Berseri Ibu Anak Empat Ini! Penampilan Terbaru Datin Almy Makin Cantik & Ayu

Share

Penampilan sopan dan lebih manis isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia yang dilihat mula bertudung ketika bercuti bersama keluarganya di Genting Highland baru-baru ini mencuri tumpuan ramai.

Video mereka sekeluarga itu dimuat naik menerusi akaun Instagram milik kelab peminat Almy dan Datuk Fizz Fairuz ketika membawa anak-anak makan angin sempena minggu cuti persekolahan.

Dalam rakaman tersebut memaparkan ibu kepada empat cahaya mata perempuan ini bersama suami sedang menaiki kereta kabel sambil menikmati pemandangan sekitar lokasi tanah tinggi berkenaan.

Apa yang mencuri tumpuan, Almy kelihatan cantik dan ayu sekali memakai tudung bawal berwarna biru gelap sambil mendukung anak keempatnya.

Menerusi ruangan komen, kebanyakannya memberi pujian terhadap penampilan terbaru  Almy yang nampak semakin berseri-seri.

“Datin memang dah cantik, pakai tudung lagi bertambah ayuu❤️❤️❤️”

“Love sangat-sangat Almy pakai tudung…serius cantiknya…😍😍😍..terus pakai tau.”

“Ayu berseri-seri datin berhijab semoga istiqamah syukur Alhamdulillah aamiin❤️❤️❤️”

“Alhamdulillah syukur..cantik datin bertudung 😍”

Sementara itu, dalam satu posting di Instagram milik Almy beberapa hari lalu turut memperlihatkan dia memakai tudung ketika pergi mengambil anak sekolah sewaktu melakukan panggilan video bersama anaknya yang kecil.

Bagaimanapun, setakat ini Almy Nadia belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penampilan terbarunya namun ramai mendoakan semoga Almy terus istiqamah.

Kredit: Instagram FizzAlmyofficialfc & Almy Nadia

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
Wan Amy