Seronok tengok keluarga Johan dan Ozlynn yang sentiasa ceria dan sederhana. Macam ibu bapa lain juga, pasangan ini sentiasa menitikberatkan didikan anak-anak dengan sempurna.

Apa yang buat netizen kagum dengan keluarga ini, Johan seorang yang rapat dengan anak-anak dan selalu membantu Ozlynn menguruskan anak. Tak kiralah yang besar atau pun bayinya, Moleiq.

View this post on Instagram

Nih jugak peluang kaum ibu utk mengemas baju, bilik, tukar cadar, MENGADAP.. kesempatan nih la yg selalu aku maksudkan.. kaum suami jangan berkira dgn kaum isteri.. sayang isteri x perlu dgn ucapan.. sb kdg ucapan x sama dgn hati dan perbuatan.. kdg ada isteri tanya.. “abg syg sya?” Suami jawap “ apa la awak nih.. sayang lah.. “sambil tu jari dia tgh dok gentel butang game..paling best mata masa jwp tu x pandang ko pon??.. haaaa.. 2 saat kendian.. perang dunia ke 3 bermula???… kan ke bgs sayang tu di sertakan dgn senyuman, bantuan.. ( jaga anak, masak, suap ank makan, basuh baju, kemas umah, sapu mop lantai, lap tingkap, lap kipas siling, tukar cadar, lipat baju, mandikan anak) haaaa apa lg yg kaum ibu x buat kat umah nih???…?.. xyah semua di atas la.. cukop dia tlg tdo kan anak pon kita dh sejuk.. trus terasa macam pakai feminine wash.. beranginnnnn jek???.. walaupon dlm tdokan anak tu dia selit jugak kesempatan dia utk membuta sekali.. eh xpe… asalkan dpt mak2 nih merasa “me time” ye dakkkkkk… ok gambar last khas utk yg bertanya aritu.. semoga dpt membantu kalian.. ❤️?

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Bagi Ozlynn, sikap ringan tulang Johan menguruskan anak sangat dihargainya. Kadang-kadang isteri akan lebih hargai suaminya bukan semata-mata dengan ucapan sayang tetapi bantu isteri buat kerja rumah atau urus anak kira dah terbaik.

IKLAN

Menurut Ozlynn dalam instagramnya sebab itu, jangan terlalu berkira dengan isteri. Ucapan sayang tak sama dengan hati dan perbuatan. Kadang ada isteri tanya, abang sayang saya? Suami akan jawab “apa la awak ni, sayanglah.” Sambil tu jari dia tengah tekan butang game. Paling best mata masa jawab tu langsung tak pandang isteri. Lepas tu tak mustahil adalah yang rasa tak puas hati.

“Kan ke bagus sayang tu di sertakan dengan senyuman dan bantuan.. Barulah isteri pun akan rasa terus dihargai.

IKLAN

“Kerja rumah seperti jaga anak, masak, suap anak makan, basuh baju, kemas rumah, sapu, mop lantai, lap tingkap, lap kipas siling, tukar cadar, lipat baju, mandikan anak). Ni semua isteri akan lakukan.

Bertuah Dapat Johan Yang Rajin Layan Anak Dan Ringan Tulang Buat Kerja Rumah

IKLAN

Tapi kalau tak mampu buat semua pun cukup tolong tidurkan anak pun dah sejuk hati.

Walaupun dalam tidurkan anak tu dia selit juga kesempatan untuk tidur sekali tak kisahlah asalkan dapat mak-mak ni merasa “me time”.

Sumber: ig jozlynnhanania

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI