Orang kata anak banyak akal cerdik tapi menguji kesabaran ibu ayah. Lagi-lagi dalam fasa anak usia 2 tahun ke bawah, aktifnya lebih sikit dan perlu sentiasa ada pemantauan. Terleka sikit, macam-macam boleh jadi.

Kadang benda yang ibu ayah tak jangka anak buat pun mereka boleh buat sampaikan kita sendiri tergamam. Fasa ini akan dilalui oleh semua cumanya ia berbeza keadaan. Bila fikir nak dimarah pun tak boleh juga sebab mereka pun tak faham lagi.

Jadi nak tak nak ibu ayahlah yang kena banyak bersabar dan beristighfar sementara nak tunggu anak besar dan faham apa yang mereka buat itu betul atau salah.

Bertuahnya Anak! Tergamam Ayah, Skrin TV 65 Inci Berderai Dibaling Dengan Sikat

Lagi satu kena ingat, anak kita bukannya lahir terus nakal, cuma kanak-kanak ni jenis nak cuba semuanya. Peranan kitalah yang perlu ajar dan nasihatkan dengan cara baik agar anak faham.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang bapa, Zulfadli Zainol Alam melalui FB Anak Sepahkan Apa Hari Ini? mengenai anak lelakinya berusia 1 tahun 9 bulan yang telah pecahkan skrin televisyen bersaiz 65 inci dengan sikat.

Bertuahnya Anak! Tergamam Ayah, Skrin TV 65 Inci Berderai Dibaling Dengan Sikat

1 Tahun 9 bulan. Balingan PADU menusuk KALBU. Habis berderai TV SONY 60 INCH bapak dia. RM3400 up..up..and away….

Nak marah pun anak tak faham lagi, terpaksalah reda

IKLAN

Fasa anak tengah melasak, sebagai bapa anak tiga memang dah macam-macam situasi dilalui. Cumanya kali ini tak bernasib baik kerana Aish Mikhail lebih hebat berbanding dua kakaknya.

Bertuahnya Anak! Tergamam Ayah, Skrin TV 65 Inci Berderai Dibaling Dengan Sikat

Memang tak sangka pun kejadian ni boleh berlaku tapi semua ni dah ketentuan. Jadi kenalah reda. Kejadianya bermula apabila saya dan isteri sedang bersiap untuk keluar ke kedai buku dan kedai barangan bayi.

Bertuahnya Anak! Tergamam Ayah, Skrin TV 65 Inci Berderai Dibaling Dengan Sikat

IKLAN

Kebetulan ada sikat di atas meja. Masa tu kami tengah buka TV cerita kartun Oscar Oasis. Ketika hendak keluar hidupkan enjin kereta tiba-tiba dengan bunyi ketukan dekat TV.

Berderau darah sebab saya dah agak mesti TV. Dah lah TV tu baru dibeli tak sampai 3 bulan lagi. Saya cuma pusing dan panggil nama anak. Tak terkata apa setelah lihat anak buat muka tak bersalah.

Waktu tu satu je saya fikir benda dah jadi nak marah pun tak guna. Anak sedang membesar sel-sel otak sedang berhubung. Kakak-kakak dia pun dulu boleh tahan juga.

Bertuahnya Anak! Tergamam Ayah, Skrin TV 65 Inci Berderai Dibaling Dengan Sikat

IKLAN

Tak sedar waktu bila anak ambil sikat

Bila dah jadi macam ni terus tak jadi nak ke kedai buku dan kedai barangan bayi. Bawa anak pergi beli makan malam. Balik makan lepas tu tidur.

Sememangnya saya dan isteri tak sedar bila anak kecil saya capai sikat rambut dan baling  ke arah TV. Sebab anak saya baru masuk fasa membaling barang. Mungkin tak ada rezeki kami kali ni.

Memang masa mula-mula kejadian tu isteri membebel juga sekejap tapi bila dah ok sikit dia faham.

Kredit: Zulfadli Zainol Alam

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI