Pelakon berbakat besar, Datin Seri Umie Aida berterima kasih kepada pengikutnya di laman Instagram kerana banyak berkongsi tip pejagaan bayi dengannya. Selepas 25 tahun tidak menjaga bayi di rumah, banyak perkara yang dia terlupa tentang hal ini.
Artikel Berkaitan: [Cara Basuh Botol Susu Penting Untuk Elak Anak Kerap Sakit. Bukan Guna Sabun Sahaja]
Dalam sebuah postingnya, dia turut berkongsi tentang cara lama membersihkan botol susu anak iaitu dengan teknik merebusnya selama 20 minit setiap hari. Masalahnya, apabila dia berbuat demikian penutup botol susu anaknya jadi susah untuk ditutup.
Artikel Berkaitan: [Botol Susu Jangan Guna Sabun Pencuci Pinggan. Lebih Selamat Basuh Dengan Pencucinya]
Katanya lagi, dahulu dia berbuat perkara yang sama tiada masalah, sempat juga dia bertanya adakah ini kesan rebusan itu?
Rata-rata pengikutnya memberi komen positif dan mencadangkan agar dia membeli sterilizer untuk memudahkan kerja mencuci botol susu.
Sumber: Umie Aida