Menurut kajian sifat keperibadian manusia terbahagi kepada dua, iaitu introvert dan extrovert. Dalam bahasa mudah, si introvert adalah seseorang yang bersifat tertutup atau lebih suka menyendiri. Sementara si extrovert adalah seseorang yang bersifat terbuka atau gemar bersosial.
Perbezaan antara si introvert dan si extrovert adalah cara mereka mendapatkan ”energy”. Si introvert mendapatkan ”energy” melalui diri mereka sendiri. Sementara si extrovert mendapatkan ”energy” dari orang-orang di sekeliling mereka.
Sebagai ibu, kita kena kenal diri kita
– Extrovert ke
– Introvert ke
Ibu Extrovert ni biasanya suka :
– berkawan
– suka beramah mesra
– suka bertegur sapa
– suka berziarah ke sini sana
Ads
Kenapa?
– kerana Ibu yang Extrovert ni dapat energy & semangat bila bersilaturrahim dan bercampur dengan orang lain
Ibu Introvert pula biasanya suka :
– menyendiri
– dilihat sebagai suka berahsia
– agak pendiam
– kadang dilihat agak serius
– suka bersembang dengan satu orang sahaja pada satu masa
– suka percakapan yang ‘deep’ dan bermakna sahaja
Kenapa?
– Kerana ibu yang introvert ni dapat energy & semangat bila mereka bersendirian
Kadang walaupun kita Introvert, ada juga sisi Extrovert kita. Kadang walaupun kita Extrovert, ada juga sisi Introvert kita.
Ads
Bila kenal diri, mudah kita nak cas balik ‘bateri emosi’ kita yang sudah habis dan kosong.
Ada masa kita kena ambil Me Time dengan bersendirian. Ada masa kita kena ambil Me Time dengan mencari kawan.
Know yourself. Take care of yourself. Fill your cup first. You can’t pour from an empty cup.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal ibu dan ayah pastinya tidak sabar bertemu si kecil setelah menanti selama 9 bulan tempoh kehamilan. Tetapi bagaimana jika tempoh bersalin menjadi lama? Jom ketahui lebih lanjut mengenai apa yang dikatakan lambat bersalin atau prolonged labor ini.
Tempoh bersalin lama?
Lambat bersalin adalah di mana proses beranak mengambil masa yang lama. Ia berlaku ketika seorang wanita memerlukan tempoh kira-kira 20 jam atau lebih jika ini merupakan kelahiran pertama kali, dan 14 jam atau lebih untuk kehamilan seterusnya.
Situasi melahirkan anak yang lama ini ditentukan oleh fasa bersalin dan apakah serviks telah menipis serta dibuka dengan betul bagi proses kelahiran bayi.
Secara amnya, fasa kelahiran bayi dibahagikan kepada 3 peringkat:
Peringkat pertama: Bermula daripada fasa awal melahirkan anak sehingga serviks melebar dan menipis sepenuhnya Peringkat kedua: Bermula daripada pelebaran penuh hingga melahirkan Peringkat ketiga: Bermula dengan kelahiran bayi sehingga plasenta dikeluarkan
Baca juga:
Tempoh bersalin yang berpanjangan berlaku pada peringkat pertama fasa bersalin. Ia boleh meletihkan dan menjejaskan emosi, tetapi jarang menimbulkan komplikasi kepada ibu.
Tahap awal bersalin lama: Melibatkan proses melahirkan anak yang berpanjangan selama lebih 8 jam tanpa melepasi peringkat pertama.
Tahap pertama bersalin lama: Apabila proses melahirkan anak berpanjangan selama lebih 12 jam tanpa melangkah ke peringkat kedua bersalin.
Tahap kedua bersalin lama: Biasanya memakan masa 5 hingga 30 minit. Tetapi ia menjadi berpanjangan jika:
2 hingga 3 jam bagi wanita yang pernah hamil sebelum ini
1 hingga 2 jam untuk wanita yang hamil kali pertama
Oleh itu, seorang ibu hamil dikatakan mengalami masalah lambat bersalin sekiranya masa untuk melahirkan anak itu berlangsung lebih daripada 20 jam. Sekiranya kandungan adalah bayi kembar atau berganda, maka tempoh bersalin lama adalah pada 16 jam.
Proses melahirkan anak yang berpanjangan boleh berlaku sekiranya:
Saiz bayi sangat besar dan tidak dapat bergerak melalui saluran kelahiran
Bayi berada dalam kedudukan tidak normal, posisi songsang. Biasanya kepala bayi akan turun ke bawah dan menghadap ke belakang
Saluran kelahiran terlalu kecil untuk dilalui bayi
Proses kontraksi atau pengecutan rahim sangat lemah
Tanda & gejala lambat bersalin
Antara tanda dan simptom lambat bersalin yang boleh diperhatikan adalah termasuk:
Tempoh melahirkan anak melebihi 18 jam: Tanda paling utama adalah kelewatan
Keletihan ibu: Wanita yang sedang dalam proses beranak berasa lemah dan letih
Gejala fizikal lain adalah seperti sakit belakang yang teramat sangat, denyutan nadi tinggi dan keadaan rahim lembut (tender) juga memberi amaran mengenai fasa bersalin berpanjangan
Ketosis: Merupakan komplikasi dehidrasi dan kekurangan karbohidrat (atau glukosa) untuk tenaga dalam badan. Keadaan ini mengakibatkan pengumpulan keton dalam tubuh yang tidak normal
Risiko tempoh bersalin lama
Fasa melahirkan anak yang berpanjangan boleh menyebabkan komplikasi serius pada ibu atau bayi, bahkan berisiko membawa maut.
Antara komplikasi biasa yang boleh dialami ibu adalah:
Jangkitan
Pecah rahim
Fistula genital
Situasi lambat bersalin ini juga boleh membahayakan bayi. Ia boleh menyebabkan:
Tahap oksigen yang rendah untuk bayi
Irama jantung yang tidak normal pada bayi
Bahan tidak normal dalam cecair amniotik atau ketuban
Jangkitan rahim
Kematian dalam kandungan
Sekiranya bayi berdepan kesukaran, anda mungkin perlu melalui fasa kelahiran kecemasan.
Ini melibatkan pemantauan rapi yang penting untuk memastikan tahap kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Rawatan untuk tempoh bersalin lama
Sekiranya anda melalui fasa bersalin yang berpanjangan, doktor mungkin akan menyarankan untuk berehat sebentar. Adakalanya ubat akan diberikan untuk meringankan kesakitan proses bersalin dan membantu anda berehat.
Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin akan berasa lebih selesa selepas mengubah posisi atau kedudukan badan. Rawatan tambahan untuk membantu tempoh bersalin lama ini adalah bergantung kepada punca atau sebab yang mendasari keadaan tersebut.
Sekiranya bayi sudah sedia berada dalam saluran kelahiran, doktor boleh menggunakan alat khas yang disebut sebagai forcep atau alat vakum bagi membantu mengeluarkan bayi melalui faraj.
Jika doktor berasakan anda memerlukan lebih kuat kontraksi, berkemungkinan akan diberikan 0xytocin. Ubat ini berfungsi untuk mempercepatkan pengecutan dan menjadikannya lebih kuat.
Seandainya selepas doktor berasa anda sudah cukup kontraksi dan tempoh bersalin masih lambat, proses kelahiran secara pembedahan caesarean adalah pilihan terakhir.
Sekiranya bayi terlalu besar atau ubat yang diberikan tidak mempercepatkan proses beranak, anda memerlukan C-Sec. Pembedahan Czer mungkin menjadi jawapan kepada beberapa masalah yang menyebabkan wanita berdepan situasi lambat bersalin.
Hampir sepertiga C-Sec dilakukan kerana tempoh bersalin yang berpanjangan.
Kelahiran Caesar adalah sangat biasa untuk kehamilan berganda. Diaggarkan hampir separuh kelahiran kembar dilakukan melalui prosedur C-Sec, sementara 90% kembar tiga dilahirkan dengan proses pembedahan ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pengorbanan para petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertungkus lumus merawat para pesakit positif Covid-19 yang bekerja siang dan malam pastinya mendedahkan diri mereka dengan risiko untuk dijangkiti virus tersebut.
