Anak lelaki kalau dengan ibu dia cukup lemah. Lagi-lagi bila dipeluk dan diusap kepalanya. Sebab itu ramai yang berpendapat, anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu. Benar, karakternya berlainan berbanding anak perempuan. Namun jika dididik dari awal dan wujudnya hubungan rapat dengan si ibu, anak lelaki boleh jadi insan yang hebat.
Empat sebab yang dikongsikan oleh kaunselor ini amat disarankan untuk ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki.
Perkongsian daripada kaunselor, Puan Farhan tentang kenapa anak lelaki perlu rapat dengan ibu ini sebenarnya adalah formula yang amat diperlukan untuk membentuk lelaki yang hebat, positif dan berkualiti dari rumah.
Hasil didikan dari awal daripada ibu sendiri tentunya berkesan membina karakter dan jiwa anak lelaki sebagai pemimpin. Seringkali mendidik anak lelaki diserahkan kepada bapa kerana lelaki tentu akan memahami lelaki, namun sharing yang bermanfaat ini memberikan inspirasi kepada ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki.
Berikut ialah perkongsian beliau;
KENAPA ANAK LELAKI PERLU RAPAT DENGAN IBU?
Anak lelaki perlu rapat dengan ibu. Keperluan ini adalah untuk membantu anak anda agar membesar dengan seimbang dan mempunyai ciri ciri yang positif sebagai seorang lelaki yang berkualiti.
Anak lelaki yang rapat dengan ibunya akan mendapat manfaat seperti berikut
Ads
#1. LEBIH MENGHARGAI WANITA YANG ADA DISEKELILINGNYA
Anak lelaki yang rapat dengan ibu pastinya akan lebih peka pada setiap apa yang ibu lakukan setiap hari. Kepayahan, kegigihan dan keletihan ibu akan lebih dihargai.
Seterusnya, ini akan mendorong mereka untuk menghargai wanita yang ada disekeliling mereka seperti adik beradik dan juga isteri.
#2. BELAJAR SIFAT LEMAH LEMBUT
Anak lelaki yang rapat dengan ibu akan belajar sifat lemah lembut. Ibu pada kebiasaanya mempunyai sifat lemah lembut dan anak akan belajar melaluinya. Jadi, anak anda akan belajar sifat lemah lembut itu dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Ads
Contohnya: Lemah lembut dalam percakapan
Anak lelaki itu memang sifatnya sedikit kasar, namun apabila mereka rapat dengan ibu, sifat kasar itu lebih mudah diuruskan.
Sebab itu, ibu jangan segan untuk peluk anak lelaki dan amalkannya dari kecil. InsyaAllah mereka akan lebih mudah diurus.
#3. LEBIH HANDAL PENGURUSAN RUMAH
Anak lelaki yang rapat dengan ibu juga akan lebih senang untuk diajar menguruskan rumah. Secara tidak langsung, mereka akan membesar menjadi seorang lelaki yang pandai serba serbi contohnya memasak, mengemas dan sebagainya.
#4. BELAJAR MENGURUS PERASAAN DENGAN BAIK
Ads
Ibu itu sifatnya suka mendengar dan lebih peka dengan masalah anak. Anak lelaki yang lebih rapat dengan ibu akan bersedia untuk berkongsi masalah dan apa sahaja isu tentang dirinya.
Contoh, andainya dia sedang bersedia dia akan lebih mudah berkongsi dengan ibunya. Seterusnya, dia akan dibantu untuk mengurus perasaan dengan baik.
Anak lelaki yang tidak rapat dengan ibu akan banyak memendam perasaan dan ini akan menyebabkan anak itu sukar mengurus perasaan sendiri kerana tidak ada orang yang membantunya keluar dari setiap isu yang dihadapi. Ini akan membuatkan anak itu menjadi sedikit ganas dan mungkin juga mudah marah.
**Dapatkan barangan keperluan anak pada harga yang sangat berbaloi di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakalanya dalam berumah tangga kita selalu rasa seperti tidak mencukupi dalam serba serba. Hidup rasa tak tenang dan gelisah. Balik ke rumah pula adakalanya rasa rimas dengan anak-anak yang masih kecil. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata.
Bukan salah anak tetapi sebagai suami dan isteri, ada baiknya kita sama-sama periksa di mana salah kita dalam hubungan rumah tangga kita. Suami terutamanya harus periksa senarai yang diberikan ini sebagai panduan.
Jadikan panduan daripada Firdaus Syakirin ini sebagai panduan untuk menjadi ayah dan ketua keluarga yang hebat dan harmoni. Sesungguhnya kita tak perlukan hidup yang mewah tetapi hidup tenang dan aman bersama isteri dan anak-anak.
Kita sebagai suami, jika kita selalu rasa…
1. Duit sentiasa tak cukup. 2. Kereta atau motor selalu buat hal. 3. Setiap hari ada ja perkara yang tak kena terjadi. 4. Kerja berlambak tak pernah habis. 5. Gaji tak naik. 6. Jiwa tak tenang, hati tak tenteram. 7. Baran tak bertempat. 8. Asyik marah anak bini. 9. Apa yg dihajati tak dapat. 10. Selalu tak sihat.
Maka check balik,
1. Hubungan kita dengan Allah s.w.t. Kita solat ke tidak, kita jaga solat ke tidak, kita solat ontime ke tidak, kita solat cukup rukun ke tidak.
2. Kewajipan dan tanggungjawab kita terhadap orang di sekeliling kita. Ada tak kita “berhutang” nafkah pada isteri dan anak-anak. Ada tak kita abaikan orang tua kita. Tanggungjawab kita terhadap mereka tu, kita tunaikan atau tidak.
3. Menzalimi atau menganiayai sesiapa. Kita ada pinjam duit sapa-sapa tak bayar ke. Kita ada menzalimi atau menganiayai orang lain ke atau kita ada tak buat salah kat orang, dan kita tak minta maaf.
4. Maksiat atau benda haram. Ada tak kita buat maksiat atau perkara-perkara yang dilarang oleh agama, main judi, nombor ekor, berzina, minum arak. Sumber pendapatan kita tu halal atau tidak. Apa yang kita bagi isteri dan anak-anak makan tu, sumbernya haram atau tidak.
Apa yang ditimpakan kepada kita tu dipanggil ujian atau musibah yang tujuannya untuk menyedarkan kita, pasti ada sesuatu yang kita dah buat atau kita tak tunaikan lagi sebagai seorang suami, ayah atau anak yg menyebabkan rezeki kita sempit, urusan kita sukar, hati kita tak tenang dan sebagainya.
Check dan perbaiki semula point no 1 sehingga 4. InsyaAllah selepas itu hidup kita akan baik-baik sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya di tangan tuhan. Siapalah kita untuk menidakan aturanya.
Selagi mana pasangan kita masih bernyawa, marah sekalipun janganlah berlarutan. Hargailah mereka selagi masih disisi. Sayangilah mereka sepenuhnya kerana mereka hanyalah pinjaman terindah dalam hidup kita.
PESAN BUAT SUAMI
Bro, Bayangkan harini kita tidur, besok pg bangun org yg kita syg dah takde sebelah kita.. Org yg selalu peluk kita dah takde.. Org yg selalu ucapkan selamat pagi bila kita buka mata dah takde.. Mesti kita rasa sedih..
Bayangkan harini kita balik kerja org yg selalu sambut kita depan rumah takde.. Org yg sambut kita dgn senyuman dan salam tangan kita dah takde.. Mesti kita rasa sedih..
Bayangkan harini kita rasa nk mkn tapi org yg selalu sediakan makanan dan tunggu kita di meja mkn dah takde.. Mesti kita rasa sedih..
Bayangkan harini anak kita nak mkn, tapi org yg selalu suapkan die mkn dah takde.. Apa agaknya kita rasa.. Mesti kita rasa sedih..
Bayangkan selalunya bila kita tengah kerja ada call atau text yg masuk dr dia tapi sekarang dah takde.. Mesti kita rasa sedih..
Bayangkan wajah yg kita boleh tatap harini tapi sekarang kita hanya mampu tatap dlm screen phone.. Kita dah tak boleh nak sentuh.. Kita dah tak boleh nak cium.. Kita cuma mampu tengok jek.. Mesti kita rasa sedih..
Andai terjadi perkara ni, hari2 kita akan peluk baju2 dia bila nak tidur.. Kita akan belek msj2 yg dia hantar pada kita hari2.. Hari2 kita terbayang dia sebelah kita.. Hari2 kita terbayang dia sediakan makanan kita.. Hari2 kita terbayang senyuman dia.. Hari2 kita terbayang gelak tawa dia.. Itulah perasaan yang hari2 kita akan rasa..
Bro, Harini genap setahun isteri aku pergi.. Benda2 ni semua la apa yg aku rasa.. Benda2 ni semua la apa yg aku dah hadap.. Benda2 ni semua la yg aku dah lalui.. Sakit.. Pedih.. Rindu.. Menyesal.. Tapi takde ape yg aku boleh buat sbb dia dah takde..
Selagi dia ada ni kita layan lah dia mcm permaisuri.. Sayangilah dia seadanya.. Aku pesan ni bkn sbb nak tunjuk bagus.. Tapi sama2 mengingatkan.. Supaya kita sentiasa menghargai apa yang ada depan mata.. Supaya kita sentiasa menghargai insan yang bernama isteri..
Ikhlas dari seorang suami yg sentiasa rindukan isterinya AdeLiyana Sapuan,
Sumber: Mohamad Khusyairi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buatlah ikut kemampuan, jangan dipaksa badan hingga otak pun stres. Situasi ini pasti ramai ibu yang melaluinya. Bekerja dan dalam masa sama kena uruskan anak serta selesaikan hal rumah tangga dah jadi perkara biasa.
Namun ada yang rasa sedikit stres bila memikirkan hal anak, nak masak, urus keperluan rumah sehingga tak tahu nak buat yang mana satu.
Kiranya kerja seorang ibu ini tak pernah habis. Ada sahaja yang perlu dilakukan. Jika tak buat rasa tak senang duduk pula kan?
Apa yang dikongsikan oleh Puan Masturah Abu Bakar ini sangat betul. Ibu kena belajar let go perasaan. Kena faham kita bukanlah robot boleh buat semua perkara dalam satu masa. Berikan ruang dan masa daripada kita rasa tertekan dan asyik nak marah.
Berikut antara perkongsiannya:
Sejak ada anak no.3 ni, saya belajar let go perasaan. Macam ni..
Tangan kita ada dua je. Tapi nak uruskan banyak perkara. Rasa nak buat semua benda. Tapi masa tak cukup.
– Rumah bersepah. Sakit mata. – Mainan merata-rata. Terpijak-pijak. – Pinggan tak basuh. Sinki penuh. – Baju menggunung. Tak basuh. Tak lipat. – Parcel nak dipos masih tak berbungkus. – Lauk masih tak masak. – Anak tak mandi lagi. – Diri sendiri tak mandi lagi. – Pm customer tak berbalas lagi. – Aktiviti anak-anak tak prepare lagi.
Panjangnya to do list. Stresssss sangat fikirkan.
Last-last kita baring. Tak dapat buat apa-apa sebab serabut. Langsung tak produktif. Mood ke laut. Marah anak-anak. Marah suami.
Sebab apa? Sebab kita nak semuanya perfect.
Rumah tersusun rapi. Mainan kemas tersimpan. Sinki bersih. Baju berlipat. Bakul kain kosong. Anak-anak dah siap wangi awal pagi. Lauk masak yang sedap-sedap. Aktiviti anak-anak dah well-prepared.
Kesian laaa kat diri sendiri. Badan kita ada satu je. Tangan kita ada dua je.
Berbaloi ke rumah kemas tapi diri sendiri tak happy? Penat. Emo. Overthinking.
Kita fikir, kita terlebih fikir. Kita jadi letih. Kita jadi tertekan. Kita rasa kita gagal sebab tak boleh selesaikan semua. Rasa diri tak berguna.
Berbaloi ke? Tak berbaloi kan?
Jadi sayangi diri sendiri. Buat sikit-sikit. Let go perasaan nak perfect. It’s okay kalau semuanya tak siap, tak apa. Buat yang penting sahaja dulu. Kalau ada masa buat la.
Ambil masa. Take a breath.
Pujuk hati. Raikan kejayaan yang kecil. InsyaAllah kita tenang.