Sejak anak-anak tak dapat keluar ke mana-mana dan hanya duduk di rumah, jenuh ibu bapa nak melayan karenah anak-anak. Macam-macam perkara diluar kotak fikiran kita yang tak terjangkau dek akal mereka boleh buat.
Kadang nak gelak, ada masanya nak marah. Tapi kerana mereka pun bosan, terpaksalah ibu bapa bersabar. Buat masa sekarang ni, ibu bapa kena sentiasa letakkan tahap kesabaran atas sekali.
Tambahan pula, ada ibu bapa yang bekerja dari rumah. Sambil buat kerja, sambil nak melayan anak, memang strugle. Tapi itulah hakikat buat masa sekarang.
Melalui apa yang dikongsikan oleh seorang ibu, Siti Suhaida Bakar mengenai gelagat anak lelakinya berusia 6 tahun yang mandi dalam mesin basuh kerana menganggap seperti kolam benar-benar menguji kesabaran. Nasiblah plug mesin basuh tu memang sentiasa dicabut.
Kebelakangan ni anak-anak minta izin mandi paip di luar rumah. Sambil mandi dia orang nak main ikan keli yang dia orang bela. Macam biasa bangun pagi terus nak mandi.
Umi memang ada di dapur je menyiapkan sarapan. Terdengar gelak ketawa mereka berdua ni di luar, umi biarkan saja. Hampir siap kerja umi, mereka tak siap mandi. Pelik umi, lama betul.
Umi tinjau la melalui tingkap. Nampak kepala Hasan. Umi pandang Hasan, Hasan pandang umi. Tersenyum-senyum simpul manis.
“Bertuah betul anak!”
Dia mandi dalam mesin basuh rupanya. Kakak tukang memberi sokongan. “Hasan mandi dalam kolam umi” Hasan cuba terangkan apa yang dia rasa.
“Umi snap gambar buat bukti nak tunjuk dekat abi”. Umi gertak dia. Teruslah Hasan keluar ketakutan. Nasib plug tak pasang. Sabar je dengan anak bertuah ni.
Betullah orang kata, anak-anak yang sedang membesar ni, akalnya panjang. Memori ni jugalah yang akan jadi kenangan bila mereka besar.
Kredit: Siti Suhaida Bakar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI