Bagi yang pernah mengikuti kisah anak comel, Adelia dengan pengasuh yang dipanggil Patti mesti tahu keakraban mereka berdua. Ibarat seperti ibu dan anak hubungan kedua-duanya.
Walaupun berlainan bangsa, namun itu bukan penghalangnya kerana kasih sayang mereka buatkan ramai yang ‘cemburu’ dan tumpang gembira. Manakan tidak, Adelia seolah mengerti insan yang menjaganya itu sangat ikhlas menyayanginya.
ARTIKEL BERKAITAN [Tak Nak Lepas, Siap Tarik Muka & Cium. Bukan Main Manja Adelia Dengan Patti!]
Terbaru, menerusi perkongsian di instagram araavaniella, Adelia comel dalam persalinan baju tradisional orang India sempena menyambut perayaan Deepavali.
Menggayakan baju Pattupavadai yang berwarna hijau dan pink menyerlahkan kecomelan Adelia. Lagi menarik perhatian Adelia siap memakai aksesori gelang yang sama dengan warna baju. Comel sungguh!
Kapsyen yang ditulis oleh ibu Adelia begitu mencuit hati kerana seolah-olah Adelia nak tapau semua perayaan.
“Budak ni dah sambut raya puasa dan raya haji sebelum ni. Semalam dia sambut Deepavali pulak..semua raya dia nak tapau.
“Ibu video call pun dia tak mau layan. Dia tak tau dia anak angkat patti je tu tapi dia punya lagak macam patti tu dia sorang ja punya.
“Thanks aunty and family for creating this memories❤️,” tulisnya.
Di ruangan komen, ramai yang seronok melihat manjanya Adelia dengan Patti.
“Apa dia ingat Patti ke yang bersalinkan dia… amboiiiii adik😍 dah tak pandang ibu dia dah😂 chumil chumil”
“Kasih nenek ni lain..ibu pun kalah”
“Happy betul dia sambut Deepavali. Comel ❤️❤️❤️”
“Kening on point liya oiii”
Beruntung Adelia kerana dapat keluarga pengasuh yang melayan dan manjakan seperti anak dan cucu sendiri. Tak berkira dalam semua aspek. Memang rezeki Adelia dan ibunya. Seolah-olah Allah nak mudahkan juga ibunya kerana terpaksa tinggal berjauhan dengan ayah Adelia atas faktor kerja.
Bila lihat anak-anak dijaga elok pengasuh, kita sebagai ibu pun rasa senang hati nak keluar bekerja. Malah menurut ibu Adelia, yang menjadi masalahnya tiap kali nak balik rumah Adelia menangis.
Biasa budak lain menangis tak mahu berpisah dengan ibu atau ayah, tetapi Adelia pula terbalik tak mahu berenggang dengan Pattinya.
Moga keakraban hubungan ini terus berkekalan dan patti juga diberi kesihatan yang baik untuk menjaga Adelia. Memang betul Keluarga Malaysia!
Kredit: IG araavaniella
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)