Namun dalam satu kenyataan KKM menegaskan bahawa sehingga kini, tidak ada anggotanya yang dijangkiti COVID-19 ketika berkhidmat di wad atau unit rawatan rapi (ICU) hospital rawatan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana anggota kesihatan KKM mengamalkan langkah pencegahan dan memakai alat pelindung diri (PPE) semasa menjalankan tugas.
“Apabila kita lihat barisan hadapan KKM yang dijangkiti, 181 orang dan dua kematian, yang mana kematian yang direkodkan ini mempunyai sejarah perjalanan ke Turki serta Indonesia dan tidak berkaitan dengan jangkitan semasa bekerja.
“Daripada jumlah 181 itu, 67 peratus iaitu 122 dijangkiti di luar kawasan hospital, contohnya menghadiri majlis perkahwinan dan sebagainya kemudian mereka datang ke hospital sehingga ada yang menjangkiti rakan-rakan mereka,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang doktor hospital swasta bahawa KKM gagal melindungi barisan hadapan perubatan sehingga menyaksikan kira-kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti virus itu ketika bertugas.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata jangkitan melibatkan petugas kesihatan bermula di hospital swasta dan susulan itu, KKM mengadakan dua mesyuarat bersama hospital serta klinik swasta pada 1 dan 12 Mac untuk meningkatkan langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan.
Bagaimanapun, hasil siasatan menunjukkan bahawa sejumlah 36 petugas kesihatan mendapat jangkitan COVID-19 daripada pesakit yang tidak memaklumkan perkara sebenar mengenai hubungan rapat mereka dengan individu yang berisiko tinggi.
Selain itu, sebagai langkah pencegahan, KKM telah menyaring lebih 2,000 petugas kesihatan termasuk di fasiliti swasta secara berkala.
“Jadi, kita tak tunggu sama ada mereka dapat gejala dulu baru kita nak saring sebaliknya kita saring semua secara berjadual dan lebih 2,000 kita dah saring,” katanya.
Jadi untuk hargai penat lelah pengorbanan barisan hadapan kita ini, yang bukan sahaja berkorban tenaga malah masa bersama keluarga kerana tidak dapat bertemu dengan keluarga sepanjang bertugas. Sebagai rakyat yang prihatin kita seharusnya patuh dengan arahan kerajaan dan amalkan langkah pencegahan. Semoga penularan ini dapat dibendung dan kita semua dapat menjalani kehidupan yang normal kembali.
Tamat tempoh berpantang anak ketiga, Datin Almy Nadia dan suami, Datuk Fizz Fairuz telah mengadakan majlis akikah dan memperkenalkan buah hati baru mereka, Nur Afrina Ayra kepada umum.
Kehadiran empat cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat dalam hidup pasangan suami isteri ini memeriahkan lagi rumah tangga yang dibina sejak 2014 lalu.
Malah Almy Nadia juga kelihatan semakin susut dan cantik selepas habis berpantang.
Kebanyakan netizen juga turut berpesan supaya Almy jangan terlalu nak kurus sangat hingga jejaskan pengeluaran susu. Kekalkan momentum dan kurangkan pengambilan gula serta karbohidrat.
Walaupun secara fizikal nampak badan Almy masih berisi, ada juga peminatnya yang perasan susut tubuh Almy makin mengecil sedikit berbanding ketika mengandung.
Nampaknya ramai yang memberi nasihat positif dengan memberi idea eat clean sahaja dan jangan skip makan dengan mengamalkan gaya pemakanan suku-suku separuh.
Menyusu memang lapar tapi insyaallah susu tak akan kurang jika mengamalkan pemakanan berkhasiat. Perlahan-lahan turunkan berat badan dan jangan stres.
Selain itu ada peminat yang menyarankan bila dah semakin sihat, boleh lakukan senaman kardio perlahan-lahan. Kalau terlampau ikut kecaman orang mesti akan stres tapi pastikan fikir yang positif dan doa yang baik-baik.
Sumber: ig fizzalmy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!