
Pasti ramai ibu yang menyangkakan tak perlu nak membersihkan mulut bayi selagi mereka belum makan kan? Tapi sebenarnya kita dah mula seawal mungkin dan tak perlu nak tunggu anak dah makan atau tumbuh gigi.
Dari awal dah mula lagi baik untuk bayi itu sendiri supaya terbiasa dan tak sukar untuk ajar berus gigi. Kadang-kadang ada anak yang susah berus gigi ni mereka langsung tak nak buka mulut sehingga buatkan ibu jadi malas nak gosok gigi dan akhir sekali biar macam tu je.
Persoalannya bila nak mula bersihkan mulut bayi? Macam mana nak mulakan?
Menurut Doktor Gigi, Dr Izaza Mohd Zan, membersihkan mulut bayi yang baru lahir boleh dimulakan dengan menggunakan kain basah.
Kain paling best guna adalah kain “GoodMorning” sebab nipis dan tak berbulu. Kalau nak best lagi, guna gauze atau kain kasa atau kain lampin yang bersih.
Kain yang dah basah tadi, balut jari telunjuk dan gunakan jari telunjuk untuk bersihkan bahagian dalam mulut perlahan-lahan.
Bersihkan mulut setiap kali lepas menyusu atau sekali sehari setiap pagi. Bersihkan atas gusi, bawah lidah, atas lidah dan sekitar lelangit serta sekitar dalam mulut.
Kenapa kena bersihkan? Untuk elak susu melekat dalam mulut dan elak jangkitan kulat atau fungus dalam mulut bayi.
Sumber: Dr Izaza Mohd Zan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Panik Kalau Bayi Anda Belum Berjalan. Sebaiknya Bantu Si Kecil Dengan Cara Ini

Siapa tak panik kalau bayi belum boleh berjalan sedangkan bayi lain seusianya sudah boleh. Bantu si kecil anda untuk cepat berjalan. Mengikut carta perkembangan bayi, secara umumnya mereka mula boleh berjalan antara usia 9-12 bulan, dan mahir berjalan pada usia antara 14-15 bulan.
Namun, ada bayi yang masih belum mencapai kemahiran tersebut dalam lingkungan usia yang sama.
Sudah tentu ia sedikit sebanyak akan merisaukan ibu ayah tentang perkembangan anaknya. Tapi anda jangan panik dulu selagi mana si kecil tidak mempunyai sebarang masalah pada kesihatan tubuh badannya, maka anda tak perlu terlalu bimbang secara keterlaluan.
Apa kata ketahui tahap perkembangan pergerakan si kecil sebelum mahir berjalan mengikut usianya.
- Pada Usia 5 Bulan Pertama
Pada usia 5 bulan pertama pertumbuhan anak, dia telah masuk ke tahap gerakan refleks. Kita dapat perhatikan bila meletakkan kaki si kecil pada lantai, dia akan segera bertindak balas dengan menggerak-gerakkan kakinya seolah-olah hendak berjalan. TIndak balas ini dipanggil gerakan refleks.
- Usia 6-9 Bulan
Memasuki usia 6 bulan pertama otot-otot anak sudah mula kuat. Ketika kakinya diletakkan di atas lantai, tindakannya menekan-nekan lantai seolah-olah hendak meloncat. Proses ini berlangsung antara usia 6 hingga 9 bulan. Pada tahap ini pula anak akan belajar merangkak, berpusing, dan duduk.
- Usia 9-12 Bulan
Pada usia ini, anak akan berusaha untuk berdiri. Dia akan menarik apa sahaja objek berhampiran dengannya sebagai cara untuk memaut badannya supaya tidak jatuh. Pada peringkat inilah proses anak belajar berjalan telah bermula. Bahkan ada bayi pada usia ini sudah boleh berdiri (tanpa memaut pada sebarang objek dalam masa sekejap) dan bertatih untuk mengambil mainan yang diinginkannya.
Bantu si kecil cepat berjalan
Ada cara yang ibu ayah boleh buat untuk bantu bayi supaya cepat berjalan.
1. Berdiri tegak
Caranya iaitu melatih si kecil untuk berdiri tegak ketika usianya antara 9-10 bulan. Biasanya dalam tempoh latihan ini bayi akan selalu terjatuh kerana belum stabil untuk berdiri sendiri. Berikan kata-kata semangat supaya dia mahu berdiri sendiri tanpa bantuan anda. Tetapi jangan sesekali memaksa si comel untuk terus berlatih berdiri tegak hanya kerana anda tak sabar hendak melihatnya berjalan ya!
2. Berjalan dengan memegang sebelah tangannya
Cara anda memegang sebelah tangan anak turut membantunya berlatih berjalan. Pegang sebelah tangannya kemudian ajaklah dia untuk berjalan secara perlahan. Sekiranya si kecil sudah boleh berjalan dengan betul, maka biarlah dia yang memegang tangan anda. Ini adalah cara untuk menghilangkan ketakutan anak untuk berjalan sendiri, kerana akhirnya nanti anda tetap perlu melepaskannya untuk berjalan sendiri.
3. Latih anak berjalan mengelilingnya baby cot
Cara lain yang anda boleh lakukan adalah dengan mengajak si kecil berdiri di dalam baby cotnya. Kemudian ajak anak untuk berjalan mengelilingi baby cot dengan memegang pada bahagian tepinya. Cara ini cukup berkesan untuk membantu anak cepat berjalan.
4. Gunakan mainan sebagai rangsangan
Anda boleh gunakan mainan kesukaan si kecil sebagai salah satu rangsangan mempercepatkan dia berjalan. Letakkan mainan tersebut di posisi tertentu kemudian minta dia mengambilnya dengan cara berjalan. Cara ini cukup berkesan kerana si kecil akan termotivasi untuk mengambil mainan kesukaannya.
5. Guna alat mainan yang boleh ditolak untuk rangsang anak berjalan
Anda juga boleh menggunakan mainan yang dicipta boleh ditolak oleh bayi yang baru belajar berjalan. Sekarang ada bermacam alat mainan di pasaran yang dicipta bagi membantu proses bayi belajar berjalan. Sebaiknya pilih mainan yang berukuran besar supaya ia dapat menampung saiz badan bayi anda dan keselamatannya pun terjamin.
Semoga dengan beberapa tips tersebut, si kecil boleh cepat belajar berjalan dengan selamat. Apa pun ibu atau ayah jangan paksa ya si kecil untuk berjalan cepat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Emirhan Macam Presiden Rusia, Tapi Versi Comel. Nanti Besar Handsome Anak Anzalna”

Sebelum ini, anak sulung kepada pelakon cantik Anzalna Nasir iaitu Mohamad Eidress sering menjadi tumpuan ramai dengan kecomelannya serta penampilan yang kemas dan segak.
Tarikan Eidress pada rambutnya yang kerinting serta pandai bergaya ketika di hadapan kamera membuatkan ramai peminat geram melihatnya.
Kini anak keduanya pula, Mohamad Emirhan turut menjadi tumpuan ramai apabila ramai menyamakan wajahnya seperti orang Turki dengan kulit putih dan mata bulat.
Mohamad Emirhan kini berusia enam bulan sentiasa menjadi tarikan ramai setiap kali Anzalna memuat naik fotonya ke laman Instagram.
Terbaru, perkongsian Anzalna mengenai anak lelaki keduanya sekali lagi menarik perhatian ramai yang menyamakan wajah anaknya dengan Presiden Rusia.
“Happy 6 Months old Emirhan! Ramai betul orang cakap muka Emirhan macam President of Russia versi baby. Kemain Emirhan orang samakan rupa dengan president! Hahahhahahaha,” tulis Anzalna.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji serta geram dengan kecomelan wajah anak Anzalna. Ada yang meninggalkan komen mommy dah boleh mula sediakan menu best untuk Emirhan makan.
Malah pelakon dan pengacara Uyaina Rashid sendiri meninggalkan komen ingin menjadikan Emirhan sebagai menantunya sekiranya dia memiliki anak perempuan nanti.
“Putin Junior!”
Terdahulu, Anzalna dan Muhamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hampir 3 tahun berkahwin, kehadiran Mohamad Eidrees menjadi sejarah buat keluarga Anzalna.
Ini kerana penantian yang ditunggu selama 26 tahun untuk generasi lelaki dalam keluarga dimakbulkan Allah.
Sebelum ini, Anzalna pernah berkongsi semenjak 1993, bapanya menunggu anak lelaki kerana adik beradiknya semua perempuan. Tambah pula, kakak Anzalna, Diana Nasir pun turut mempunyai tiga anak perempuan.
Kredit: IG Anzalna Nasir
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aafiyah Anak Ibu! Setahun Kelahiran Aafiyah, Datuk Siti Harapkan Doa Yang Baik Untuk Puterinya

Tarikh 19 Mac tahun lalu antara tarikh paling bersejarah dalam hidup penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan kelahiran cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah Khalid.
Jika diikutkan esok Siti Aafiyah bakal meraikan ulangtahun pertamanya sebagai permata hati Siti dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Namun, sambutan itu diawalkan dua hari daripada tarikh sebenar sambutan hari jadinya, Siti Aafiyah diraikan bak puteri raja dalam majlis penuh meriah dan berwarna-warni di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan ibu dan ayahnya.
Antara rakan artis yang hadir adalah Che Ta, Jihan Muse, Amyra Rosli, Fouziah Gous , Fizo Omar dan Jovian Mandagie yang hadir bersama anak memeriahkan acara tersebut.
Bukan itu saja, tetamu yang hadir juga tidak kalah gaya dengan menepati tema baju berwarna pastel.
Peminat Datuk Siti Doakan Aafiyah
Menariknya kini viral hashtag ‘Aafiyah anak ibu’, sehingga rata-rata peminat ibunya mendoakan kesejahteraan buat Aafiyah.
Tak lupa juga yang mengharapkan untuk melihat Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah, sentiasa sihat dan penyejuk hati ibu ayahnya.
Percayalah! Aafiyah anugerah Allah yang dinanti-nanti 11 tahun itu bakal mekar berkembang indah dibajai kasih dan sayang Siti dan Datuk K.
Sumber: Ig ctdk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI