“Along, adik duduk diam-diam!!” penat sungguh mama tengok anak-anak berlari ke sana-sini. Mama yang lemah lembut pun boleh bertukar menjadi harimau. Sabar dulu mama!
Usah marah bila anak lasak, sabar!
Patut bersyukur sebab anak lasak itu la tanda bahawa tumbesaran minda, sensori dan emosi anak sihat dan sedang pesat di naiktaraf.
Makin lasak, makin bijak la anak.
Jika anak tak lasak, hah! masa tu kita patut marah.
1 – Bila anak anak tak aktif, tak melompat, tak berguling, asyik duduk je mengadap gadget itu bahaya. 5 sensori penting seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa boleh tumpul dan terbantut perkembangannya.
Ads
2 – Anak cuma ada masa 6 tahun sahaja dari 0 – 6 tahun untuk membentuk 90 peratus dari keseluruhan otak mereka. Tak aktif masa ni maka makin kecil dan makin lemah prestasi otak mereka berbanding anak anak yang lasak dan gasak selama 6 tahun pertama ni.
3 – Otak emosi ( amygdala ) adalah otak pertama yang anak anak ada. Mereka belum boleh berfikir secara rasional lagi, sebab itu mereka tidak boleh di marah dan di hukum bila buat salah. Sebaliknya kita yang dah matang fikiran ni yang kena banyak bersabar dan tunggu sehingga otak fikir ( cortex ) mereka mula aktif pada umur 7 tahun ke atas baru boleh marah dan hukum.
4 – Lasak dan gasak tu fitrah kanak kanak. Mereka tak belajar dari dengar nasihat dan arahan, mereka belajar dengan teroka dan alami sendiri rangsangan dari tubuh mereka. Tubuh adalah alat belajar utama mereka.
Ads
5 – Kita patut marah pada diri sendiri jika kita letak mindset bahawa anak yang “baik” akan selalu dengar kata dan senang duduk diam. Sebaliknya itu tanda ada gejala 3F ( Fight, Flight, Freeze ) yang sedang berlaku dalam otak mereka.
Kelasakan dan keganasan anak anak tu bukan malapetaka tapi itu adalah mukjizat besar dalam kehidupan mereka.
Ini kerana kelasakan dan keganasan itu la yang akan bantu anak kita menguatkan otot, mendewasakan tubuh dan mematangkan fikiran mereka menjadi anak yang lebih sihat fizikal dan mental.
Masalahnya ialah kita mampu ke tidak nak melayan kelasakan anak anak ni. Tenaga mereka ni, bukan kaleng kaleng, banyak ya amat tenaga, tak geti penat, gunung pun boleh terbalik kalau dapat kat diorang.
Ads
Nak tak nak, kita kena la bersenam, mula jaga pemakanan dan tambah stamina dari sekarang. Bila kita tak cepat letih, maka tak ada la kita cepat nak marah marah nanti.
Sabar perlukan kekuatan!
Wallahu A’lam,
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Jangan guna minyak masak berulang kali. Ini bahaya! Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.
Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakannya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Berikut adalah pesanan Dr Ahmad Samhan untuk ibu-ibu faham dan tak ulangi lagi kesilapan yang sama.
✅ Sebaiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
✅ Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
✅ Hati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam paket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
✅ Elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
✅ Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
✅ Gunalah minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.
Di rumah, saya memang melarang isteri untuk guna minyak yang sama. Cukup hanya sekali.
Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan.
Kongsikan info penting ini pada yang lain supaya lebih ramai tahu bahaya guna minyak masak berulang kali.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas kehadiran cahaya mata pertama, pelakon Dazrin Kamarudin mengakui rutin hariannya kini berubah 360 darjah.
Menurut Dazrin, tanggungjawab menjaga dan menguruskan anaknya, Dasuki Dazrin tidak dilepaskan kepada isteri sahaja, sebaliknya dia turut mengambil peranan tersebut bagi meringankan tugas isteri.
“Sejak dah jadi bapa ni lebih sebulan lalu, memang semua rutin saya berubah. Tidur malam pun dah tak macam dulu kerana setiap dua jam saya kena bangun buatkan susu dan menukar lampin anak.
“Isteri tidak pernah menyuruh saya berbuat demikian, tetapi saya sendiri sebagai bapa mahu mengambil tanggungjawab tersebut kerana mahu meringankan beban isteri.
“Sebelum ini saya tidak dapat bantu sangat kerana terikat dengan jadual penggambaran. Jadi bila dah selesai semua, barulah saya dapat cuti untuk bersama isteri dan anak.
Dalam pada itu, Dazrin turut memberitahu tentang keterbukaannya mendedahkan anak kepada umum. Malah dia juga tidak meletakkan sebarang syarat untuk orang luar mendekatinya putera sulungnya itu.
“Saya tak kisah dan tak letakkan sebarang syarat kepada orang luar untuk mendekati anak saya. Bagi saya memang fitrah orang sukakan baby, tak kiralah dia baby artis atau orang biasa sekalipun.
“Jadi bila kita bawa baby keluar, memang akan ada orang yang datang tegur atau nak sentuh baby sebab memang baby akan mudah menarik perhatian.
“Mungkin ada sesetengah ibu bapa tak suka anak mereka disentuh orang luar, tetapi saya tak kisah kerana saya percaya mereka tidaklah keterlaluan sehingga boleh memudaratkan baby. Bagi saya mudah saja, kalau tak nak orang pegang-pegang anak kita, baik duduk rumah saja dan tak perlu bawa keluar,” kata Dazrin.
Sumber: Sinar Harian dan ig Dasuki Dazrin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasan tak masa bujang kita asyik meminjam je duit kawan-kawan bila tengah bulan walaupun dah ada gaji. Sedangkan komitmen masa itu, mungkin ada satu kereta, kongsi duit bayar sewa rumah, bagi pada ibu ayah di kampung dan belanja untuk keperluan diri.
Namun setelah berkahwin, kita nampak rezeki itu seolah-olah tak putus. Tambah pula lepas ada anak. Boleh beli rumah, tukar kereta besar, dapat bawa anak isteri bercuti dan macam-macam lagi.
Dari situ baru kita nampak betullah rezeki lepas kahwin dan anak ini makin murah dan kita suami isteri pun tanpa disangka-sangka dapat pula naik pangkat. Hebatkan percaturan Allah.
Sebenarnya dalam Al-Quran telah tertulis janji-Nya buat kita semua:
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah An-Nuur Ayat 32)
Banyak nikmat yang diperolehi, apabila kita telah mendirikan rumahtangga dan seterusnya mempunyai anak. Bukan saja rezeki tak putus, salah satunya juga melibatkan bab membayar cukai pendapatan. Biasanya orang bujang yang pendapatannya tinggi kena bayar cukai yang tinggi.
Tetapi apabila sudah berkahwin dan kalau ada anak, banyak benda yang boleh ditolak seperti berikut:
Selain daripada itu, terdapat rebat juga bagi pasangan yang tidak bekerja atau bayaran zakat yang telah dibayar.
Yang paling penting, simpan resit pembelian dan pembayaran untuk sekurang-kurangnya 7 tahun mengikut tahun taksiran.
Oleh itu, jangan takut tentang soal rezeki kerana bahagiannya pasti ada untuk kita, pasangan dan anak-anak.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.