Kemunculannya sering dinantikan, tambahan pula baru-baru ini pelakon cantik jelita, Nur Fazura baru sahaja melahirkan cahaya mata pertamanya yang diberi nama Nur Fatima Aisya.
Walaupun masih lagi dalam berpantang, pelakon Gol & Gincu ini tetap tampil anggun selepas dua minggu bersalin.
Berkongsi di Instagram miliknya, Fazura memaparkan sekeping foto membawa Fatima ke Hospital semalam. Berbusana simple namun tetap menawan, perkongsian tersebut ternyata mengubat kerinduan peminat untuk menatap wajah Fazura.
“Out for a quick hospital visit only today. Stay safe everyone,” tulis Fazura
View this post on InstagramOut for a quick hospital visit only today. Stay safe everyone. 💖 #Repost @fattzuralovelife
A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on
Ternyata kemunculan suri hati kepada pelakon, Fattah Amin itu mengundang perhatian para pengikutnya yang rata-ratanya memberikan respon di ruangan komen.
Ramai yang terpesona dan memuji kecantikan dan susuk tubuh langsing Fazura walaupun baru dua minggu menjalani proses berpantang. Malah ada juga yang mengatakan dia masih cantik persis anak dara.
Selain memuji kecantikan Fazura, ramai juga pengikut yang tidak sabar untuk menunggu pasangan ini berkongsi wajah puteri mereka Fatima.
Sejak dilahirkan, Fazura dan Fattah masih merahsiakan wajah puteri sulung mereka kepada umum.
Sumber: missfazura
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setiap Kali Dakap Anak Baru Lahir, Suami Menangis. Inilah Lelaki Paling ‘Macho’!
Menyambut kelahiran bayi bukan sahaja merubah seorang wanita menjadi ibu, bahkan seorang lelaki menjadi ayah. Seringkali masyarakat memberi keutamaan kepada perubahan emosi seorang ibu lantas mengambil mudah soal perasaan seorang ayah. Perlu diingatkan, setiap anak memerlukan seorang ayah seperti mana mereka memerlukan si ibu.
Artikel Menarik: [“Ikat Salur Peranakan Haram Kalau Tak Mudaratkan Nyawa Isteri” – Ustaz Azhar Idrus]
Sebenarnya jika seorang anak itu mempunyai bonding dengan ayah mereka, ia memberi kesan jangka masa panjang yang positif terhadap tumbesaran mereka. Rapat dengan anak-anak juga dapat membina keyakinan seorang lelaki untuk menggalas tanggung jawab sebagai seorang ayah.
Seringkali kita terlupa akan kepentingan memberi perhatian kepada ayah yang baharu menjadi bapa, kerana kita terlalu sibuk menjaga emosi si ibu yang melahirkan anak.
Keutamaan harus diberikan kepada si ibu kerana ternyata pengorbanan yang mereka lakukan itu tidak dapat ‘dibayar’ dengan apa pun. Tetapi, penghargaan juga harus diberikan kepada si ayah jika dia bersungguh-sungguh berusaha menyediakan yang terbaik buat isteri tersayang serta anak mereka.
Artikel Menarik: [Penggalak Susu Ibu Terbaik Lengkap Nutrisi. Sedap & Mudah Disediakan]
Sebuah laporan kajian yang dilakukan oleh Dove Men+Care and Promundo (sebuah organisasi yang memperjuangkan kesamarataan jantina) membuktikan jumlah hari cuti untuk seorang ayah ketika baharu menerima bayi amat memberi kesan kepada mereka.
Dalam kegembiraan menerima ‘orang baru’ dalam keluarga, mereka sebenarnya bersedih kerana tidak dapat meluangkan masa lebih lama bersama keluarga kerana jumlah cuti yang diberikan kepada mereka sangat singkat.
85 peratus bapa dari Amerika Syarikat, Argentina, Brazil, Kanada, Jepun dan Netherlands yang menjalani bancian tersebut mengatakan yang mereka sanggut berbuat apa sahaja untuk terlibat bersama si isteri pada minggu-minggu awal kelahiran anak mereka.
Artikel Menarik: [Untung Dapat Anak Sulung Perempuan, Boleh Harap Jaga Adik-Adik]
Walaupun kajian menyatakan begitu, tetapi kurang daripada 5 peratus bapa serata dunia tidak dapat bercuti lama kerana polisi kerajaan, tekanan kewangan dan kurang sokongan dari ketua jabatan di tempat kerja mereka.
Kesimpulannya, para bapa hari ini berhadapan dengan konflik dan terdesak untuk bersama isteri dan menjaga anak-anak bersama, tetapi tidak mampu atas kekangan tertentu. Jika niatnya betul dan ikhlas, mungkin suatu hari nanti para bapa akan diberi cuti yang lebih lama untuk menyambut kelahiran anak mereka.
Sumber: Mother.ly
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Tahu Pun Diri Hamil! Hanya Sedar 30 Minit Sebelum Bersalin Lepas Sakit Perut
Rezeki yang tak disangka! Itu pengalaman yang dilalui oleh seorang ibu apabila dia mengandung tanpa disedarinya hinggalah saat nak bersalin pada usia kandungan dah 9 bulan.
Menurut seorang ibu muda dari Cleveland, Amerika Syarikat, pengalaman hamil dan melahirkan bayi ‘ajaib’ empat tahun lalu sungguh tak disangka.
Kongsinya dia tidak tahu dirinya sedang hamil dan hanya sedar 30 minit sebelum melahirkan bayi yang dianggap sebagai hadiah Krismas.
UPT negatif, perut kempis & tiada alahan
Menurut laporan, Ally Opder, 26 tahun yang bersalin pada 21 Disember 2016 yang lalu mengatakan perutnya kelihatan kempis bahkan ujian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan keputusan negatif.
“Saya tidak pernah impikan bahawa saya hamil. Ya, haid saya tidak teratur malah berat badan saya tidak naik, tidak penat dan tiada pergerakan ganjil pada perut.
“Selama ini perut saya hanya kempis dan tak sangka saya hamil,” kata Ally.
Rasa sakit di bahagian perut ketika usia kandungan 38 minggu
Tambahan itu, Ally berkata dirinya berasa sakit di bahagian perut dan bertindak untuk pergi ke hospital berhampiran. Setelah melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan dirinya hamil sekitar 38 minggu dan didakwa selamat bersalinkan seorang bayi lelaki setengah jam selepas itu.
Walaupun dirinya masih terkejut mengenai hal tersebut, Ally beranggapan bahawa kehadiran bayi lelaki yang bernama Oliver itu merupakan suatu keajaiban dan hadiah istimewa Krismas buat dirinya.
Sumber: Daily Star via Siakap Keli
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sampai Bunyi ‘Burp,’ Sendawakan Bayi Lepas Menyusu Elak Kembung Perut
Sendawakan bayi ialah satu kewajipan setiap kali selepas penyusuan walau pun ia mengambil masa dan bayi susah disendawakan.
Ada segelintir tidak mempedulikan kepentingan sendawa pada bayi. Jangan culas untuk sendawakan bayi walaupun bayi sudah tertidur selepas menyusu. Biasanya bayi baru lahir akan mudah tertidur selepas penyusuan. Walaupun bayi tidur, anda perlu sendawa bayi setiap kali penyusuan iaitu secara terus daripada payudara, menggunakan botol atau minum dengan cawan kecil.
TUJUAN BAYI DISENDAWAKAN
a)ELAK KEMBUNG PERUT
Sendawa penting untuk mengelak bayi kembung atau kolik. Ia bertujuan untuk mengeluarkan udara yang masuk ke dalam perut bayi semasa bayi menyusu atau menangis. Sekiranya bayi tidak disendawakan, udara akan terkumpul di dalam perut dan bayi akan berasa tidak selesa.
Tindakan sendawakan bayi boleh mengurangkan risiko berlakunya kolik. Walau pun kembung perut boleh dirawat, tapi langkah mengelakkannya dari awal adalah lebih baik. Tambahan pula, bahaya jika bayi dibiarkan menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan mengundang risiko sawan tangis. Bayi juga akan keletihan dan tidak cukup tidur. Malah, mama papa juga akan keletihan setelah berjaga malam untuk meredakan tangisan anak.
b)BANTU BAYI TIDUR NYENYAK
Apabila angin dapat dikeluarkan, bayi lebih selesa dan tenang. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka tidur lebih nyenyak.
c)BAYI LEBIH CERIA DAN AKTIF
Bayangkan jika diri anda mengalami kembung perut dan sebu, tentu ia tidak menyeronokkan. Begitu juga keadaan si kecil jika tidak disendawakan. Mereka akan menangis, meragam dan tidak selesa. Dengan menyendawakan, bayi lebih ceria, selesa dan aktif. Maka dia boleh bermain dan melalui perkembangan yang baik seiring usianya.
4 CARA SENDAWAKAN BAYI
Untuk sendawakan bayi, adakalanya mama dan papa perlukan kesabaran. Ini kerana ada sesetengah bayi mengambil masa agak lama untuk mengeluarkan ‘udara’ yang terperangkap. Jadi anda perlu menggunakan beberapa teknik untuk sendawa bayi anda. Lakukan dengan kesabaran untuk semua teknik ini sehingga bayi anda sendawa.
#1: SANDAR PADA BAHU
Cuba dukung bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepala bayi bersandar pada bahu anda. Tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi sehingga bayi sendawa. Posisi ini dilakukan secara berdiri atau duduk di kerusi.
Bagi mungkin akan jeluak atau termuntah susu, jadi jangan lupa alas bahu anda dengan sapu tangan kecil.
#2: DUDUK
Bayi duduk secara posisi tepi atas riba dan tepuk lembut bahagian belakangnya. Dudukan bayi pada salah satu belah paha anda (kiri atau kanan)dengan membongkokkan sedikit badan bayi. Tahan dadanya dengan tangan anda.
Hati-hati kerana mungkin ia akan membuatkan bayi muntah jika tersalah pegang. Kemudian sebelah tangan lagi untuk usap belakang bayi perlahan-lahan. Cara ini dikatakan bayi mudah sendawa.
#3: MENIARAP
Pegang dan baringkan bayi secara meniarap atas perutnya dengan posisi melintang dengan kedudukannya atas paha anda. Pegang bahagian dada bayi dengan sebelah tangan.
Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya. Sebelah tangan lagi, perlahan-lahan menepuk belakang bayi atau urut pun boleh dalam cara usap naik dan turun.
#4: DUKUNG
Pelbagai posisi sudah dicuba tapi belum berjaya untuk buat bayi sendawa. Mungkin anda boleh dukung bayi dan rapatkan pada dada.
Hanya perlu dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kanan ke kiri akan membuatkan bayi sendawa sendiri. Sambil itu, anda boleh usap bahagian belakang bayi dengan berjalan-jalan di sekitar rumah anda.
Artikel berkaitan: [Bayi Menangis Bila Lapar, Tak Selesa, Kembung Perut Atau Mengantuk. Ibu Ayah Mesti Tahu Bezakan!]
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI