Rezeki yang kita peroleh hari ini dalam pelbagai bentuk. Ada yang rezekinya dapat kerja bagus dan tinggal di rumah besar. Ada pula hidup sederhana tetapi anak-anak semua berjaya. Tak kurang juga yang rezekinya bergantung pada pendapatan sendiri tetapi bahagia dengan kehidupan sekarang kerana bebas hutang.
Malah kehadiran anak juga dianggap satu rezeki besar buat pasangan suami isteri kerana bila anak dilahirkan ibaratnya rezeki itu datang tanpa dijangka sama sekali. Sebab itu bila kita tenung muka anak-anak sedang tidur akan ada satu perasaan sebak.
Mungkin disebabkan tanpa sengaja kita pernah lepaskan kemarahan pada mereka. Biasalah anak-anak, sepanjang membesar tu aktif dan lasak tu tetap ada. Cuma perlu faham masa mereka kecil sekali sahaja.
Tegur dan ajar tu sebenarnya satu penyelesaian. Bukan sekadar marah melulu hingga anak rasa perit. Sepatutnya kita perlu bersyukur anak kita sihat dan tak terbaring sakit seperti ibu bapa lain yang diuji dengan masalah kesihatan anak mereka.
Menerusi perkongsian Puan Alina Adenan, kita sebagai ibu bapa perlu lihat anak aktif dan lasak dari sudut positif dulu sebelum terus marah.
Geram dengan lasak anak-anak ni akan hilang bila tiba-tiba anak diuji dengan sakit kan?
– Dari anak yang lasak, jadi lemah.
– Dari anak yang ceria, muram je tahan sakit.
– Dari anak yang happy go lucky, terus murung.
– Dari mulut pot pet pot pet, membatu melepet.
Sebab tu orang kata, bila dapat anak yang lasak dan aktif tu kena bersyukur. Semua tu tanda doa kita minta anak yang sihat dimakbulkan. Alhamdulillah.
Ada orang sakit anak ni, Allah uji sekejap je. Sekadar demam biasa, batuk, chicken pox ke.
Tapi ada orang, sakit anak-anak mereka tu dugaan besar.
Turun naik hospital setiap bulan, kena guna nebulizer, kena makan ubat consistent.
Kita tak pernah tau jalan cerita orang.
Bukan semua benda orang cerita di sosial media. Sentiasa berkata yang baik-baik.
Bulan Ramadan ni, bulan berkat. Banyakkan doa.
Semoga anak-anak kita semua dilindungi selalu. Dan semoga ibu ayah kuat demi anak-anak.
Kredit: Alina Adenan
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI