Bertuahnya! Bagi penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar mendedahkan anak ketiganya Muhammad ‘Ali yang dilahirkan pada 19 September lalu adalah cahaya mata yang dinanti-nantikan keluarganya.
Kata Alif, sepanjang tiga generasi kebanyakan ahli keluarga sebelah ibunya terdiri daripada saudara-mara perempuan melainkan Alif sendiri.
Berkongsi semula detik kelahiran anak lelaki pertamanya, cerita Alif dia hampir terlupa dengan hari jadinya yang jatuh pada tarikh sama dengan waktu kelahiran ‘Ali.
Ads
“Alhamdulillah anak lelaki saya memberikan satu kegembiraan yang berbeza dalam keluarga kami kerana dia lahir sama dengan tarikh hari jadi saya.
“Pada hari itu saya sudah tak fikir apa selain melihat isteri saya bertarung nyawa dan menantikan anak saya dilahirkan.
“Tepat pukul 11.21 malam, ‘Ali dilahirkan secara normal namun dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi selama lima hari kerana demam kuning,” ujarnya.
Alif dan isteri Sha Dila Halid mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2 tahun.
Sha Dila pernah mengalami keguguran pada awal tahun ini namun disahkan hamil semula tidak lama selepas itu.
“Comelnya bayi ni, boleh saya dukung?” – mungkin ini antara ayat yang sering kita dengar bila ada ahli keluarga atau rakan datang menziarahi ibu yang baru melahirkan anak. Namun, tanpa disedari, kunjungan yang sepatutnya membawa kegembiraan boleh menjadi beban jika tidak dijaga dengan adab yang betul.
Kelahiran bayi adalah momen indah yang sarat dengan emosi, keletihan dan cabaran baharu buat ibu bapa. Justeru, menziarahi mereka memerlukan sikap peka, hormat dan penuh timbang rasa. Berikut adalah beberapa etika penting yang patut kita amalkan setiap kali ingin melawat ibu yang baru bersalin.
Jangan datang secara tiba-tiba—beri salam terlebih dahulu melalui panggilan atau mesej. Ini memberi ruang persediaan kepada ibu untuk menyambut tetamu dalam keadaan selesa.
Hindari waktu terlalu pagi, petang lewat, atau malam. Ibu dan bayi yang baru lahir amat memerlukan rehat.
Lawatan tidak perlu lama—cukup antara 20 hingga 60 minit. Lama berborak boleh mengganggu rutin rehat ibu dan bayi.
Jika anda sedang demam, batuk, selesema, atau baru terdedah kepada virus, lebih baik tunda kunjungan demi keselamatan bayi.
Basuh tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer sebelum menyentuh bayi atau alatan mereka. Amalan ini mengurangkan risiko jangkitan.
Meskipun niat baik, ciuman atau pelukan boleh menyebarkan kuman serius seperti HSV-1 (penyebab sariawan), yang berbahaya kepada bayi.
Jangan ambil bayi atau sentuh tanpa izin terlebih dahulu—sebagaimana elitism terhadap kebersihan, ini juga menghormati privasi ibu.
Perfume atau losyen berbau kuat boleh menyebabkan ketidakselesaan atau alergi pada bayi ataupun si ibu.
Bawalah makanan mudah, buah-buahan, atau keperluan bayi yang berguna. Sebaiknya tanya terlebih dahulu; hadiah seperti makanan bergizi atau perkakas bayi amat dihargai.
Jangan ajukan soalan peribadi yang mungkin menyentuh emosi, seperti cara bersalin, bentuk badan ibu, atau proses penyusuan. Tumpu pada sokongan moral dan keselesaan.
Memang seronok dan excited nak lawat baby yang baru lahir, tapi jangan lupa ibu dan ayah juga perlukan ruang untuk rehat, tenang dan menyesuaikan diri dengan kehadiran si kecil. Dengan menjaga adab ketika menziarahi, kunjungan kita bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, malah membawa ketenangan serta semangat buat keluarga baru ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang seronok pandang muka baby baru lahir yang comel. Masa pandang tu rajinlah bercakap dengan anak walaupun mereka tak faham lagi.
Ini petua anak cepat cakap yang diajar oleh Speech Therapist atau Jurupulih Pertuturan, Ruby Atika yang berkongsi caranya bercakap dengan bayi baru lahirnya.
Ibu ayah lain yang baru dapat anak bolehlah ikut cara beliau ini. Ia penting sebagai satu cara untuk merangsang anak cepat bercakap.
1) Siri Bercakap Dengan Bayi.
Baby Nisa’ baru 34 hari. Dia belum bercakap. Dia cuma tau nangis, susu, tidur, berak dan urusan-urusan penting sebagai seorang bayi.
Saya tidak mengajar dia bercakap. Saya hanya nak dia dengar saja. Dengarlah wahai anakku.
2) Siri Bercakap Dengan Bayi
Saya guna intonasi yang pelbagai dengan gaya bahasa keibuan yang memanjakan bayi.
Tidak pelat. Tapi berirama dan macam rhyme / pantun sikit.
“Sayang umi sayang, sayang umi Nisa”
Ayat pendek. Perkataan berulang-ulang.
Saya rajin buat urutan bayi (walaupun saya sendiri belum berurut). Sambil urut, saya cakap.
‘tangan yang rajin’ ‘kaki yang kuat’ ‘perut yang sihat’
‘telinga yang tajam’ ‘hidung yang mancung’ ‘pipi yang comel’
ni contoh saja…boleh juga masukkan unsur-unsur Islamik.
Saya juga menyebut sukukata tidak bermakna. Tapi dengan intonasi naik turun dan panjang pendek. Saya hanya mahu dia mendengar.
3) Siri Bercakap Dengan Bayi.
Mudah saja. Tapi raaaamai yang lupa nak buat. Realitinya, ada ibu-ibu di luar sana yang tak bercakap dengan bayi. Cakap sikit-sikit saja, sudah. Balik-balik panggil nama atau zikir-zikir suruh tidur.
Ada yang ralit dengan handphone. Ada yang ralit tengok tv. Saya juga ralit tengok cerita Korea. Banyak dugaan masa berpantang. Terutama online shopping. Laju ja..
Masa sesi penilaian, ada ibu-ibu yang mengaku, dia tak tau nak cakap apa dengan anak dia. Kenapa jadi mcm tu? Sebab tak berlatih.
Bagi ibu-ibu introvert, yang memang pendiam dan jarang membebel, anda kena berlatih untuk bercakap dengan anak. Lama-lama kekok tu akan berkurangan.
Selagi anda rasa kekok bercakap dengan bayi, selagi tu anda kena banyak berlatih.
4) Siri Bercakap Dengan Bayi
Bermain dgn “silly sounds” ialah aktiviti yang boleh dibuat semasa baby berjaga. (Masa tidur, bialah dia tidur, jangan kacau)
Ba ba ba…buuuu…..
chu chu chu….beep beep….
Tit tit tit…..bum bum!
Lihat reaksi anak. Pandang matanya.
Anda juga boleh buat “raspberries” atau sembur bibir yang mcm budak-budak selalu buat tu atau boleh juga buat bunyi “clicking” macam cicak tu.
Ni pun nak kena habaq, sebab ramai ibu-ibu muda yang blur sungguh. Yang ibu-ibu tua pun blur juga, anak-anak dia dah besar, dia lupa dah cara nak main dengan baby.
5) Siri Bercakap Dengan Bayi
Kalau dah tak tau sangat nak cakap apa, pergi ambil buku/quran, baca. Senang. Baca je.
Jangan fikir pasal dia faham ke tidak.
Kita cuma nak dia mendengar.
Pada umur baby ni, sel-sel dalam koklea dia baru nak mula diaktifkan. Dia dengar semua bunyi, semua jenis bahasa.
Dia belum boleh kod atau mengecam bahasa yang dia familiar. Macam kita, orang dewasa, jika kita tak pernah dengar bahasa jepun, kita tak boleh nak dengar betul-betul bunyi-bunyi pertuturan tu.
Kita rasa….macam bunyi bercampur dan tak dapat dibezakan apa pun.
Bagi bayi, dia mendengar semuanya. Makin banyak jenis bahasa yang kita dedahkan, jenis bunyi pertuturan yang kita dedahkan, makin banyak sel-sel dalam koklea tu, diaktifkan.
6) Siri Bercakap Dengan Bayi
Menyebut kata-kata positif.
“Nisa yang baik hati”
“Nisa yang rajin, rajin belajar”
“Nisa yang pandai, pandai mengaji”
“Anak solehah, yang terang hati”
Cakap dengan intonasi berlagu ala-ala pantun.
Cakap apa saja harapan anda.
“Belajar rajin-rajin, masuk universiti”
“Ramai kawan, selalu disayangi”
7) Siri Bercakap Dengan Bayi
Ya, seawal 2 bulan. (walaupun Nisa belum genap 2 bulan, tapi kita anggarkan umur 2 bulan)
Maka, ini ialah permulaan kepada wujudnya interaksi 2 hala. Kita cakap, tunggu dan lihat respon dia. (Nisa dah boleh senyum bila diagah).
Ada masanya dia aktif, goyang tangan kaki, bila kita cakap dengan dia, terus dia stop dan tumpu pada muka kita.
Ini ialah asas turn taking semasa komunikasi.
Kemudian bila dia bersuara, kita stop dan buat muka terkejut, lalu tiru bunyi suara dia tadi.
Asas sangat benda ni. Jika saya bukan ST, nescaya saya tak heran pun. Tapi sebab saya ST dan hari-hari jumpa budak yang tak ada interaksi 2 hala, maka saya rasa sujud syukur kepada Allah apabila melihat kemahiran-kemahiran ini pada Nisa.
Pelakon, pengacara dan pelawak, Jihan Muse akhirnya mendedahkan wajah putera sulungnya selepas dua bulan bersalin dan melalui tempoh berpantang.
Jihan dan suami, Ungku Hariz memperkenalkan bayi comel mereka dalam majlis aqiqah dan cukur jambul yang diadakan di Dewan Seri Hatinie Shah Alam, semalam.
Pada majlis yang dihadiri keluarga dan rakan terdekatnya itu, pasangan ini turut berkongsi nama yang telah dipilih buat anak mereka iaitu Ungku Arsalan Haq. Bayi lelaki Jihan juga turut mempunyai gelaran manja-Baby Ninja.
Sebelum ini Jihan dan suami mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka terlebih dahulu sehingga ada peminat seakan-akan tak berpuas hati.
Dengan pendedahan ini, pastinya peminat gembira selepas menanti lebih dua bulan lalu semenjak Jihan bersalin pada 25 Januari lepas.
Terdahulu, Jihan yang bersalin secara pembedahan telah melahirkan bayi sulungnya dengan berat 3.85 kilogram di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Sumber: instagram Jihan Muse & Ungku Arsalan Haq
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!