Bertuah Anak Rapat & Manja Dengan Ayah. Itu Maknanya Di Rumah Ayah Sangat Bagus!

Share

Siapa kata tugas seorang ayah dan suami hanya cari nafkah je. Sebenarnya ia lebih dari itu. Sebagai seorang suami dan hero di hati anak-anak mestilah yang baik-baik diharapkan. Ingat seorang suami yang baik dan jadi kebanggaan anak isteri adalah yang langsung tak berkira dan beri layanan baik keluarga.

Jika anda rasa balik rumah, bagi duit pada anak bini, beli barang keperluan mereka, then cukup tanggapan ini silap. Jangan fikir bila buat semua tu kita dah boleh buat apa yang kita suka. Nak keluar hujung minggu dengan kawan-kawan, nak melepak smpai pagi di kedai mamak, nak main HP sampai lebam mata.

Jika suami dah tunaikan bab bagi nafkah keperluan tu alhamdulillah. Dah keluar, dah cari rezeki, dah bawa balik “rezeki” tu untuk dikongsi anak isteri…sekurang kurangnya, satu bab dah selesai…

Bab kerja-kerja rumah? Bab mendidik anak-anak? Bab menjaga dan memahami hati isteri?

Bab ni pun, kalau boleh, buatlah sekali…jangan letak limit atau had, “aku dah cari rezeki, aku dah bagi duit kat kau, maka kau nak apa lagi…”

“Apa lagi yang tak cukup?”

Bukan tak cukup, tapi ianya juga memerlukan penglibatan dan sumbangan dari kita sebagai seorang suami…percayalah, setelah balik mencari rezeki, kita masih ada kudrat untuk buang sampah, kemas rumah, cuci pinggan, lipat kain dan sebagainya…

Kita juga masih ada tenaga untuk ajar anak-anak, mendekati, bermesra dan menggauli anak-anak kita.

Bab mendengar dan memahami isteri pula, tak perlu kudrat dan tenaga, hanya perlukan masa dan telinga untuk mendengar apa yang nak diluahkan dan diceritakan isteri, seterusnya memberi pandangan, pendapat serta nasihat…

Hal ini sebenarnya dah cukup untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia…anak-anak membesar dengan baik, isteri rasa dirinya dihargai dan keluarga kita tenang serta aman daripada sebarang permasalahan…

Simple bagi yang selalu buat, tak simple dan menyusahkan bagi yang tak pernah buat atau tak nak buat…

Skop seorang suami dan ayah itu luas…jangan limitkan hanya dengan keluar mencari rezeki…wallahualam.

Sumber: Firdaus Shakirin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy