Sebelum ini heboh cerita mengenai penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein menuntut wang perbelanjaan raya untuk anaknya, Putri Sara Sefhia dari bekas suaminya Azmi Hatta.
Selepas tuntutan yang dibuat oleh Elly Mazlein itu, ramai netizen mengecam tindakan Azmi hingga ada yang tak berpuas hati kerana mengabaikan tanggungjawabnya pada anak sendiri.
Bagaimanapun, semalam Elly Mazlein telah memuatnaik satu posting di instagram dengan meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya telah berkunjung ke kediamannya bagi menziarahi anak mereka Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.
Mengakui pertemuan ini adalah suatu perubahan yang baik demi masa depan anaknya, Elly berharap hubungan ini akan dapat terus dikekalkan sampai bila-bila.
“Alhamdulillah, pertemuan yang indah dua beranak, Sefhia dan daddy Azmi Hatta.
“Tiada yang indah selain kebahagiaan buat si kecil. Moga kita yang serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan untuk nyawa yang kita sayang,” tulisnya.
IKLAN
Selain itu, Elly turut mengucapkan terima kasih kepada Azmi dan isterinya pelakon Faye Kusairi.
“Terima kasih daddy (Azmi) dan mommy Faye Kusairi,” katanya.
IKLAN
Rata-rata pengikut mengucapkan syukur dan meminta kedua-dua pihak untuk berbaik demi anak mereka.
“Ada yang mengharapkan semoga pertemuan ini memberi sinar baru buat Elly dan Azmi. Jagalah hubungan ini sebaiknya agar anak terus dapat kasih sayang dari mommy dan daddynya.
“Alhamdulillah, buang yang keruh ambil yang jernih, semoga hubungan keluarga Elly bersatu demi anak, berbaiklah untuk pembesaran Sefhia,” ujar netizen.
IKLAN
Kemelut hubungan Elly dan bekas suaminya menjadi hangat selepas pasangan itu bercerai dan dia mendakwa Azmi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan sepatutnya.
Sebelum ini Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.
Pada April lalu, Azmi berkahwin dengan pelakon Faye Kusairi dalam satu majlis tertutup di ibu negara.
Sumber: instagram elly mazlein
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain membuat aktiviti fizikal waktu petang, untuk pastikan anak tidur awal dan lena, ada lagi cara lain yang boleh membantu. Antaranya adalah menggunakan magnesium flakes yang terbukti banyak kelebihannya dan bagus untuk kesihatan.
Kita yang orang dewasa pun boleh menggunakan dan berikut adalah perkongsian Dr Mazliana Mazlan.
Boleh cuba rendam anak dengan magnesium flakes dalam bath tub, kalau anak susah nak tidur malam.
Magnesium, bantu untuk mudahkan tidur anak. Saya mula guna magnesium flakes untuk anak sejak dalam pantang.
Mandikan anak waktu petang, suka betul saya letak sikit magnesium flakes. Supaya malam nanti takde drama waktu nak tidur.
Magnesium bantu untuk relax kan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak. Guna waktu malam sebelum tidur, sangat beri kesan baik untuk tidur anak lebih berkualiti.
Magnesium antara suplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil.
Lebih 100 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan magnesium. Kalau tak cukup magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu.
Dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan magnesium dalam badan mereka.
Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya.
Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak kan.
Magnesium penting untuk; 1. Tidur anak yang baik 2. Perbaiki mood anak 3. Lebih fokus 4. Kuatkan tulang dan gigi 5. Berikan energy secukupnya untuk anak 6. Sihatkan otot dan saraf 7. Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain 8. Tingkatkan imuniti badan anak
Korang boleh cuba untuk guna suplement magnesium untuk anak. Dalam bentuk kepingan, minyak atau lotion. Mana-mana yang mudahkan korang.
Untuk kepingan, boleh masukkan sikit dalam bath tub, campur dengan air suam. Rendam setengah jam dalam tu. Untuk kita yang dewasa, boleh rendam kaki je kalau takde bath tub. Nikmat dia sampai boleh tertidur terus waktu tengah rendam tu.
Untuk minyak, boleh sapu 1-3 titik setiap tapak kaki kiri atau kanan, ikut umur anak.
Untuk lotion, boleh je sapu di mana-mana yang korang nak.
Cari dari Shopee pun ada, cari dari seller yang boleh consult korang sekali pun ada.
Nak dapatkan magnesium flakes pada harga yang berbaloi dan dijamin kualitinya, beli di sini
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meluahkan perasaan adalah antara salah satu cara didikan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang diterapkan dalam diri anak-anak kecilnya agar tiada perkara yang disimpan di dalam hati.
Terbaru, Dr. Sheikh Muszaphar memuatnaik satu video di laman instagramnya yang menunjukkan si kembar sedang merajuk antara satu sama lain setelah bergaduh.
Jelas di dalam video tersebut, Dr. Sheikh Muszaphar bertanya tentang apa yang berlaku dan meminta kedua-dua anaknya itu saling bermaafan. Menurutnya lagi, penting untuk si kembar saling bermaafan dan bertanggungjawab diatas kesalahan yang dilakukan.
Si Kembar Bergaduh
Penting untuk membuat anak-anak anda menyatakan perasaan mereka. Itulah yang kami cuba lakukan dengan anak-anak kami. Untuk mengekspresikan emosi mereka.
Dan ketika adik-beradik bertengkar, cubalah meleraikan secepat mungkin dengan pelukan dan ciuman.
Tidak kira siapa yang memulakan pertengkaran kerana ini akan menjadi kisah yang tidak pernah berakhir.
Love As Always PS – Meluahkan perasaan satu perkara yang sihat untuk perkembangan mereka …
Rata-rata warga maya kagum dengan cara Dr Sheikh Muszaphar menangani anak-anak yang suka bergaduh. Tak kurang juga ramai yang tertarik dengan kecomelan si kembar ini.
Doktor sangat sabar dan tekun sekali bersama mereka
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?Just daftar je kat sini
FREE je tau Webinar ni!!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membesarkan anak-anak bukan satu tugas yang mudah. Tambahan pula bagi anak-anak yang masih kecil. Penat fizikal dan emosi itu perkara biasa bagi setiap ibu dan ayah. Apatah lagi ketika usia anak sekitar 0-2 tahun di mana perkembangan pesat fizikal dan mental sedang berlaku.
menurut Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan & Tidur Bayi menerusi perkongsiannya di Facebook terdapat 10 fasa anak meragam teruk dan mengganggu tidur. Ibu bapa perlu punya ilmu untuk tanggani fasa-fasa ini kerana jika tiada ilmu ibu bapa mungkin berpotensi menghabiskan tempoh 2 tahun usia anak dengan marah, jerit dan lepas geram kepada anak-anak.
10 FASA USIA ANAK MERAGAM TERUK & MENGANGGU TIDUR
SEMUA ibubapa tahu, 0-2 tahun adalah fasa paling memenatkan buat mana-mana ibubapa.
Ini kerana, inilah usianya perkembangan pesat fizikal (growth spurt) DAN mental anak berlaku.
Otak anak mengalami proses kemaskini input yang kritikal dari masa ke semasa bagi mengelakkan ‘keserabutan memori’. Input berulang dan aktif akan di simpan dan kekal dalam otak anak. Manakala input kurang aktif akan di buang.
Malang sekali, TANPA ILMU, ibu bapa berpotensi untuk menghabiskan tempoh 2 tahun usia anak dengan banyaknya input: marah, jerkah, jerit dan lepas geram kepada anak
ILMU tidak akan 100% menjamin anak tidak meragam. Namun ia 100% boleh menjamin ibu lebih mudah ‘jatuh kasihan’ bila mengetahui apa sebenarnya yang ada dalam anak. Maka, ibu lebih mudah empati.
Anak ibarat terjaga 10x di planet asing. Super susah bukan?
Saya kongsikan RINGKASAN 10 Perkembangan Mental Anak 0- 2 Tahun Bagaimana Ia Sabotaj Tidur Anak.
Semua anak alami 10X perkembangan otak atau di sebut ‘LEAP’ dari usia 0- sekitar 2 tahun. 10 Leap akan terjadi pada tarikh – tarikh berikut (yang mewakili usia bayi) dengan *julat beza sekitar 1-3 minggu* sahaja bagi setiap anak:
1. 5 minggu: Dunia Perubahan SensasiAnak ibarat baru tersedar dia telah bertukar dunia. Ini sebabnya ramai ibu berkata anak berubah jadi ‘sukar’ selepas habis tempoh pantang!
Anak yang dahulunya ‘tak kisah’ ditidurkan dengan apa cara, kini mula jadi cerewet dan tak lena BILA dia sedar terdapatnya kekurangan dalam cara ibu menidurkannya.
8 minggu: Dunia Corak & Bentuk
Anak nampak dan sedar dengan kehadiran pelbagai corak, tekstur dan bentuk di sekeliling dan di dalam/pada badannya. Deria bayi lebih awas.
Anak lebih sukar bertenang dan ‘shut down’ mata walaupun di tidurkan dengan cara dan alat bantu tidur yang betul. Contoh kisah benar kes klien saya: anaknya tiba-tiba takut dan benci bedung sedangkan dia telah di bedung sejak hari pertama. Bayi yang mamai akan menjerit buka mata bila mula di bedung seolah-olah tak pernah jumpa bedung. Sikap ini cuma berlanjutan sekitar 2-3 hari sebelum dengan tiba-tiba juga dia kembali ok dan lena seperti sebelumnya.
12 minggu: Dunia Perubahan Lancar
Anak mula faham, nampak dan rasa pergerakan ringkas yang berlaku di sekeliling dan di dalam badannya. Bayi lebih pandai mengawal pergerakkan badan. Kurang ‘lembik’ atau kaku tak seperti dahulu.
Anak lebih lasak. Sebahagian anak tak sengaja ‘melasak’ sewaktu tidur misalnya cuba berlatih meniarap ketika separa tidur hingga terjaga.
19 minggu: Dunia Kejadian
Anak mula pandai mengagak ‘apa akan jadi seterusnya?’ kerana anak telah mula faham konsep ’cause and effect’ misalnya jika bola jatuh, ia akan bergolek. USIA EMAS mula laksanakan rutin tidur agar anak tahu signal acara tidur DAN mulakan ‘sleep training’ jika tabiat tidur anak yang bergantung sepenuhnya kepada ibu atau alat mula menyusahkan.
26 minggu: Dunia Hubungan
Inilah usia kemuncak anak menjerit kalau kena tinggal walau sekejap dan dekat !
Anak paranoid untuk lena bila dia tahu ibu boleh ‘hilang’ pada bila-bila masa.
37 minggu: Dunia Kategori
Anak ‘explore’ jenis kumpulan bagi setiap item. Cara ‘explore’?: anak suka buat sepah dan mula pandai manipulasi serta berdrama.
Anak cekap ‘baca’ emosi dan reaksi ibu kerana dia cuba menilai kategori emosi dan reaksi. Anak mungkin sengaja buat perangai pada waktu tidur untuk uji jika ibu akan ikut kehendaknya atau kekal dengan peraturan sedia ada.
46 minggu: Dunia Turutan
Anak sedar turutan langkah untuk melakukan sesuatu perkara.
Anak yang tidak pernah ada disiplin tidur dan asal boleh saja tidurnya, akan paling meneruk ragamnya. Kerana dia tiada ‘blueprint’ atau rujukan tentang bagaimana tidur harus berlaku.
55 minggu: Dunia Program
Anak sedar ada lebih dari satu cara untuk melakukan sesuatu perkara.
Anak mula jadi baby bos. Dia mungkin melawan untuk di tidurkan. Ibu harus belajar seni berkomunikasi dengan baby bos untuk mendapatkan kerjasamanya
64 minggu: Dunia Prinsip
Usia emas untuk ibu mula buat peraturan dan disiplin kerana anak yang dah mula jadi baby bos sebelum ini, mula suka jadi ‘terrible bos’ bila sesuatu perkara tak ikut seperti kemahuannya.
Anak mungkin cuba main-mainkan peraturan tidur sedia ada. Misalnya mungkir janji mahu masuk tidur selepas habiskan sebotol susu. Sudahnya, sampai botol ke-3 pun dia enggan tidur. Isu tidur di usia ini selalunya bukanlah ‘isu tidur’, tetapi lebih kepada isu tantrum anak ‘berkeras kepala’ untuk tunduk kepada sesuatu.
75 minggu: Dunia Sistem
Anak mula ada ‘hati nurani’. Anak pilih untuk jadi ‘good’ atau ‘naughty’ terhadap sesuatu situasi.
Anak yang masih melekat dengan ‘old bad sleep habit’ akan samada membawa amukan ke tahap tertinggi jika ibu cuba ubah. Atau, jika kena cara ibu, anak akan jadi sangat mudah berkerjasama untuk ubah cara tidurnya.
Beza leap dengan growth spurt?:
Leap adalah perkembangan mental manakala growth spurt adalah perkembangan fizikal ( ketinggian, berat, saiz dan skil motor )
Usia kejadian growth spurt JULATNYA SANGAT BESAR kerana setiap anak berkembang pada kadar mereka. Misalnya, anak A yang lahir pada tarikh sama dengan anak B boleh berjalan pada usia 10 bulan sedangkan anak B boleh berjalan pada 16 bulan. Besar bukan jaraknya?
Usia kejadian leap pula JULATNYA KECIL antara anak kerana otak bayi normal berkembang pada usia yang sama dengan kapasiti yang serupa *cuma hanya beza input pengalaman dari respon ibubapa sahaja*
Setiap anak AKAN BERLATIH MENGUASAI BIDANG KEGEMARANNYA DAHULU SEBELUM BERALIH KE BIDANG LAIN.
Topik 2 : Usia Leap berdasarkan tarikh lahir atau tarikh jangka lahir?
Kesemua 10 leap yang saya senaraikan adalah BERDASARKAN TARIKH JANGKA LAHIR (edd) yang di beri doktor semasa pertama kali anda di sahkan hamil dahulu. Mengapa?
Otak manusia berkembang sejak dalam kandungan dan berterusan hingga selepas di lahirkan. Maka sebab itu, tarikh jangka lahir bayi di guna pakai dalam kiraan leap kerana tarikh itu di anggarkan oleh doktor sejak hari anak di senyawakan. Namun ingat, kerana doktor manusia biasa yang hanya ‘menganggar’, maka itulah punca sedikit julat dalam usia leap.
Topik 3: Fasa Leap
Jika simptom growth spurt lebih jelas, iaitu bayi meninggi, mula nampak keluar gigi, mula cuba-cuba bergolek untuk meniarap…simptom leap apa pula? 3C : 1. Crying (banyak menangis)
2. Cranky (bad mood, serba tak kena)
3. Clingy (kerap nak berdukung, berdekatan dengan ibu)
Nota tambahan:
Membesar (leap dan growth spurt) sangat sukar bagi bayi. Ia ibarat bayi bangun 10x di planet yang berbeza sepanjang 2 tahun ini. Jika ia terjadi kepada anda, tidakkah anda juga panik dan resah?
Ketika dunia sekeliling di rasakan berubah, hanya ibu ayah yang kekal serupa. Maka sebab itulah anak menjadi 3C. Bayi yang sedia ada isu tidur, seperti tak lena, ‘bad habit tidur’, jam tidur yang kelam-kabut akan jadi 2x susah semasa leap. Malah, setelah elesai leap juga dia masih sukar di uruskan kerana poor sleep = bad mood
Maka, ibu akan rasa anaknya ‘sentiasa 3C’, setiap masa sejak dulu. Itulah pentingnya ibu belajar tentang bab tidur anak.