Pemakaian stoking oleh ibu ketika berpantang adalah amalan yang baik, tapi tidaklah wajib. Pastikan anda memilih stoking yang sesuai supaya ia tidak mengganggu pengaliran darah.
Perkongsian daripada jururawat Puan Bel Nawhen mengenai amalan memakai stoking dalam tempoh selepas bersalin
Pantang dan stoking tak dapat dipisahkan.
Ads
Pemakaian stoking membantu ibu mengekalkan suhu badan yang normal dan mengelakkan dari berpijak pada lantai yang sejuk. Ia juga boleh melindungi kaki.
Sekiranya tidak selesa berstoking, boleh pakai selipar/ kasut dalam rumah sebagai alternatif untuk elak kaki tersentuh lantai yang sejuk.
Ads
Berstoking bukan bertujuan untuk mengelakkan ‘masuk angin’. Tiada istilah angin masuk dari kaki ke rahim atau mana-mana liang tubuh.
Memakai stoking & bergerak aktif boleh mengelakkan darah beku pada salur darah di betis.
TIP PEMILIHAN STOKING
Pilih stoking jenis thromboemboletic Deterring- compression stocking untuk memperbaliki pengaliran darah pada bawah kaki ke atas & boleh mengelakkan darah berkumpul di bawah. Ia perlu menyerap peluh, ketat pada betis & tidak licin.
Ads
Tidak memakai stoking semasa pantang bukanlah satu kesalahan besar, kecuali sekiranya di luar rumah bertujuan untuk menutup aurat.
Besarnya ujian adik Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar yang menghidap Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala berikutan penyakitnya semakin kronik.
Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, berkata, penyakit anaknya yang berusia dua tahun dan mesra disapa Bilal berada pada tahap akhir dan kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram.
Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan Mohammad Azhar mahupun isterinya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.
Lebih menyedihkan, Mohammad Azhar berkata, Bilal juga ada masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.
“Sebelum ini, tangan dan kaki Bilal kerap bergerak tetapi kini dia tidak lagi aktif macam dahulu.
“Bilal juga semakin kerap menangis pada waktu malam kerana kepalanya semakin membesar, jadi saya dan isteri memang ‘tidur ayam’ sahaja kerana perlu bergilir-gilir memantau keadaannya.
“Sebagai ayah, saya sedih lihat keadaannya menanggung derita itu pada usia kecil. Kalau boleh biar saya yang sakit, jangan dia,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, setakat ini dia ada menerima bantuan bulanan zakat sebanyak RM200 selain RM500 sebulan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bagaimanapun jumlah diterima itu tidak mencukupi kerana kos perbelanjaan bulanan Bilal sahaja dianggarkan mencecah RM2,500.
“Saya pernah bekerja sebagai tukang rumah manakala isteri pembantu di klinik pakar kulit.
“Bagaimanapun kami terpaksa berhenti dan tidak lagi bekerja sejak Bilal lahir.
“Sumber pendapatan kini hanya daripada jualan barangan makanan sejuk beku namun pendapatan kini agak teruk dan adakalanya tidak cukup.
“Kami sampai ke tahap jual barangan peribadi dan barang rumah untuk dapat duit kerana malu untuk minta sumbangan orang.
“Tak banyak yang kami dapat tetapi ada juga hasil untuk langsaikan sewa bulanan rumah sebanyak RM350 dan membeli keperluan Bilal terutama susu walaupun harganya mahal,” katanya.
Mohammad Azhar berterima kasih kepada mereka yang pernah menyumbang kerana prihatin dengan Bilal dan mahu meringankan keluarganya.
“Terima kasih sangat saya ucapkan, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.
“Cuma saya kesal apabila ada scammer (sindiket penipuan) ambil kesempatan menyalahgunakan gambar hingga tiada lagi yang menziarahi Bilal kerana menyangka dia sudah meninggal dunia.
“Mereka yang lakukannya mungkin tidak rasa apa kami lalui tetapi apa boleh buat, ini semua dugaan yang kami perlu tempuh dengan cekal demi anak,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank CIMB milik Azhar, 7047468689.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Semakin hari semakin ramai ibu bapa yang mendapat pendedahan tentang betapa pentingnya penggunaan kerusi keselamatan bayi/kanak-kanak dalam kereta. Malah ada yang sanggup menabung untuk membeli ataupun menukar kerusi keselamatan anak-anak.
Kerajaan juga memandang serious tentang kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan mewajibkan setiap kenderaan WAJIB memasang kerusi keselamatan kanak-kanak menjelang tahun TAHUN 2020.
Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak ini sebenarnya telah lama diwajibkan di negara maju. Mereka mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap keselamatan anak-anak.
Menurut perkongsian daripada Rotaract Galati yang telah menganjurkan program kesedaran kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak menerusi Condu prudent, alege viața! Mereka telah melakukan 5 demo/situasi kedudukan kanak-kanak di dalam kereta semasa kenderaan sedang bergerak.
Mari kita lihat apa yang berlaku terhadap kanak-kanak sekiranya berlaku kemalangan dengan kelajuan yang rendah dalam situasi berikut:
Menerusi video yang dikongsi, jelas dan terang betapa bahayanya anak-anak tanpa kerusi keselamatan. Anda nilailah video ini dengan baik.
KERUSI KANAK-KANAK WAJIB DIGUNAKAN MULAI TAHUN 2020.
Peraturan mewajibkan penggunaan kerusi khas kanak-kanak di dalam kenderaan persendirian, sebelum ini sepatutnya dilaksanakan pada tahun ini, namun telah ditangguhkan setahun lagi iaitu akan mula dikuatkuasakan pada tahun 2020.
Kita, ibu bapa lah golongan yang bertanggungjawab keatas statistik kematian bayi yang tercampak keluar dari kereta. Ayuh kita jadikan statistik ini kepada 0%.
Sistem pertahanan tubuh bayi dan kanak-kanak belum matang sepenuhnya. Ia berkembang selari dengan tumbesaran masing-masing. Jika kanak-kanak kecil sering mengalami demam dan selesema mahupun batuk sehingga sehingga 5 – 6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Namun yang demikian, pasti anda susah hati bukan apabila anak terlalu kerap jatuh sakit. Jom periksa 6 perkara ini terlebih dahulu untuk mengetahui jika ia ada kaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak anda.
Dalam pada itu, anda perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi. Jika penyakit berlarutan agak lama, segera dapatkan pemeriksaan doktor.
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat. Lebih daripada itu, anak anda lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak dengan memberikannya makanan kaya phytonutrien. Makanan ini dikenali melalui warnanya yang terang. Antara buah dan sayur yang kaya phytonutrien ialah beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Selain itu, lebihkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti oren, vitamin D yang boleh didapati daripada ikan tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
Pusat penjagaan kanak-kanak iaitu Taska boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selesema dan penyakit tangan, kaki dan mulut.
Kanak-kanak masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar. Apabila bergaul bersama, mereka lebih mudah dijangkiti kuman. Oleh itu, ingatkan anak anda untuk basuh tangan selepas pulang daripada Taska dan segera tukar baju.
Anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Dia juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan dia dengan hand sanitizer jika perlu. Ingatkan dia untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangannya tidak bersih. Virus lebih mudah masuk ke dalam tubuh badan melalui mata, hidung dan mulut. Latihlah anak anda untuk tidak berkongsi cawan, penyedut minuman dan berus gigi.
Jangan biasakan anak tidur lewat malam. Kanak-kanak yang tidak cukup tidur menyebabkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badannya.
Bersukan adalah cara terbaik untuk memastikan tubuh kekal sihat bertenaga. Usah terperap sahaja di rumah tanpa melakukan aktiviti fizikal bersesuaian. Ajaklah anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar. Apabila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
Anda mungkin terlepas pandang hal ini. Asap rokok memberi bahaya kepada bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada ada individu merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi secondhand smoker boleh menjejaskan tahap kesihatannya.
Anak kecil memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Dilaporkan, kanak-kanak yang tinggal bersama perokok lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!