Amalan bertungku sudah diketahui umum kebaikannya kepada ibu selepas bersalin. Jika dahulu ia hanya menjadi amalan berpantang masyarakat Melayu tetapi kini kaum lain turut mengamalkannya.
Mungkin dahulu amalan ini dilakukan oleh ibu atau nenek kepada wanita yang baru lepas bersalin tetapi kini terdapat pusat rawatan selepas bersalin yang turut memberi kemudahan tersebut kepada sesiapa sahaja yang baru lepas bersalin.
Amalan bertungku dilakukan sebelum si ibu membalut bahagian pinggang hingga ke punggung atau lebih dikenali sebagai berbengkung. Salah satu sebab mengapa ibu disarankan bertungku iaitu membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku.
Darah nifas yang dikeluarkan oleh wanita selepas bersalin biasanya mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Dikatakan rahim tidak bersih sepenuhnya daripada kotoran darah sekiranya ia berhenti awal daripada masa yang sepatutnya.
Jadi, amalan bertungku dapat membantu melancarkan pengaliran darah kotor dan toksin keluar dari badan ibu.
Amalan bertungku juga dikatakan mampu memecahkan lemak dalam badan, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak ketika proses bersalin, dan mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.
Ada pelbagai kaedah orang menggunakan tungku dan ini salah satu daripadanya.
*Bakar tungku (batu sungai atau tungku besi) kemudian balut dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapik menggunakan kain yang tebal tetapi masih boleh dirasai kehangatannya.
Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elakkan Meletak Madu Atau Manisan Pada Pacifier Kanak-Kanak! Gigi Rosak Boleh Menyebabkan Bisul Gusi Dan Radang Muka Pada Anak
Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak-kanak. Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang.
Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini berlaku disebabkan banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah. Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari.
Bagaimana kerosakan gigi berlaku?
- Plak gigi yang mengandungi bakteria akan terbentuk dan melekat pada gigi si manja anda.
- Bakteria akan bertindak dengan gula menjadi asid dan menyerang serta mereputkan enamel atau lapisan luar gigi. Ia akan membentuk karies gigi yang akan menyebabkan gigi mereput dan berlubang.
- Jika masalah ini dibiarkan, kanak-kanak akan mengalami sakit gigi kerana bakteria di dalam karies akan terus merebak dan menjangkiti pulpa gigi.
- Lebih teruk lagi, sekiranya ia tidak dirawat, si kecil bakal mengalami masalah bisul pada gusi dan radang muka.
Faktor gigi anak rosak
Faktor utama kerosakan gigi berpunca daripada cecair, minuman atau makanan bergula yang diberikan kepada anak. Minuman dan makanan ini mengandungi gula tersembunyi yang akan menyebabkan plak terbentuk sekali gus menyebabkan gigi rosak.
Selain itu, tabiat bayi dan kanak-kanak yang gemar menghisap botol juga boleh menyebabkan kerosakan gigi berlaku. Apatah lagi jika si kecil menghisap botol yang berisi minuman manis ataupun minuman jus bergula.
Langkah pencegahan
Ibu bapa disarankan untuk mengehadkan pengambilan minuman bergula terutama di dalam botol untuk kanak-kanak. Selain itu, elakkan daripada memberikan anak menyusu botol sebelum waktu tidurnya.
Pilih ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida, iaitu sejenis bahan mineral yang membantu menghalang kerosakan gigi dan menguatkan lapisan enamel gigi. Fungsi fluorida juga adalah untuk membuatkan gigi bertahan daripada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria.
Elakkan meletakkan madu ataupun manisan pada pacifier atau puting kanak-kanak. Selain itu, minimakan penggunaan puting kerana penggunaan yang kerap akan menyebabkan susunan gigi kekalnya nanti tidak cantik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jika Dibiarkan Bayi Tidur Lama Tak Menyusu Lebih 3-6 Jam, Dia Dah Terlepas 2-3 Sesi Penyusuan
Bila pertama kali menerima cahaya mata, pasti banyak persoalan yang bermain di minda mama terutama soal penyusuan. Melihat bayi yang comel tidur dengan lena, rasa kasihan pula nak kejutkan si manja untuk menyusu. Ada yang menasihati agar jangan mengejutkan bayi yang sedang tidur. Keliru betul!
Aktiviti harian bagi bayi yang baru lahir hanyalah menyusu dan tidur. Malah mereka lebih banyak tidur berbanding menyusu. Bagi mama yang keliru tentang masalah ini, ikuti perkongsian daripada Puan Azura, pembimbing Laktasi tentang persoalan ini.
BAYI BARU LAHIR KUAT TIDUR, KEJUT MENYUSU ATAU BIAR?
Ini antara soalan popular dikalangan ibu baru melahirkan dan mereka dilema nak kejut bayi bangun menyusu atau biar bayi tidur berlama-lama,sementara itu payudara ibu mula membengkak. Mana satu nak pilih?
Ramai ibu memilih untuk membiarkan bayi terus tidur dan memerah susu menggunakan pam, hasil perahan pula akan disimpan sebagai stok didalam peti ais.
Cara ini tidaklah salah,tapi ibu perlu menyelesaikan situasi ibu sesuai dengan keperluan utama terlebih dahulu.
Bayi newborn dilahirkan dengan anggaran perutnya SEBESAR GULI sahaja,jadi bayi perlu disusukan dengan sangat kerap.Serta susu ibu adalah satu-satunya sumber makanan buat bayi ketika ini.
Apabila ibu membiarkan bayi tidur dalam tempoh lama contohnya 3 hingga 6 jam,ibu dan bayi sudah terlepas hampir 2-3 sesi penyusuan.
Jika ibu menggantikan 2-3 sesi dengan pam,kemudian susu ibu disimpan..Hanya payudara ibu diransang tapi bayi tidak mendapat susu sekerap seperti sepatutnya.Bayi memerlukan susu yang ibu perah tadi untuk dia minum dengan kerap dan bukannya untuk disimpan dijadikan stok.
Penyusuan yang kerap membantu bayi untuk;
-Menaikkan berat bayi
-Mengelakkan dehidrasi.
-Membantu menurunkan paras jaundis,susu ibu sangat mudah dihadam.
dan pelbagai lagi
Banyak kelebihan apabila bayi disusukan dengan kerap pada payudara dan paling penting ibu dan bayi dapat mahirkan diri untuk menyusu dengan betul.
Kredit:Nor Azura
Pembimbing Penyusuan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Luka Dalaman Pun Belum Sembuh, Isteri Dah Mengandung Lagi,” Ada Sebabnya Doktor Minta Jarakkan Kehamilan!
Memiliki jumlah anak yang ramai memang menyeronokkan namun aspek kesihatan ibu seharusnya lebih diberikan perhatian untuk mengandung dalam tempoh waktu yang kerap. Anak-anak yang masih kecil juga terabai malah setiap perkembangannya tidak dipantau kerana jumlah anak yang ramai.
Luahan dan perkongsian ilmu oleh doktor ini, Dr. Erna Nadia memang menarik. Banyak benarnya dalam kata-kata beliau. Tubuh isteri memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Jadi suami harus buka mata, biar isteri benar-benar sembuh terlebih dahulu.
JARAK KEHAMILAN
Saya ditugaskan untuk menjaga MCH ( maternal & child health) di klinik baru ini. Risau juga sebab agak berisiko tapi saya selalu fikir kalau tidak belajar sekarang, bila lagi?
Kebetulan seorang senior doktor di sini adalah bekas pelajar masters dalam bidang kesihatan keluarga. Hari pertama lagi dia dah tahu yang saya berminat untuk sambung belajar dalam bidang yang sama.
Nasihat dia : Erna, awak perlu banyak membaca setiap hari. Bukan baca CPG sahaja tapi kena buka textbooks dan baca jurnal. Dan awak praktikkan dalam kerja seharian. Insha Allah ok punya.
Telan liur kejap. Punyalah susah nak jadi pakar ni kan? Tapi kenapa ramai orang boleh senang-senang percaya kepada penjual atau penyampai petua merapu yang langsung tak ada ilmu asas pun tentang kesihatan? Pelik binti benar bin ajaib.
Ok, kembali kepada topik asal. Kawasan tempat saya kerja ini adalah kawasan pedalaman. Orang utara kata hulu banat. Orang kl kata hulu gilerrr.
Jadi, ibu ibu di sini rata ratanya ada ramai anak. Umur 25 pun dah 5-6 orang anak. Ramai dan meriah. Tapi tak terurus. Baik mak atau anak.
Ya, memang kita digalakkan untuk memiliki ramai cahaya mata tapi adakah kuantiti lebih penting dari kualiti? Kenapa doktor selalu bising bising kalau jarak kelahiran dekat?
Risiko untuk mendapat bayi kurang berat badan dan zat, risiko kelahiran pramatang, risiko anemia ( kurang darah) dan masalah kongenital adalah tinggi kepada ibu yang sudah mengandung lagi dalam masa 6 bulan.
Faktor risiko jika jarak kehamilan rapat:
1. Anemia
Wanita akan kehilangan darah dalam 200-400 ml darah setiap kali melahirkan anak ( jika beranak normal). Kehilangan darah yang banyak ini perlu di ganti semula. Darah merah memerlukan masa 90-120 hari untuk terbentuk semula. Kelahiran yang rapat akan membuatkan darah merah belum sempat terhasil dan risiko semakin tinggi kerana ibu perlukan darah yang cukup semasa mengandung.
Jadi, bayangkan.
Sudahlah yang lama belum sembuh, kita tambah lagi beban pada hati kita untuk kerja keras hasilkan darah. Bila kurang darah, kena ambil darah banyak kali dan suruh makan ubat tambah darah banyak, kita bebel kata doktor kejam.
2. Tombong atau rahim jatuh
Ingat lagi kenapa berlakunya tombong? Salah satu faktor terbesarnya adalah kelahiran yang ramai. Ingat, rahim kita adalah otot yang fleksibel. Semakin kerap kita beranak, semakin tinggi risiko untuk mendapat tombong. Semasa melahirkan anak, banyak otot yang luka dan trauma. Setiap yang luka pasti memerlukan masa untuk pulih. Kesian badan kita. Bagilah dia rehat sama sekejap.
3. Rahim pecah
Hal ini banyak berlaku pada ibu yang melahirkan anak secara bedah. Rahim yang dipotong memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih. Nak nak pula kalau si ibu ada masalah kesihatan lain seperti darah tinggi, kencing manis yada yada yada. Rahim yang belum sempat pulih kemudian di tambah dengan kehamilan baru, berisiko untuk pecah ( jarang berlaku tapi boleh).
4. Kelahiran pramatang
Rahim masih lemah dan kita tambah beban lagi pada dia. Akibatnya rahim kekal lemah sepanjang kehamilan baru.
5. Bayi kurang berat badan
Ini adalah kerana ibu senang mendapat anemia. Kekurangan nutrisi menyebabkan bayi kurang mendapat zat semasa di dalam rahim. Kesian kan?
6. Depressi
Ada sesetengah kes, si ayah yang asyik nak anak. Nak buat kelab bola sepak katanya. Nak ada perempuan katanya ( lepas 10 anak semua lelaki). Ya lelaki memang senang. Akibat mereka, yang menanggung adalah isteri. Padahal isteri tak rela mengandung lagi.
Jangan jadi lelaki dayus. Fikir sama keadaan fizikal dan mental isteri. Bukan senang nak jaga bayi kecil. Ditambah pula luka dalaman yang masih belum sembuh. Takut nanti isteri meroyan sebab terlampau tekanan. Nak ditolak takut dikata isteri nusyuz. Bincang sama sama. Nak berapa anak. Bagaimana nak jaga.
7. Autism
Bayi yang dilahirkan oleh ibu dengan jarak kehamilan kurang dari setahun setengah adalah sangat berisiko menjadi autism. Perkembangan di dalam rahim menjadi terbantut jika nutrisi tak mencukupi.
8. Anak terabai
Rata rata yang datang klinik dengan anak masih setahun dan kandungan dah menjejak dua tiga bulan biasanya akan mengabaikan sahaja anak mereka. Anak yang berumur 0-3 tahun memerlukan perhatian yang lebih dari ibu bapa mereka kerana mereka sedang membesar.
Mereka tak pandai nak melakukan apa apa lagi. Biasanya bila mengandung, wanita akan jadi sedikit beremosi akibat daripada hormon dan penat atau morning sickness. Bila anak perlukan anda, anda marah anak kata anak anda degil padahal mereka cuma kanak kanak yang tak faham apa apa. Kesian mereka.
9. Masalah tulang rapuh
Apabila mengandung, wanita memerlukan kalsium yang cukup untuk dirinya dan anak yang dikandung. Bayangkan kalau tengah mengandung dan anda masih menyusu anak anda lagi? Hormon estrogen amat penting untuk penyerapan kalsium. Gangguan pada hormon boleh menganggu struktur tulang.
10. Rumahtangga terabai
Apabila anak masih kecil dan berderet dan anda mengandung lagi, kesihatan anda akan sedikit terjejas. Bukan kesihatan fizikal sahaja tetapi mental juga.
Nak uruskan rumah, nak uruskan suami dan anak anak dan nak uruskan diri sendiri dan kandungan. Akhirnya semua urusan jadi caca merba dan diri sendiri tidak selesa. Jadi, adakah kita masih lebih mementingkan kuantiti berbanding kualiti?
Ya, saya faham ramai yang kata Islam galakkan ramai anak tapi kita kena ambil kisah untuk semuanya. Dari aspek kesihatan dan ekonomi serta perkembangan anak anak. Kita tak boleh pentingkan diri sendiri.
Jika isteri tak sihat, biar dia betul sembuh dahulu. Jika anak anak terabai, pulihkan dahulu kucar kacir keluarga.
Jika ekonomi tak membantu, fikirkan dahulu cara untuk stabilkan kehidupan anda. Ada sebab kenapa doktor suruh jarakkan kehamilan.
Seeloknya jarakkan kehamilan 2-5 tahun. Ada banyak kaedah untuk merancang keluarga.
Katanya ada viral mengatakan yang pil atau suntikan perancang adalah merbahaya? Jawapan saya tak betul. Biasalah nyetizen ni, gemar sangat menakut nakutkan orang dengan sesuatu yang tak pasti. Macam isu vaksin?
Bincang seeloknya dengan pasangan anda. Fikir akan faktor risiko masa hadapan. Rancang keluarga bagaimana yang ingin anda bentuk bersama.
Untuk isteri, jika tak selesa atau rasa penat atau ada penyakit, tolong jangan takut dan segan untuk bagitahu suami. Suami anda bukan jembalang yang makan orang. Cakap elok elok, terangkan lembut lembut. Insha allah mereka boleh faham.
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Dan untuk suami, fahami dan sayangilah isteri anda. Kita kahwin bukan sebab nafsu, tapi kita kahwin kerana tanggungjawab. Jika anda sayang mereka, dengarkan mereka. Perempuan ini biasanya sayang suami lebih dari diri dia sendiri. Saling menjaga, insha Allah bahagia?
“Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Nota kaki : biar kuantiti kecil tapi kualiti besar dari kuantiti banyak tapi semua terabai dan terbiar?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI