Pelakon Mawar Rashid mendedahkan dia telah bercuti pantang untuk beberapa jam sempena menyambut hari lahirnya yang ke 24 tahun, semalam.
Menurut Mawar, sempena kejutan hari jadi yang dilakukan oleh suaminya, Raf Yaakob, dia telah bersiap cantik dengan solekan.
Mawar menerusi akaun Instagram miliknya dengan berseloroh berharap “Makcik Bawang” membenarkan dia bercuti pantang sebentar di hari ke-21.
“Harini pantang hari ke 21, birthday Mawar yang ke 24. @rafyaakob sebenarnya nak surprisekan birthday untuk Mawar. Tapi KSha @raysaachanelaraf dah kantoikan dengan detail ada surprise birthday kat tingkat bawah.
“Bila Mawar dapat tahu ade surprise, apa lagi, Mawar terus call MUA untuk bersiap cantik-cantik. Ye lah, tengah birthday kan, tak kan nak comot pulak.
“Mak cik bawang, kasi chance cuti pantang untuk beberapa jam ye. Chill ya. Mawar tahu korang Carr pasal Mawar,” tulisnya.
Menerusi entri tersebut, Mawar memuat naik rakaman video ketika dia tengah bersiap untuk sambutan hari jadi tersebut.
Mawar baru sahaja melahirkan bayi lelaki Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.
Sumber: ig Mawar Rashid