahu melahirkan tiada jangkitan GBS tetapi ada simptom jangkitan kuman ketika bersalin, dia juga akan diberikan antibiotik melalui salur darah sebagai langkah berjaga-jaga.
Seandainya proses bersalin bermula sebelum 37 minggu (kelahiran pramatang) doktor akan menasihatkan ibu menerima antibiotik dalam salur darah walaupun tiada GBS. Ibu yang didapati mempunyai GBS tidak diberikan antibiotik sebelum proses bersalin kerana ia tidak mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan ini. Ibu hanya akan diberikan antibiotik ketika tiba waktu melahirkan bagi mengelakkan jangkitan GBS dalam minggu pertama selepas bayi lahir.
Simptom Bayi Terkena Jangkitan Kuman GBS
Nafas berbunyi, susah untuk bernafas
Selalu mengantuk dan tiada respon
Otot-otonya lembik
Tidak minum susu dengan baik atau kurang menyusu
Demam atau mempunyai suhu rendah
Perubahan pada warna kulit (blotchy skin)
Nadi bayi menjadi laju atau terlampau perlahan
Tekanan darah menjadi rendah – boleh dikenalpasti di hospital
Paras gula darah bayi rendah – boleh dikenalpasti di hospital
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal memasuki usia satu tahun, anak Elfira Loy, Nur Aria Mikayla masih lagi menyusu badan dan belum ada tanda-tanda untuk bercerai susu.
Memandangkan pelakon cantik ini bakal kembali bekerja tidak lama lagi, Elfira meminta tip daripada ibu-ibu lain untuk bercerai susu.
“Eeiiii dah nak setahun dahhh ??? Actually i dah nak wean off Aria sebab i nak start working”
Namun, ibu kepada dua cahaya mata ini masih lagi ragu-ragu sama ada bakal berjaya ‘wean-off’ ataupun tidak.
“Again tapiii entahh lah taktahu berjaya ke tak hahahahah. Apa kata anda?”
Rata-rata warga maya berkongsi pengalaman sendiri, ada yang berjaya dan ada juga yang tidak berjaya. Namun ada juga yang menasihati agar tunggu sehingga anak capai usia 2 tahun.
n.zul4ik4’s profile picture Pisah tido 2,3 hari insyallah menjadi.
Takyah pump but keep on bagi at night je. 😬😬 dia nak bagi, dia taknak bagi botol. So kite tak rasa bersalah sangat. Haha
Tgula 2 thn kesian baby 😢
aliarozali’s profile picture Saya pun nk wean off Tapi masih tak berjaya 🥹🥹
nadeeeeeeeeeeera’s profile picture Msih belom bjaya.. da letak mcm2 but still elok je dia minum 😅😅😅😅
Umum mengetahui sejak beberapa hari lalu, Abby Abadi yang sedang hamil dan usia kandungan memasuki 6 bulan telah dirawat di Hospital Sungai Buloh setelah mengalami tekanan darah tinggi.
Semalam (Jumaat) Abby telah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, jam 10.43 pagi.
Abby Stabil, Bayi Dalam NICU
Suaminya, Faizal Zakaria, berkata buat masa ini kedua-duanya berada dalam keadaan stabil, namun anak mereka perlu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) disebabkan lahir pramatang.
“Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala-galanya. (Bayi lelaki) Selamat dilahirkan pada 10.43 pagi… Cinta saya @abby_abadi112 dalam keadaan stabil. BP (tekanan darah) pun sudah turun.
“Doakan yang terbaik untuk ‘baby’. Sekarang dia berada dalam NICU. Mohon doa sahabat semua untuk Abby dan ‘baby’ ya!” kongsi Faizal menerusi Instagramnya.
Sebelum ini, Abby Abadi telah dimaklumkan terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi mereka untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak tersebut. Tambah pula, tekanan darah yang tinggi dan tumpah darah telah berlaku secara tiba-tiba.
Tambahnya lagi, walau bagaimanapun bayi lelakinya itu masih lagi dalam pemantauan doktor dan telah ditempatkan di wad penjagaan intensif untuk bayi. Malah, berat cahaya mata mereka itu hanya mencecah 540 gram sahaja.
Melalui perkongsian Abby di instagramnya juga selepas melalui prosedur pembedahan itu dia memohon orang ramai mendoakan bayi lelakinya itu panjang umur.
Doakan Baby boy kami ni panjang umurnya ye Sahabat. Baru 24 minggu umurnya. Dengan berat 540gm sahaja. Hanya ALLAH sahaja yg mampu menyelamatkan dia.
Bila tahu pasal darah tinggi waktu mengandung ni, macam-macam berlegar difikiran. Yelah dari apa yang dibagitau oleh doktor, dari pengalaman orang keliling, dari bacaan sendiri. seremmmm!! Kalau dulu tak pernah serius fikir nyawa ni boleh diambil anytime… skrg ni… rasa mcm…. berdebar2 jerr… skrg baby dah dilahirkan, tp masih ada lagi risikonya… terasa bagai lilin yg buleh padam bila2 masa je nyawa kami ni.
Mohon ALLAH SWT bagi ruang dan peluang untuk saya dan baby terus menjadi hambaNYA di dunia ini. Semoga ALLAH panjangkan umur baby kami dan nyawa saya juga.. Amin
Sebelum ini, Abby yang mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015 mengambil dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Menerusi perkahwinan sebelum ini pula, aktres itu dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.
Dua tahun lalu, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan, manakala pada 2016, bayi dikandung meninggal dalam perut kerana tekanan darah tinggi.
Sumber: Berita Harian ; IG Abby Abadi & jaiezzany
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Belum lagi reda dengan kes wabak koronavirus, kes polio pula mencatatkan peningkatan angka mangsa yang dijangkiti virus tersebut. Kes yang dilaporkan oleh Harian Metro tersebut berlaku di Sabah dan mangsa jangkitan polio baru berusia 3 tahun.
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Sandakan dikesan dijangkiti virus polio menjadikan empat kes polio dilaporkan di Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kanak-kanak bukan warganegara itu mendapat rawatan di hospital selepas mengalami gejala lemah kaki kiri pada 18 Januari lalu.
Menurutnya, kes disahkan polio oleh Makmal Rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Australia pada 5 Mac lalu dan siasatan mendapati kanak-kanak terbabit tidak menerima vaksin polio sejak lahir.
“Ia kes terbaharu disahkan polio di Sabah. Sebelum ini terdapat tiga kes membabitkan bayi tiga bulan dari Tuaran, kanak-kanak tiga dan lapan tahun dari Sandakan serta 11 tahun dari Kinabatangan.
“Hanya bayi yang masih dirawat di hospital dan memerlukan alat bantuan pernafasan, namun dilaporkan stabil. Manakala tiga kes adalah bukan warganegara dan tidak menerima vaksin polio,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Noor Hisham berkata, semasa aktiviti kawalan dan pencegahan polio dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lapangan pada 24 Januari lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dari Semporna ditemui mengalami gejala Acute Flaccid Paralysis.
“Kanak-kanak itu demam pada 10 Januari diikuti lemah kaki hingga tidak dapat berjalan seperti biasa pada 17 Januari, namun tidak dibawa mendapatkan rawatan.
“Hasil penelitian pakar, kes itu diklasifikasi sebagai polio compatible memandangkan gejala dialami mirip kepada polio,” katanya.
Selain itu, katanya, KKM turut menjalankan survelan bagi mengesan virus polio dalam persekitaran dan sebanyak 13 sampel air kumbahan diambil dari beberapa lokasi di Sabah.
Beliau berkata, survelan persekitaran diperluaskan ke semua daerah di Sabah dan Semenanjung Malaysia bagi memastikan virus polio dikesan awal agar langkah kawalan dan pencegahan dapat dijalankan segera.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...