“Bertahun Mommy Usaha Dan Bersabar Untuk Ada Zuriat, Allah Rancang Perjalanan Yang Indah”, Syakirin Luah Rasa Syukur Bergelar Ibu!

Share

Kehadiran anak sememangnya memberi seribu kebahagiaan dalam hidup pasangan suami isteri. Apa lagi menanti sekian lama. Kegembiraan berganda inilah yang dilalui Syakirin Husnal dan suaminya kini. Bahagia kala dianugerah si comel permata hati mereka, Vea Khadeja.

Berkahwin pada tahun 2013, si comel Vea Khadeja menjadi pelengkap bahagia Syakirin Husnal bersama suaminya, Muhammad Faris Arriffin. Kata Syakirin, kehadiran Vea menjadi penyeri hidupnya dan suami.

Berkongsi kegembiraan di hari ulang tahun pertama Vea, Syakirin meluahkan rasa syukur yang tak terhingga kala diberikan rezeki untuk bergelar ibu.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga meraikan ulangtahun kelahiran anak sendiri. Bertahun-tahun Mommy berusaha & bersabar dengan cabaran untuk mendapatkan zuriat.

Lagi stress bila setiap kali pergi doktor, doktor kata both of us husband and wife okay je sihat je, should be no problem untuk ada baby. Ramai doktor kitorang pergi.

Tapi tulah, normal-normal pon still tak pregnant. Stress gila weyh time tu. Sampai tak tau nak buat apa dah.

 

Tapi Allah itu lebih mengetahui, kalau lah Mommy pregnant awal, dengan jadual kerja Mommy Daddy macam orang gila punya sibuk time tu, maybe anak Mommy kena duduk sesorang kat rumah bancuh susu sendiri ?

Bila dah dapat Vea, masyaAllah, everything falls into place nicely. Allah dah susun timing baik punya. Cantik je perjalanan. Alhamdulillah.

Kepada uncle aunty yang masih TTC (Trying To Conceive), teruskan usaha dan berdoa dan yakinlah, percaturan Allah itu lebih sempurna.

Bukan itu sahaja malah perkongsian Syakirin menerusi Majalah Pa&Ma edisi September 2019 mempamerkan terujaan dan rasa syukur bergandanya.

“Kami menanti Vea terlalu lama. Lebih empat tahun lamanya kami menunggu. Dah macam-macam cara kami lakukan termasuklah berjumpa doktor pakar sebanyak tiga kali. Saya juga dah lakukan rawatan IUI sebanyak dua kali namun masih tak berhasil.

Akhirnya selepas lama menanti, Allah kurniakan kami Vea dengan penuh kegembiraan. Tahun kelima perkahwinan, iaitu pada Ogos 2018 saya akhirnya bergelar ibu. Perasaannya tak tergambar ketika waktu itu. Tak terluah dengan kata-kata saat melihat wajahnya,” cerita Syakirin penuh ceria.

Kontraksi Ketika Live
“Pengalaman paling manis pastinya mengalami kontraksi buat pertama kali. Menariknya ketika alami kontraksi buat pertama kali saya langsung tidak sedar malah ketika itu sedang live Go Shop. Saya terasa sakit tetapi tak tahu ia adalah kontraksi dan saya bertahan kerana sedang rancak bersiaran.

Tapi mujurlah selepas itu sakit kembali hilang. Beberapa hari selepas itu saya sakit lagi tetapi masih sempat keluar makan bersama suami. Balik daripada makan saya alami muntah-muntah yang agak teruk.

Saya rujuk kepada doktor dan doktor beritahu saya itulah kontraksi yang saya alami. Malamnya saya mula alami kebas-kebas pinggang hingga ke kaki. Keesokkan harinya apabila ke hospital, bukaan saya sudahpun 3cm.

Saya alami kesakitan yang agak lama ketika melahirkan Vea, sakit bermula daripada hari Khamis dan kemudiannya Sabtu pagi barulah Vea selamat dilahirkan secara normal.

Menariknya sebelum itu, kerana tidak tahan sakit, saya minta epidural dan peliknya saya demam sebaik menerima rawatan itu. Saya muntah-muntah dan menggigil kesejukkan kerana terlalu lama berada di dalam bilik bersalin.

Paling menarik Vea disambut ayahnya sendiri yang meminta daripada doktor untuk menyambutnya. Dia jugalah yang memberi semangat pada saya ketika di bilik bersalin dan dia jugalah yang menyambut Vea.

Itulah permintaannya pada doktor ketika di bilik bersalin. Saat melihat wajah Vea adalah momen paling indah buat kami berdua. Suami saya tidak putus-putus mengambil gambarnya sepanjang detik itu,” cerita Syakirin lagi.

Published by
SRM