Tak mudah pun untuk kita tunjukkan penghargaan pada pasangan. Tidak perlukan hadiah yang mahal jika tidak mampu tetapi belajarlah berterima kasih dengan ikhlas hati sudah cukup membuatkan rumah tangga makin harmoni dan bahagia.

Belajar menghargai setiap perkara dengan ikhlas. Itu sebaiknya. Inilah yang cuba disampaikan oleh Dr Taufiq Razif yang berkongsi cerita kehidupan berumah tangga.

Berterima Kasihlah Pada Pasangan, Jangan Ego, Berkat Ikhlas, Rumah Tangga Makin Bahagia!


Tadi bidadari saya minta bajet daripada saya untuk beli Ipad. Katanya senang nak buat Live dan buat projek projek kerja dia.

Saya dengan muka tanpa emosi terus iyakan je lah. ” Yelah. Belilah sayang “

Sebelum beredar keluar daripada bilik pejabat saya, isteri saya jengah kepalanya ke pintu bilik sambil mengucapkan sesuatu yang membuatkan saya sangat terharu.

Berterima Kasihlah Pada Pasangan, Jangan Ego, Berkat Ikhlas, Rumah Tangga Makin Bahagia!

IKLAN

” Terima kasih abang. Semoga Allah murahkan rezeki abang. Semoga Allah mudahkan segala urusan abang “

Saya buat muka tanpa emosi je sehinggalah isteri saya hilang daripada pandangan. Ketika itulah suatu perasaan sebak tiba tiba hadir dalam diri saya.

Berterima Kasihlah Pada Pasangan, Jangan Ego, Berkat Ikhlas, Rumah Tangga Makin Bahagia!

Saya tahu duit dan rezeki yang hadir ni dalam hidup saya ni bukan saya yang punya, semuanya Allah punya tapi bila pasangan sendiri berterima kasih dan menghargai pemberian saya, ada perasaan indah yang mengalir di dalam dada.

IKLAN

Patutlah saya pernah terbaca satu Hadis Nabi ini :
لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى امْرَأَةٍ لَا تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لَا تَسْتَغْنِي عَنْهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada seorang wanita yang enggan berterima kasih kepada suaminya dan kepada wanita yang tidak merasa memerlukan suaminya”

Riwayat al-Nasa’ie (9086) dan al-Baihaqi (7/294)

Berterima Kasihlah Pada Pasangan, Jangan Ego, Berkat Ikhlas, Rumah Tangga Makin Bahagia!

IKLAN

Sekarang baru faham kenapa perlu ada rasa berterima kasih sesama pasangan. Memang kita tak nafikan kita kena ikhlas dalam berbuat kebaikan tetapi memang lumrah dan fitrah manusia untuk merasai dihargai kerana penghargaan membenihkan dan menumbuhkan ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan.

Taufiq Razif
Suami sebak

Artikel berkaitan: Bukan Hanya Beri Duit Untuk Dihargai Isteri & Anak, Hadiah Ini Pun Patut Suami Fikirkan

Sebenarnya Mental Isteri Penat, Cuma Dia Tak Luah, Selagi Boleh Buat Dia Buat, Bagi Dia Waktu Bertenang

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI