Tak tahu apa istimewanya peti sejuk dengan anak kecil, ini adalah ‘port’ yang paling disukai tiap kali masuk dapur. Walaupun bukan nak ambil apa-apa pun, sekadar buka dan tutup, lepas tu perhatikan sekejap dalam peti dah memadai.
Mungkin juga suhu sejuk itu menarik minat anak kan? Jawapan ni hanya anak yang lebih tahu. Jika di ruang tamu pula remote TV selalu hilang. Tahu-tahu ada bawah sofa, dalam bekas mainan atau dalam bilik.
Namun momen ini sebenarnya akan menjadi kenangan ibu bapa bila anak besar nanti. Percayalah! Sama jugalah situasi yang dilalui oleh seorang pengguna di TikTok yang berkongsi mengenai gelagat anak lelakinya yang tertidur di dalam peti sejuk telah menjadi perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, ibu kepada kanak-kanak lelaki itu difahamkan telah mencari anaknya itu di merata tempat namun tidak menjumpainya.
Apa yang membuatkan ibunya terkejut apabila mendapati anaknya telah mengeluarkan semua barang yang terdapat di dalam peti sejuk sebelum masuk ke dalamnya dan tidur.
@madam_donat #fyppppppppppppppppppppppp #ditaja ♬ Hujan Dimalam Minggu Remix – 𝑄𝑥𝑀♡︎
Memang sebelum ini pun, anak suka keluarkan barang dalam peti. Tak sangka pula kali ni dia boleh lena dalam peti ais, bertuah punya budak. Jadi apa-apa habis orang kata ibu sendiri letak anak dalam peti ais.
Meninjau di ruangan komen, pemilik video turut memaklumkan bahawa anaknya memang suka bermain lampu peti ais namun tidak menjangka dia akan tidur di situ dengan lena kerana di rumahnya turut terdapat pendingin hawa.
Aircond dua biji dalam rumah.. peti ais jugak hang masuk tidoq.
Malah, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si cilik tersebut dan ada yang meminta ibu berhati-hati. Bagaimanapun teguran itu diambil secara positif dan memaklumkan peti sejuk ini raknya dah patah sebelum ini.
Tambah ibu ini lagi, anaknya akan bermain peti sejuk itu apabila dia berada di dapur sahaja dan memang selalu perhatikan. Tak sangka pula kali ni ideanya masuk dalam peti sejuk dan tidur.
Kredit : TikTok madam_donat
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)