Perkara yang paling mengujakan bagi setiap ibu hamil pastinya adalah untuk melahirkan bayi yang sedang dikandung selama sembilan bulan. Lebih-lebih lagi bentuk fizikal sudah kelihatan, perasaan tak sabar nak bertemu bayi yang bakal dilahirkan tentu sesuatu yang dirasai oleh kebanyakan ibu hamil.
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid beberapa hari lalu berkongsi perkembangan kehamilan keduanya di Instagram.
Mawar yang berbusana merah terang menunjukkan penampilan terbarunya yang jelas sudah nampak baby bump.
Dalam kapsyen posting tersebut, Mawar menyatakan bahawa dirinya tak sabar nak jumpa bayi yang akan dilahirkan itu.
“kecik lagi baby bump. Hehe. Mommy x sabar nak jumpe babyyyyy,” tulisnya.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesihatan Mawar dan bayi dalam kandungan. Malah ada juga yang mendoakan Mawar melahirkan bayi perempuan kelak.
Mawar dan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra dipanggil Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Rafael pada 13 Mac 2019.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan dan Raysaa hasil perkahwinan suaminya yang terdahulu bersama bekas isteri.
Tempoh kehamilan tu sesuatu yang indah untuk dilalui oleh seorang ibu. Setiap pengalaman pasti tak sama namun ia manis untuk dikenang. Semoga segalanya dipermudahkan untuk Mawar Rashid.
Sumber: Media Hiburan & IG Mawar Rashid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI