Bersalin Semua Elok, Tahu-Tahu Anak Meninggal Kerana GBS. Bahaya Sebab Tak Ada Sebarang Simptom

Share

Bakteria ini tidak dipindahkan melalui hubungan seks dan pembawanya tidak berbahaya tetapi ia memberi kesan kepada bayi yang dilahirkan. Jarang jangkitan kuman ini berlaku semasa bayi masih dalam kandungan atau semasa proses bersalin belum bermula. Ikuti penerangan Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan tentang isu ini.

Adakah GBS Boleh Dikenal Pasti?

Masalah GBS boleh dikenal pasti melalui sampel dari faraj atau rektum mahupun air kencing wanita hamil. Ujian ini jarang dijalankan ke atas wanita mengandung kerana kebanyakan penghidapnya berjaya melahirkan bayi yang sihat dan tidak dijangkiti bakteria, keputusan saringan yang dibuat lewat kehamilan mungkin tidak tepat dan jika didapati seorang wanita itu tidak mempunyai bakteria ini (tiada sebarang kepastian 100 peratus mereka bebas sepenuhnya).

Dalam sesetengah kes, ada bayi yang terkena jangkitan GBS yang serius adalah bayi yang tidak cukup bulan sebelum sempat ujian saringan dibuat pada minggu 35-37 kehamilan ibu. Antibiotik boleh diberikan, tetapi kemungkinan sebilangan besar wanita hamil akan menerima antibiotik yang tidak mereka perlukan.

Kesan GBS Terhadap Bayi

Kebanyakan bayi yang kena GBS semasa lahir selalunya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pembawa GBS, ada risiko kecil bayi anda akan terkena jangkitan GBS , seterusnya menyebabkan bayi sakit tenat ataupun meninggal dunia.

Artikel Menarik: [Isteri Yang Tengah Stres, Cepat-Cepat Duduk Bawah Ketiak Suami. Terus Lega!]

Sebanyak 1 dalam 1750 kelahiran bayi didiagnos dengan jangkitan awal GBS (early-onset GBS infection). Jangkitan GBS ini lazimnya menyebabkan bayi mengalami jangkitan kuman teruk (sepsis), jangkitan pada peparu (pneumonia) dan jangkitan pada lapisan otak (meningitis).

Walaupun jangkitan GBS ini boleh meragut nyawa bayi dengan rawatan segera dan optimum, ramai bayi akan sembuh sepenuhnya. Perlu diingatkan bahawa bayi yang kena jangkitan GBS ini, seorang dalam 19 bayi (5.2 %) akan meninggal dunia dan daripada yang terselamat tu, seorang daripada 14 (7.4%) akan ada permasalahan jangka panjang.

Kemungkinan Berlaku Jangkitan GBS

Berikut adalah senarai kemungkinan berlakunya jangkitan bakteria ini:
Bayi pramatang – lagi awal bayi dilahirkan lagi tinggi risikonya
Sebelum ini pernah ada bayi yang terkena jangkitan GBS
Ibu mengalami demam atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan kuman ketika hendak bersalin
Ketika hamil, ada keputusan yang menyatakan bahawa ibu memang ada GBS dari air kencing atau sample faraj
Air ketuban sudah pecah melebihi 24 jam sebelum bayi dilahirkan

Kurangkan Risiko Jangkitan GBS

Jika sampel air kencing menunjukkan ada kuman GBS, anda perlu terus mulakan rawatan antibiotik. Rawatan antibiotik juga perlu ketika dalam proses bersalin dan akan diberikan melalui salur darah. Seandainya sampel dari faraj menunjukkan ada GBS, rawatan antibiotik akan diberikan ketika proses bersalin sahaja dan dimasukkan melalui salur darah.

Jika ibu pernah mempunyai bayi yang terkena jangkitan GBS untuk kehamilan yang lepas, antibiotik diberikan ketika proses bersalin juga melalui salur darah. Sekiranya ibu yang mahu melahirkan tiada jangkitan GBS tetapi ada simptom jangkitan kuman ketika bersalin, dia juga akan diberikan antibiotik melalui salur darah sebagai langkah berjaga-jaga.

Artikel Menarik: [Mata Asyik Kabur Waktu Mengandung Bukan Biasa. Kalau Biar, Berisiko Kena Sawan]

Seandainya proses bersalin  bermula sebelum 37 minggu (kelahiran pramatang) doktor akan menasihatkan ibu menerima antibiotik dalam salur darah walaupun tiada GBS. Ibu yang didapati mempunyai GBS tidak diberikan antibiotik sebelum proses bersalin kerana ia tidak mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan ini. Ibu hanya akan diberikan antibiotik ketika tiba waktu melahirkan bagi mengelakkan jangkitan GBS dalam minggu pertama selepas bayi lahir.

Simptom Bayi Terkena Jangkitan Kuman GBS

Nafas berbunyi, susah untuk bernafas
Selalu mengantuk dan tiada respon
Otot-otonya lembik
Tidak minum susu dengan baik atau kurang menyusu
Demam atau mempunyai suhu rendah
Perubahan pada warna kulit (blotchy skin)
Nadi bayi menjadi laju atau terlampau perlahan
Tekanan darah menjadi rendah – boleh dikenalpasti di hospital
Paras gula darah bayi rendah – boleh dikenalpasti di hospital

Published by
Emy H