Anak kecil terutamanya bayi sering memasukkan jari atau alat permainan ke dalam mulut. Jika alat permainan dan permukaan tempat si kecil bermain tidak bersih, bakteria dan virus pasti mudah berpindah kepada bayi.
Perkara ini sering diambil ringan oleh para ibu bapa. Alat permainan yang kotor boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria dan virus pada kanak-kanak.
Membersihkan alat permainan seharusnya dijadikan rutin kepada para ibu bapa sama seperti membasuh kereta mahupun mop lantai rumah.
Berapa Kerap Anda Perlu Membersihkan Alat Permainan Si Kecil?
– Ia terpulang kepada ibu bapa berapa kerap alat permainan itu hendak dibasuh. Anda tidak perlu menyusahkan diri membersihkannya setiap hari. Namun, adalah baik jika alat permainan anak anda dibersihkan pada masa yang tertentu seperti;
– Apabila alat permainan kelihatan kotor (contoh: makanan tumpah pada alat permainan, atau dibawa main keluar rumah)
– Anak anda baru sembuh daripada sebarang jangkitan seperti selsema atau cirit birit. Dikhuatiri alat permainannya masih dicemari dengan bakteria/virus yang menyebabkan anak anda sakit
– Kanak-kanak lain memasukkan alat permainan anak anda ke dalam mulut mereka
– Setiap hujung minggu/bulan
Kaedah Membasuh Alat Permainan
Alat permainan keras (diperbuat daripada plastik)
Kaedah 1
Ads
– Gosok alat permainan dengan berus dan air sabun
– Bilas dengan air bersih
– Keringkan dan lap dengan wet wipe tissue
Kaedah 2
– Gosok alat permainan dengan berus dan air sabun
– Rendam di dalam *air yang dicampur peluntur selama 10-20 minit
– Bilas dengan air bersih dan keringkan
Alat permainan yang mempunyai bateri/diperbuat daripada kayu atau besi/permainan bersaiz besar
Ads
– Lap permukaan luar menggunakan span sabun
– Kemudian lap menggunakan kain lembap yang telah direndam *air yang dicampur peluntur dan keringkan
*Cara mudah sediakan air campuran peluntur:
Campurkan 1 sudu (15 ml) peluntur untuk setiap 1 liter air.
Peluntur yang telah dicampurkan air pada jumlah yang betul adalah selamat untuk digunakan sebagai cecair pembersih alat permainan. Klorin pada peluntur akan tersejat dengan cepat semasa dikeringkan.
Alat permainan lembut/kapas/kain
Sebilangan alat permainan boleh sahaja dibasuh menggunakan mesin basuh.
Ads
Sekiranya ia tidak sesuai dibasuh menggunakan mesin, rendam dengan air sabun, bilas dan keringkan di bawah cahaya matahari.
Permainan yang sukar dibersihkan atau terlalu kotor eloklah dibuang sahaja untuk mengelak pembiakan kuman.
Membiasakan si kecil mempunyai bantal atau selimut busuk juga sebaiknya tidak perlu diamalkan. Ini kerana, kotoran bakteria akan berkumpul pada bantal dan selimut dan ia sebenarnya boleh mengundang jangkitan. Untuk anak yang mempunyai bantal/selimut busuk, basuhlah sekali-sekala terutamanya apabila ia kelihatan kotor.
Tip Lain Menjaga Kebersihan Alat Permainan
Simpan permainan di dalam bekas tertutup yang bersih setiap kali selepas main
Sebaiknya, setiap anak mempunyai permainan sendiri. Kurangkan berkongsi permainan terutamanya patung mainan fabrik
Permainan yang tidak boleh dibasuh seperti plastisin perlu diganti apabila ia sudah lama digunakan kerana bakteria pasti sudah berkumpul di dalamnya
Kotak pasir perlu diganti secara berkala dan ditutup jika tidak digunakan untuk mengelakkan haiwan liar mengotorkan pasir tersebut
Sekiranya ada permainan yang kelihatan kotor, jangan campurkan bersama permainan bersih. Asingkan ia sebelum dibasuh
Jadikan aktiviti membersihkan alat permainan sebagai salah satu rutin kerja rumah. Ibu bapa perlu bijak dan prihatin terhadap kesihatan anak-anak. Kesihatan keluarga bermula daripada persekitan rumah yang bersih.
Sumber: zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebenarnya perlindungan paling baik yang kita boleh berikan pada anak adalah memastikan mereka mendapat semua imunisasi yang lengkap. Bagi ibu bapa berkemampuan ada yang mengambil vaksin tambahan untuk perlindungan anak.
Berikut senarai vaksin tambahan untuk bayi. Yang mana bayi anda dah ambil?
Pneumococcal – ada beberapa jenis iaitu Prevenar dan Synflorix. Boleh di ambil seawal 2 bulan. Untuk mengelakkan jangkitan paru-paru akibat kuman Pneumocuccus. Selain itu juga mampu mengelakkan jangkitan telinga, jangkitan selaput otak dan jangkitan dalam darah akibat kuman Pneumococcus.
Influenza – Influenza bukan batuk/selsema yang biasa. Ia adalah lebih teruk dan antara penyebab utama kemasukan baby ke hospital. Ia akan menyebabkan demam panas, sakit badan, hilang selera makan, batuk dan selsema teruk. Selain itu, baby juga mungkin dehydrated kerana tidak cukup minum.
Rotavirus – Rotavirus vaksin (Rotarix) boleh diambil sejak umur 2 bulan, dan mesti complete 2 dos pada 8 bulan. Vaksin ini unik sebab diambil secara oral. Kena minum, buka cucuk. Rotavirus sangat mudah berjangkit dan antara penyebab utama masalah cirit-birit dan muntah di kalangan kanak-kanak kecil yang dimasukkan ke wad.
Chicken Pox – Chicken pox dan campak adalah 2 penyakit sangat jauh berbeza. Chicken pox (jangkitan virus varicella zoster) manakala campak adalah measles. Measles diberi vaksin pada umur 9 bulan dan 12 bulan dalam jadual vaksin wajib. Kalau tak nak bayi kena chicken pox, naik ruam, sampai jadi parut, boleh la ambil vaksin chicken pox ni.
Meningococcal – Kuman meningococcal ni akan menyebabkan jangkitan yang teruk pada selaput otak, yang dipanggil meningitis. Jangkitan kebiasaannya sukar dikesan dan kadar kematian akibatnya adalah sangat tinggi jika lambat dirawat. Inilah kes yang mana air tulang belakang perlu diambil untuk memastikan jangkitan meningitis.
Air biji kembang semangkuk penawar untuk anak demam, batuk berkahak selain makan ubat. Jika anak sedang batuk berkahak, salah satu bahan makanan semulajadi yang bagus ialah biji kembang semangkuk.
Air Biji Kembang Semangkuk Penawar Untuk Anak Demam, Batuk Berkahak Selain Makan Ubat
Air rendaman biji semangkuk, bagus untuk keluarkan kahak dan hingus anak yang selesema dan batuk. Biji kembang semangkuk (malva nut/Taiwan sweet gum) berupaya bukan sahaja menyejukkan badan, tetapi juga membuang kahak.
Cara-caranya:
1. Rendam 2 biji kembang semangkuk ke dalam air.
2. Selepas setengah jam, tapis. Ambil airnya.
3. Airnya dicampur sedikit madu. Minum 3 kali sehari.
Juga boleh dijadikan pengganti air kosong, simpan dalam botol, minum sekerap mungkin.
Biasanya setelah minum, mungkin akan muntah beberapa kali untuk keluarkan kahak.
Selepas itu, akan lebih baik.
Untuk bayi bawah 1 tahun dan menyusu badan, ibu yang kerapkan minum. Sesuai untuk 1 tahun ke atas.
ELAKKAN MAKANAN/MINUMAN INI KETIKA BERKAHAK:
Makanan yang menghasilkan kahak – gula, junkfood, fastfood, jajan, coklat, aiskrim, kek, biskut, susu tepung, susu (walau organik sekalipun), air bergas, air kotak, semua makanan berasaskan tepung gandum, barli, rye.
Tidak guna amalkan itu ini tetapi sumber utama penyumbang kahak kita tidak tinggalkan.
Di mana nak dapatkan biji Kembang Semangkuk?
Pasar harian, pasaraya bahagian rempah/barangan kering timbang, contohnya bahagian sagu, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain.
Ada juga yang telah dipekkan. Harganya dalam 3-4 ringgit saja, lebih kurang 10 biji.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Biarlah mengantuk sekalipun, bangunlah untuk menyusukan bayi anda pada waktu malam. Banyak kelebihan menyusukan anak ketika orang lain sedang nyenyak tidur ni. Salah satunya adalah kandungan hormon prolaktin yang tinggi, itulah yang menjadi penguat kasih sayang ibu dan bayi.
Pembimbing Penyusuan, Nor Azura, ada berkongsi tentang kelebihan menyusukan bayi pada waktu malam:
Penyusuan Malam, Jangan Diabaikan
1.Biasanya bayi yang menyusu dari susu ibu akan menyusu 2-3 jam sekali termasuklah pada waktu malam.Ini kerana komposisi susu ibu sangat mudah dihadam oleh bayi.
2.Ransangan (hisapan) yang kerap pada payudara dapat mengurangkan penghasilan FIL atau Feedback Inhibitor of Lactation.
FIL adalah sejenis protein di dalam susu badan, rangsangan yang kerap dari bayi dapat mengurangkan penghasilan FIL.
Lebih lama payudara ibu tidak dirangsang,penghasilan FIL akan semakin banyak didalam susu ibu. FIL akan hantar signal pada otak bahawa penghasilan susu perlu dikurangkan pada sesi seterusnya.
Maka,jika semalaman bayi tidak bangun menyusu dan ibu pula tidak mengepam,penghasilan susu akan makin berkurang. FIL juga boleh buat susu kering seandainya rangsangan kurang atau tiada. Jangan salahkan FIL, itu cuma tugasnya.
Tugas anda? Pastikan bayi menyusu dengan kerap.. Apabila bayi tidak menyusu secara terus atau berjauhan dari bayi, gantikan rangsangan dengan pam.
3.Selain itu, penghasilan susu pada waktu malam tinggi dengan kandungan lemak,ia membantu menambah berat bayi.
Ha,nak bayi tambah berat dengan jayanya? Kerapkan penyusuan waktu malam ya.
4.Kandungan susu pada waktu malam juga tinggi kandungan hormon prolaktin. Ia adalah hormon kasih sayang antara ibu dan bayi.
Agak rasa penghasilan susu kurang ke,kerap-kerapkan menyusu malam ya. Ia akan menambah penghasilan prolaktin dan seterusnya menambah penghasilan susu.
5.25% dari penyusuan susu seharian adalah dari penyusuan waktu malam.
Bonus🎉🎉
Apa golongan bapa boleh bantu?
-Sediakan air minum ditepi tempat tidur isteri,ibu menyusu kerap dahaga. -Atau snek, lapar dan ibu menyusu berpisah tiada. -Kuncikan jam untuk ibu bangun menyusukan bayi. -Atau anda boleh bantu isteri dengan tukarkan lampin bayi di malam hari.
Kadang-kadang ibu terlelap ketika menyusukan anak, macam mana nak tahu sama ada bayi cukup menyusu atau tidak?
Sekiranya ibu lihat bayi dapat tidur dengan tenang selepas disusukan, maksudnya dia sudah kenyang. Ketika menyusu waktu malam, bayi bukan hanya membasahkan tekak tetapi sama seperti waktu siang, anak akan mendapat foremilk dan hindmilk. Oleh itu, penyusuan pada waktu malam juga sangat penting untuk bayi anda.
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...