Pejam celik, pejam celik, akhirnya dah genap sebulan usia Adam Fateh Lee. Dilahirkan 11 Julai lalu, nampaknya pewaris Adam Corrie Lee dan isteri, Fazema Mohd Fuad membesar dengan sihat.
Rata-rata netizen seronok melihat kebahagiaan keluarga ini sejak kehadiran si kecil dalam hidup mereka dan penantian mereka sangat berbaloi selama ini.
Melalui perkongsian Adam Corrie Lee sempena majlis aqiqah dan ulang tahun perkahwinan ke-10, nampak seri seorang ibu di wajah Fazema.
Betul kata orang, kehadiran anak mampu mengubah hidup pasangan suami isteri itu.
Ternyata senyuman di kedua-dua wajah suami isteri ini membuktikan mereka benar-benar bersyukur dengan kurniaan dari ilahi walaupun melalui pelbagai dugaan sebelum kehadiran anak.
Malah ramai juga netizen yang memuji penampilan baru Fazema sejak bergelar ibu.
“Alhamdulillah…wah Mak Fateh dah nampak slim..berseri-seri sungguh”
“ Masya Allah..berseri-seri keduanya. Tahniah dan alhamdulillah
Ramai juga yang mendoakan agar Adam Fateh Lee membesar menjadi anak soleh dan pejuang agama yang hebat suatu hari nanti.
“Alhamdulillah..Allah dah perkenankan doa-doa. Dah dapat baby Fateh Lee yang comel.
“Semoga besar menjadi pembela agama Islam yang suci. Menjadi pemuka yang dihormati, dikasihi manusia dan para malaikat.”
Sumber: Adam Corrie Lee