Rezeki orang berbeza-beza. Namun rezeki bersalin tanpa koyakan dan jahitan sememangnya satu pengalaman hebat dan berjaya bagi seorang ibu. Inilah yang didambakan semua ibu-ibu lain setiap kali disahkan hamil. Takut alami koyakan besar dan jahitan yang banyak buat ibu rasa seram untuk kembali hamil lagi.
Namun perkongsian ibu muda ini, Mira Zainal, yang melalui pengalaman bersalin tanpa koyakan dan jahitan ini memang hebat. Rupanya banyak tip dan amalan yang dilakukannya ketika hamil. Jom ikuti caranya, mana tahu kita pun ada rezeki bersalin tanpa koyakan dan
jahitan. Sukses!
TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK DAN TANPA DI JAHIT
Atas permintaan rakan-rakan minta Mira share pengalaman dan tips mudah bersalin tanpa koyak dan tanpa dijahit, ni baru sempat nak menulis. Sebab posting ni panjang sedikit.
Pengalaman Mira sendiri, dari anak sulung dan kedua doktor tak pernah gunting walau 1inci pon. Memang lega sangat. Kalau gunting risau kalau sampai punggung terkoyak. Kan ? Lepas je baby keluar,soalan pertama mira tanya koyak tak.
Paling best lagi, bila doktor check luka laluan tak perlu kena jahit. Hooo .masa tu lega gila rasa nk melompat laa . Mana tak hepi, kalau doktor bagitau tak kene jahit kan ? Mudah lah masa nak berpantang nanti. Nak bergerak senang,(dah la awok kaso orangnya) haha, nak jaga pon tak rumit. Nak makan pon tak risau. Takda seram nak membuang. Hihi
So sebab ramai yang mintak tips, macamana Mira buat. Jadi Mira nak share cara Mira selalu buat tiap kali masa mengandung. Mira ni banyak membaca tips sebelum bersalin. Jadi mira buat mana yang termampu . Dan hasilnya alhamdulillah syukur .
Harap apa yang mira share ni membantu kawan-kawan yang bakal nak bersalin nanti.
Insyallah amin.
1. MAKAN TELUR AYAM KAMPUNG
– Ni petua bidan Indonesia yang mira ada baca. Bukan mira nak percaya, tapi selagi tak memudaratkan mira akan follow. Lagi pon telur ayam kampung senang nak dapat ayah mira ada bela..huhu . Pengalaman mira bersalinkan dua-dua anak contraction mira tak lama. Dari anak sulung sampai anak kedua.
2. AKTIF DALAM PERGERAKAN
– Anak sulung dulu mira kuat bejalan kaki. Dulu rumah mira selang 1 laluan dari rumah mak. So,tiap-tiap hari mira berjalan kaki pergi rumah mak. Berjalan kaki ya pegi dan balik. Anak kedua ni mira suka holiday. So,berjalan jugak la sana sini. Bila dah masok 9bulan mira banyakkan mencangkung kata orang bagi senang buka laluan .
3. URUTAN PERINEUM
– Urutan ni mira buat bila kandungan dah dah cecah 9 bulan. Urutan ni baik untuk membesarkan bukaan laluan bayi. Cara ni ramai ibu-ibu tak berani nak buat sebab risau sakit dan takut terjadi sesuatu. Tapi, jangan risau. Korang boleh tanya doktor macamana cara yang betul nak buat urutan ni. Pastikan betul-betul study dengan ilmu yang kukuh.
4. SENAMAN KAGEL
– Senaman kagel ni senaman yang paling selamat untuk ibu mengandung dan sangat mudah untuk di lakukan.
– Senaman ni sangat membantu semasa proses bersalin. Kerana otot pelvis kita akan mengalami regatan untuk memberi baby keluar dengan cepat.
5. AIR KELAPA
– Mira minum air kelapa bila dah dekat nak due je . Nanti kulit baby akan bersih je .
6. BENDI REBUS
– Haaa.. tips ni anak pertama dulu tak buat pon . Mira amalkan tips ni untuk anak kedua sebab baby besar (mira kecik je orangnya) . Tips ni mira dapat dari mak mira juga . Bila amalkan tips ni waktu bersalin licin je baby keluar terus sebab lendir makan bendi .
7.KURMA
– Kurma ni sebenarnya untuk bagi kita bertenaga . Tapi mira makan kurma dari anak sulung sampai anak kedua alhamdulillah demam kuning (jaundice) anak kejap je tak lama. Anak kedua ,dua hari je kuningnya. Mungkin kebetulan. Mira hanya share je dari pengalaman.
8. AMALKAN DOA NABI YUNUS
–
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Laa ilaaha illa anta. Subhaanaka, innii kuntu minaz zhaalimiin
– Bila dah masok 9bulan mira amalkan doa ni sampai la masok labor room
– Haaa.. waktu teran masa bersalin tu baca ayat ni niat dalam hati supaya bukakan laluan bagi mudah bersalin.
9. SELUSUH ASLI LAGI MUJARAB
– Haaa bila masok part sini, rasa segan pulak nak cerita. Tapi, dengan tips ni lah sangat-sangat membantuuuu bagi mudah laluan bersalin kita terbukaaa. Dengan cara kerapkan “bersama suami” bila dah hampir masok 8 bulan keatas.
Walaupun rasa tak selesa, trust me cara ni sangat membantuu. Tips dari nurse sendiri . Sebab mira besalin yang kedua ni dah over due.
10. AIR SELUSUH POKOK GENGAM SITI FATIMAH
– Air selusuh ni dari anak pertama mak mira selalu bagi minum bila dah hampir due date nak bersalin. Walaupun tiada penemuan saintifik bahawasanya air selusuh ni dapat membantu proses bersalin.
Tips ni, terpulang buat korang untuk follow ke tak. Mira hanya share tips yang mira selalu buat. Alhamdulillah cepat bukaan jalan .
11. MAKAN 2 BIJI TELUR AYAM KAMPUNG SAPARUH MASAK
– Tips ni jangan lupa. Sebelum nak bersalin, makan lah sesiap 2 biji telur ayam kampung. Ni tips bagi kita nak kuat bertenaga lebih semasa nak layan contraction masa nak meneran bersalin nanti. Satu lagi bagi cepat bukaan cm . Mira dah buat . Berkesan!
12. BELAJAR CARA MENERAN DENGAN BETUL
Tips ni, banyak yang confused , sebab banyak yang teran muka .
– Cara meneran ni, sangat penting kena belajar dan tahu bila masanya dah sampai rasa sakit nak meneran tu datang. Sebaiknya praktis sesiap dengan suami sebelum nak sampai hari bersalin. Andai kata masa kita sakit nak meneran tu, kita jadi panik tetiba. Sekurangnya, suami kita dapat membantu dan mengingatkan masa dekat bilik bersalin nanti.
Pentingnya proses meneran ni, kita kena pandai kawal pernafasan supaya tenang dan tak panik. Kena pandai curi nafas.
Pastikan kangkang lah kaki seluasnyaa. Tapi punggung mesti rapat ke bawah. Kalau terangkat punggung risiko besar menantilah koyakan akan banyak.
Nak elakkan punggung terangkat, semasa kita kangkang leluas tu, kita pegang dua-dua belah kaki dengan kuat. Kalau tak larat, minta suami tolongkan. Biasanya semasa proses bersalin ni nurse-nurse lah banyak membantu sekali pakej tolong pegang kaki nak elak dari terangkat punggung. Dengar je setiap arahan dari nurse.
Bila sampai saat kemuncak rasa baby nak keluar. Tarik nafas, dan rapatkan dagu ke dada. Biarkan keadaan kita bengkok seperti udang. Biar belakang badan menyentuh katil. Fokus pada perut semasa meneran. Jangan melaung pulak, teknik tu tidak membantu. Malah buat lagi kita cepat penat adalah.
Ingat yea, jangan confuse. Cara meneran ni macam kita nak membuang air besar. Jika kepala baby dah makin nampak, jangan berhenti teruskan meneran dan kawal pernafasan pelan-pelan bagi elak koyakan menjadi besar.
Harap dapat membantulah sedikit sebanyak perkongsian mira untuk semuaa. Moga kawan-kawan yang bakal bersalin nanti, mira doakan di permudahkan segala urusan korang bersalin nanti.
Tips ni semua, totally mira rujuk doktor bukan main buat jer. Tak salah berikhtiar selagi tak memudaratkan. Kalau Allah izinkan, Insyallah di permudahkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI