Rezeki anak yatim! Siapa sangka si kembar yang dilahirkan pada 31 Mac lalu tanpa sempat merasa kasih sayang seorang ibu kini menjadi perhatian pihak Istana Kelantan selepas tular kisah Medina Safiya dan Medina Sofiya sebelum ini.
Kisah Safiya dan Sofiya menjadi perhatian kerana ramai yang bersimpati dengan nasib kembar ini yang kini hanya menumpang kasih dengan ayah dan ahli keluarga sebelah ibu dan ayahnya selepas kehilangan ibu akibat komplikasi ketika bersalin.
Betullah orang kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cuma kita tak tahu sejauh mana rezeki yang lain pula Allah janjikan.
Namun apa yang membuatkan Safiya dan Sofiya menjadi perhatian kerana ayahnya sentiasa memuat naik perkembangan terbaru si kembar ini.
Syazwan Najmi Zulkarni, 23, tanpa rasa kekok boleh menjaga dengan baik amanah isterinya walaupun tiada pengalaman. Lagi buatkan ramai kagum kerana dua-dua cukup rapat.
Dalam perkongsian terbaru Syazwan Najmi, dia cukup terharu kerana Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri, Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson sudi turun padang melawat dan bermesra dengan anak kembarnya.
Ads
Daulat Tuanku
Kami hamba rakyat tuanku pacar yang hina ini menjunjung ampun mengucapkan ribuan terima kasih kepada ; Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson di atas kunjungan kasih hamba rakyat,bertemu anak hamba iaitu Medina Safiya dan Medina Sofiya
Safiya dan Sofiya disayangi ramai
Menerusi ruangan komen pada posting yang dikongsikan oleh Syazwan Najmi, ramai yang gembira melihat rezeki anak kembarnya. Di sebalik ujian mereka kehilangan seorang ibu, Allah gantikan mereka dengan kasih sayang dari orang ramai.
Walaupun tanpa ikatan persaudaraan, semua yang mengikuti kisah si kembar ini sayang pada mereka.
Ads
Mengimbau kembali kisah si kembar yang mirip arwah ibunya, Siti Nur Nasuha Shafie, selepas dilahirkan mereka tak sempat merasa pelukan seorang ibu kerana waktu itu ibunya mengalami komplikasi dalaman dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Setelah dua minggu bertarung nyawa, pada 14 April akhirnya Allah ambil selama-lamanya ibu muda ini. Ketika dilahirkan Safiya dan Sofiya dikategorikan bayi pra matang dan terpaksa diletakkan dalam jagaan pihak hospital.
Kini perkembangan mereka cukup membuatkan sesiapa sahaja terhibur kerana dah semakin montel dan banyak akal.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akibat kos pembedahan berkhatan terlalu tinggi, bayi lelaki berusia lima bulan mati apabila ibu bapanya melakukan proses berkhatan secara haram di rumah mereka di Bologna, Itali.
Bayi malang itu dikejarkan ke hospital berdekatan apabila ‘prosedur pembedahan’ menjadi teruk sebelum dia disahkan mati akibat serangan jantung.
Pasangan suami isteri yang juga ibu bapa bayi berkenaan dikenal pasti sebagai suspek berasal dari Ghana telah ditahan pihak berkuasa kerana didakwa membunuh bayi mereka.
Proses bedah siasat juga dilakukan bagi tujuan siasatan oleh pejabat pendakwa di wilayah Utara Reggio Emilia ke atas kedua-dua suspek berkenaan.Isu proses berkhatan ke atas kanak-kanak Islam sentiasa menjadi perhatian di negara itu kerana untuk melakukan amalan berkenaan ia menelan kos yang tinggi.
Kebanyakan pendatang beragama Islam di Itali menginginkan anak lelaki mereka bersunat tetapi mempunyai masalah kewangan dan sukar mencari doktor yang berupaya melakukan proses tersebut.
Kos berkhatan mengikut prosedur pembedahan yang sah di hospital menelan perbelanjaan kira-kira 3,500 Pound (RM18,795) seorang dan jika dilakukan secara haram pula bayaran yang dikenakan ialah 17 Pound (RM91).
Menurut organisasi kesihatan Amsi, lebih satu pertiga daripada 5,000 proses berkhatan dilakukan secara haram di Itali.
Kes kematian akibat proses khatan secara haram bukan perkara baharu, sebaliknya, pada Disember lalu seorang budak lelaki mati selepas kehilangan darah yang banyak ketika menjalani proses berkhatan di rumah.
Selain kanak-kanak lelaki berkenaan, adik kembarnya juga hampir kehilangan nyawa selepas diselamatkan dengan pantas menerusi rawatan intensif.
Ketika kes yang berlaku hujung tahun lalu itu, seorang doktor yang juga warganegara Amerika Syarikat yang berasal dari Libya meminta bantuan kecemasan apabila kanak-kanak itu kehilangan banyak darah, lapor media Itali.
Dalam fasa nak membesar, memang perkara biasa kalau anak tantrum bila dia tak dapat apa yang diingini. Sebagai ibu ayah, kita memainkan peranan yang sangat penting untuk mengawal tingkah laku anak dalam keadaan yang tidak membuatkan mereka tertekan.
Boleh nak marah tapi tak keterlaluan. Boleh juga nak manjakan anak, tapi tidak semua perkara perlu kita ikutkan keinginan mereka. Sebenarnya tak muah nak handle situasi anak tantrum, lagi-lagi kalau mereka ‘berdrama’ di tempat awam.
Perkongsian ibu ini di akaun Tiktok tyqaheykaa mendapat perhatian warganet apabila ramai yang kagum dengan caranya memujuk anak yang sedang tantrum.
Menurut ibu ini, anaknya mahukan handphone tetapi dia sengaja buat tak faham. Perkara itu membuatkan anaknya mula menangis dan merengek.
“Meh tangan, okay bangun. Nak marah, rasa nak marah tapi kenaaa..??”
“Sabar.” (sambil urut dada)
“Sekali lagi, nak marah tapi kena?”.
“Barrrr..” (sambil urut dada)
“Betul aaa, jangan buat perangai. Nak marah, rasa nak marah tapi kena?”.
“Barrrr..” (sambil urut dada sekali lagi)
Yang menjadi perhatian adalah cara ibu ini menenangkan anaknya menggunakan trend yang popular di Tiktok.
Jelas dengar ketegasan dalam suara ibu ini tetapi tidak perlu menggunakan kekerasan untuk memujuk anak yang sedang mengamuk. Biarpun dalam keadaan seperti tak ‘puas hati’ dengan ibunya, adik ini tetap respon kepada soalan yang diajukan.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga mereka.
Namun, bukan semua bertuah diberikan rezeki itu. Ada yang terpaksa menunggu bertahun lamanya malah tidak kurang juga menggunakan pelbagai kaedah rawatan kesuburan untuk hamil.
Bagaimanapun ada pasangan yang diuji apabila hanya menunggu masa saja untuk menimang cahaya mata tetapi tak kesampaian apabila bayi dalam kandungan meninggal dunia hanya beberapa hari lagi nak melihat dunia.
Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri ini melalui yang diuji setelah bayi dikandung dijemput Allah pada usia kandungan 38 minggu dan bila-bila masa saja menjengah dunia.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.