Seronok tengok keluarga Johan dan Ozlynn yang sentiasa ceria dan sederhana. Macam ibu bapa lain juga, pasangan ini sentiasa menitikberatkan didikan anak-anak dengan sempurna.
Apa yang buat netizen kagum dengan keluarga ini, Johan seorang yang rapat dengan anak-anak dan selalu membantu Ozlynn menguruskan anak. Tak kiralah yang besar atau pun bayinya, Moleiq.
Bagi Ozlynn, sikap ringan tulang Johan menguruskan anak sangat dihargainya. Kadang-kadang isteri akan lebih hargai suaminya bukan semata-mata dengan ucapan sayang tetapi bantu isteri buat kerja rumah atau urus anak kira dah terbaik.
Menurut Ozlynn dalam instagramnya sebab itu, jangan terlalu berkira dengan isteri. Ucapan sayang tak sama dengan hati dan perbuatan. Kadang ada isteri tanya, abang sayang saya? Suami akan jawab “apa la awak ni, sayanglah.” Sambil tu jari dia tengah tekan butang game. Paling best mata masa jawab tu langsung tak pandang isteri. Lepas tu tak mustahil adalah yang rasa tak puas hati.
“Kan ke bagus sayang tu di sertakan dengan senyuman dan bantuan.. Barulah isteri pun akan rasa terus dihargai.
“Kerja rumah seperti jaga anak, masak, suap anak makan, basuh baju, kemas rumah, sapu, mop lantai, lap tingkap, lap kipas siling, tukar cadar, lipat baju, mandikan anak). Ni semua isteri akan lakukan.
Tapi kalau tak mampu buat semua pun cukup tolong tidurkan anak pun dah sejuk hati.
Walaupun dalam tidurkan anak tu dia selit juga kesempatan untuk tidur sekali tak kisahlah asalkan dapat mak-mak ni merasa “me time”.
Sumber: ig jozlynnhanania