Betullah orang kata, pengalaman bersalin setiap anak lain-lain. Hanya yang melalui saja akan faham betapa hebatnya untuk melalui saat ini. Disebalik kelemahan seorang wanita, bila tiba saat ini, automatik boleh jadi kuat biarpun berjam-jam atau berhari-hari menunggu kelahiran bayi.
Begitu juga yang dilalui oleh Sari Yanti, 36. Walaupun dah ada pengalaman melahirkan tiga orang anak sebelum ini tetapi kelahiran keempat ini dianggap pengalaman bersejarah juga baginya pada 6 Jun lalu.
Sari Yanti yang selamat melahirkan bayi lelaki bersama pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu berkata, dia menahan sakit agak lama juga sebelum selamat bersalin.
Bersalin secara normal, bayi lelaki seberat 3.34 kg adalah yang ditunggu-tunggu Jep selepas mendapat seorang anak perempuan, Dariya Inara dua tahun lalu.
Assalammualaikum.. hari ni kakak ada masa terluang sikit nak share pasal kelahiran baby baru kakak – dah hari ke 10 hari ni., tadi pun dah pegi first hospital visit dengan Baby.
6 june 2020 hari bersejarah lagi sekali dalam hidup kakak.. Hari deliver baby yang ke 4 dari kandungan yang ke 6. Huhu.. boleh faham tak?
Sebelum ini Sari Yanti pernah alami keguguran sebanyak dua kali.
Menangis tahan sakit
Selepas sepuluh hari melahirkan, Sari Yanti telah berkongsi momen semasa hari dia ingin bersalin yang dianggap bersejarah baginya. Mana tidaknya, dia telah melahirkan ketika negara masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).
Susulan daripada itu, dia hanya ditemani suami, iaitu Jep Sepahtu dan tidak seperti kelahiran sebelumnya apabila ibu dan bapanya turut setia berada di depan wad bersalin di hospital.
Ceritanya kakak masuk labour room lepas subuh. Tapi sang putera decided nak keluar lambat sikit.. bertarunglah kakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit. Dalam sakit sakit tu bersyukur sangat dengan nurses yang bantu kakak… terima kasih kakak ucapkan untuk kak Has.,Kak Riza, kak Bedah dan team. – (ada nama yang tak ingat sebab tengah tahan sakit kan maafkan saya) .
Suami kakak.
Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari.. ternyata walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang. Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa. Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih , macam dia nak ikut nangis sekali.., agaknya apatah yang dia rasa. – terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada n bagi semangat untuk I.
Mak ayah keluarga, Biasanya bila keluar je dari labour room ramai dah tunggu kat luar… mak ayah , aunties, cousins, kawan kawan rapat semua ada belaka.. kali ni lain . Suami sorang je yang boleh ada.
Dalam suasana pandemic ni Mama kakak kena tunggu kat rumah je. Kali ni kiriman doa je ikut sama. Doa mama doa baba.. doa mak abah, seluruh keluarga dan sahabat handai. .
Pukul 11.44pm Baby pun selamat dilahirkan. – Subhanallah walhamdulillah walaillahaillallah Allahuakbar.
Syukur semua selamat
Walau bagaimanapun, Sari Yanti tidak putus-putus mengucapkan rasa syukur atas segala kelancaran ketika bersalin dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dia dipermudahkan urusan tempoh hari.
Alhamdulillah untuk semuanya Ya Allah Ya Rabb.
Untuk kesakitan, Untuk pengalaman, Untuk setiap titik keringat dan air mata, Untuk satu lagi anugerah, Untuk cinta dan sayang suami, Untuk doa dan kasih ibu bapa, Untuk sokongan keluarga dan sahabat .. Untuk keselamatan dan kesihatan . Untuk berjuta nikmat mu Ya Rahman Ya Rahim .
Alhamdulillah. .
Delivery type : normal
Birth Weight : 3.34kg
Time : 23.44pm
Sumber : Sari Yanti