“Bersyukurlah Kita Mampu Peluk Anak Setiap Hari, Anak Frontliner? Hanya Mampu Peluk Teddy Bear”

Share

Hari ini masuk hari keenam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan, masih berbaki 8 hari lagi yang harus dilaksanakan oleh rakyat Malaysia agar terus duduk dirumah #stayathome supaya kita semua mampu menangani wabak Covid-19 ini.

Menurut CoronaTracker.com, jumlah yang dijangkiti virus setakat ini berjumlah 1,306. Jumlah yang telah sembuh 139 dan angka kematian hari ini meningkat 1 menjadikan keseluruhan angka kematian sebanyak 11 orang.

Adakah langkah PKP ini berjaya, jika tidak adakah bilangan hari bakal ditambah? Walau apapun kita patut bersyukur kerana kita diberi peluang untuk duduk dirumah dan menjaga ahli keluarga kita sedangkan para pejuang (frontliner) bermati-matian melawan wabak ini demi kita semua. Hargailah mereka ini

Sumber gambar: Facebook Mohd Fhais

Bersyukur la kita masih lagi dapat tidur sepuas-puasnya atas katil empuk, ada orang hanya tidur 4 jam sehari itu pun tidur di atas lantai keras.

Bersyukur la masih lagi dapat peluk cium anak setiap pagi, setiap petang, setiap malam. Ada anak yang hanya peluk teddy bear sebagai ganti, dah berhari-hari tak jumpa mak ayahnya.

Bersyukur la hari ni kita bangun pagi masih lagi boleh bebas nak buat apa, ada orang yang di bekukan cuti, ada orang yang di kerah bekerja 18 jam sehari, ada orang yang di paksa cari penyakit.

Bersyukur la hari ni kita masih lagi boleh bergurau senda dengan pasangan dan anak di rumah, ada orang terlalu burnout dan depress untuk bergurau lagi. Yang di tagih cuma tidur.

Bersyukur la kalian.

Ada orang hanya bersyukur tak di jangkiti sehingga ke hari ni kerana setiap hari mereka jumpa, sentuh dan saring orang yang sakit. Risiko di jangkiti sangat tinggi.

Tanpa mereka ini, benteng pertahanan pertama kita akan hilang.

Tanpa mereka ini, risau nanti lebih ramai anak yang akan kehilangan mak ayah mereka.

Tanpa mereka ini, kita bakal hilang semua kebebasan kita.

Mereka tak minta banyak. Cuma mahu kita duduk di rumah dan jangan keluar rumah. Sampaikan mereka sanggup merayu simpati supaya kita duduk di rumah.

Jika prihatin duduk la di rumah. Jika simpati duduk la di rumah. Jika sayang ahli keluarga duduk la di rumah.

Buat pertama kalinya dalam sejarah. Nasib kita di tentukan dengan kemampuan kita untuk tidak berbuat apa-apa langsung.

Kalau fail juga tak tahu la nak cakap apa. Huh!

Saya Mohd Fhais cakna dan prihatin dengan nasib para frontliner kita.

Anda pun kena begitu!

#StayAtHome
#DudukRumah

Sumber: Mohd Fhais

Published by
NuFa