Bertuahnya Dhuhaa Sophea Di Usia Setahun Belajar 4 Bahasa. Dahlah Makin Comel!

Share

Bayi comel yang pernah menjadi perhatian netizen sebelum ini, Dhuhaa Sophea Stumbrys telah pun menginjak usia setahun. Melihat wajahnya yang comel, putih, gebu dan bermata besar rasa macam nak cubit je pipi.

Bayi kacukan Rusia-Melayu ini yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini mempunyai ramai pengikut dan rata-ratanya teruja melihat aksi dan keletahnya yang semakin bijak.

Persis seperti anak patung, Dhuhaa Sophea juga impian kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak comel sepertinya.

Dalam temubual eksklusif bersama ibunya, Siti Safuraa Hamzah yang berasal dari Terengganu, dia tidak menyangka Dhuhaa Sophea akan menjadi bayi popular.

Mungkin ini rezekinya dan Dhuhaa juga membesar sama seperti kanak-kanak lain. Jika nak diikutkan tiada apa tip yang istimewa.

Cuma saya dan suami memang akan bagi dia meneroka selagi tak mendatangkan bahaya.

Cara ini sebenarnya untuk meningkatkan keyakinan dalam dirinya. Mungkin dia belum tahu apa-apa di usia ini tapi baik untuk aktiviti fizikalnya.

Begitu juga apabila waktu makan atau tidur. Saya memang tak akan paksa sebaliknya beri kebebasan. Contohnya jika dia bangun pukul 8 pagi, saya biar je dia main dulu sehinggalah dia bagi isyarat untuk makan.

Waktu ini apabila dia betul-betul rasa lapar, memang menu yang saya buat untuknya akan habis. Selain tak paksa, anak juga akan rasa seronok bila tiba waktu makan.

Biasanya setiap ibu akan kenal cara anak-anak. Jadi lebih mudah kita nak buat sesuatu untuk memudahkan kedua-dua pihak.

Mudah Mesra

Siti Safuraa berkata, walaupun membesar di negara orang, Dhuhaa Sophea sangat mudah menyesuaikan diri. Macam di Sweden banyak sangat kemudahan untuk kanak-kanak disediakan.

Pelbagai aktiviti boleh dibuat bersama kerana disana kemudahan untuk ibu dan anak memang dititikberatkan. Biarpun anak tu baru berusia 3 atau 4 bulan dah ada aktiviti disediakan.

Paling seronok ada kumpulan mama dan bayi. Jadi masa untuk bermain dengan anak memang tak terhad dan anak sekecil Dhuhaa pun dah mula diajar berkawan.

Kelebihan Berbahasa

Dalam komunikasi pula, Dhuhaa dikira istimewa kerana kami suami isteri akan bercakap dalam bahasa Inggeris, Melayu, Russian dan Lithuanian.

Bila saya dan suami, kami akan bercakap dalam bahasa Inggeris. Jadi Dhuhaa pun turut sama memahami. Bagaimanapun jika suami bercakap dengan ahli keluarga atau rakannya, bahasa Russian dan Lithuanian menjadi bahasa pengantar.

Setakat ini walaupun Dhuhaa tak boleh nak cakap tapi dia dah faham apa yang kita cakap.

Biarpun saya berada di negara orang, bahasa Melayu tetap di hati dan apabila saya bersama Dhuhaa memang saya akan bercakap sepenuhnya dalam bahasa Melayu.

Mungkin orang akan fikir budak sekecil Dhuhaa akan mudah keliru, tapi saya percaya dia boleh menerima situasi ini perlahan-lahan mengikut usianya.

Yang penting saya akan terus serapkan budaya Melayu dalam diri Dhuhaa walaupun masanya banyak dihabiskan di luar negara. Saya tak mahu dia lupa asal-usulnya.

 

 

 

 

 

 

Published by
Wan Amy