“Bersinar Mata Bila Kata Aku Belanja.” Suami Ini Kongsi Cara Mudah Buat Isteri Rasa Bahagia

Share

Sudah menjadi lumrah, wanita memang suka membeli-belah. Tidak semestinya shopping untuk diri sendiri, tetapi kebanyakan isteri lebih teruja membelikan sesuatu buat suami dan anak-anaknya. Kadang-kadang tak sedar pun, tak ada reward untuk dirinya sendiri.

Tetapi lebih bahagia jika suami yang belanja dan belikan. Biasanya, isteri ni pandai pikat hati suami dan buat ‘muka manja’ ketika inginkan sesuatu. Situasi ini sama seperti yang dikongsikan oleh seorang suami, Mohd Fadli Salleh, kerana isterinya juga seperti itu.

Shopping ni fitrah wanita. Ada saja barang dia nak beli dan berkenan.

Puan isteri aku tak ada online banking. Dia nak buat pun aku tak bagi. Kang habis sebulan gaji tanpa sedar. Asyik seronok masukkan barang dalam troli. 🤭

Baca Juga:

Resipi Baked Potato Sedap & Mengenyangkan. Boleh Buat Bekal Anak Pergi Sekolah, Mudah Sangat!

Garing Luar, Lembut Di Dalam. Resipi Bingka Ubi Terlajak Sedap, Harum Satu Rumah Bila Bakar Dalam Oven!

Tapi itulah. Dia tiada online banking, tapi dia pandai shopping online. Dia pilih-pilih barang, lepas tu forward je link shopee kat aku.

“Abang tolong belikan ya. Penting ni nak guna itu ini. Nanti saya keluarkan cash saya bayarkan semula kat abang.”

Dia buat kelip-kelip mata menggoda sikit. Terus aku tewas. Tewas sokmo main dengan bini ni. Ayat apa entah dia pakai.

Dah settle beli semua, tiba masa dia nak kena bayar kat aku semula.

“Abang nak belanja ke nak suruh saya bayar balik ni? Nak pergi bank tu ramainya orang. Payah juga kan? Lagi pun belanja isteri ni rezeki makin mencurah-curah bang.”

Dia mula dah ayat keramat gitu. Takkan la aku nak jawab “Bayar balik!”

Sumber foto: www.freepik.com

Tak sampai hati kot. Lagi pun wife sendiri. So angguk-angguk kata belanja je lah. Dia punya ekspresi muka tu, macam budak-budak dapat gula-gula.

Bersinar mata bila kata aku belanja. Ah, tewas lagi. Redho je lah main dengan orang perempuan ni.

Skill memujuk mereka taraf dewa dah. Kalah sokmo.

Tapi tu lah. Kita kerja, kita cari duit, kita usaha selama ini untuk isteri dan anak-anak juga. Untuk melihat mereka tersenyum gembira.

Penat lelah mereka itu terubat dengan shopping online dan membeli belah. Stress mereka hilang bila semua tu suami yang bayarkan.

Cuma tu lah. Stress mereka berpindah pada kita pula. 🤣

Setiap orang punya cara tersendiri untuk mencari bahagia mereka.

Ada yang suka bantu isteri didapur ada yang bantu jaga anak, ada yang bantu kemas rumah. Tidak sama antara kita semua.

Sumber foto: www.freepik.com

Yang pasti, kita semua menghargai dengan cara kita tersendiri. Hanya untuk melihat senyuman anak-anak. Hanya untuk melihat senyuman isteri

When the Queen is happy, there is peace in the kingdom.

Gituh!

#BahagiaCaraKita
#StayAtHome
#MFS

Tidak dinafikan, besar rahmatnya buat si suami jika dia berbelanja untuk isteri dan anak-anak. Apatah lagi dengan perbuatan itu dapat membahagiakan suri hatinya, sudah tentu berlipat kali ganda pahala yang diberikan buatnya.

Isteri yang sentiasa bahagia dan gembira dengan layanan suaminya akan sentiasa mendoakan mereka. Kan bahagia rumah tangga macam tu?

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/

Published by
Emy H