Berus pencuci botol susu mestilah ditukar selalu. Hal ini kerana banyak kuman akan terkumpul pada berus botol jika terlalu lama digunakan.
Persoalannya ramai yang tak sedar walaupun botol susu kelihatan bersih namun kuman di berus botol masih ada. Ini antara yang ramai ibu bapa terlepas pandang. Kebanyakannya menganggap apabila dah membersihkan botol susu semuanya dah selamat. Tapi hakikat di sebaliknya ramai tak tahu.
Kadang-kadang bila anak sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah kita akan anggap puncanya sebab salah makan. Jadi selepas ini bila sudah tahu pencuci botol susu salah satu tempat kuman membiak pastikan lebih peka.
Tersentak saya bila baca posting Dr. Saidatul Husna berkenaan span basuh pinggan yang boleh jadi ‘silent killer’ pada mak ayah kita terutama yang ada kencing manis.
Bahaya betul!
Lepas baca post tersebut terus terlintas di kepala,
“Pencuci botol susu anak pun guna span juga”
Kadang-kadang tu basuh botol anak susunya dah basi, kerak susu melekat di puting, walaupun basuh sehingga bersih di mata tapi mata kita mana boleh nampak kuman.
Mana nampak kalau kuman dari susu basi tadi melekat pada span, kerak susu yang di sental pada puting tadi pun boleh terselit dalam span.
Dah dekat 6-7 bulan pencuci botol ni tak di ganti.. Syukur alhamdulillah Allah masih lindungi anak-anak saya.
Kita tak nampak ni !
Kesian anak kecil boleh jadi loya, deman, muntah dan cirit birit kalau kuman E-Coli ni menyerang perut mereka.
Memang bernasib baik betul tak jadi apa-apa pada anak selama ni. Kena tukar sebelum terjadi apa-apa, menyesal tak guna nanti.
Di rumah tiada pencuci lebih jadi sementara nak pergi beli yang baru saya ambil langkah-langkah pencegahan ini yang Dr. Saidatul kongsikan.
Rendam/rebus span dengan air panas selama 5 minit.
Boleh juga hangatkan di dalam microwave pada suhu terpanas selama 2 minit.
Nota (ini hasil carian di google):
Suhu kepanasan untuk membunuh kuman di sarankan pada 100 darjah celsius dan ke atas.
Ini langkah pencegahan sementara sahaja. Seelok-eloknya 3 minggu sekali tukar yang baru.
Kalau berkaitan kesihatan anak-anak ni ibubapa kena selalu sangka buruk jangan melengah, sebab bila dah berlaku sesuatu nanti sangat buruk akibatkan pada anak dan diri ibubapa sendiri.
Berikut perkongsian Yati Eimra
Saya gunakan 2 berus botol, satu untuk kegunaan harian di rumah dan 1 lagi khas untuk travel sahaja. Berus botol untuk dibawa travel & berus untuk straw (jarang guna) saya bersihkan bila perlu sahaja (lepas selesai guna & sebelum simpan). Walaupun dibersihkan, berus botol tetap kena tukar bila sampai masanya. Saya gunakan berus botol jenis tak berspan & tukar berus baru bila berus semakin mengembang.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Air panas menggelegak
Sedikit sabun pencuci botol
Cuka* (optional)
Bekas untuk merendam berus
Berus gigi baru (saya gunakan berus gigi murah² yang dibeli khas untuk bersihkan berus botol sahaja)
Cara membersihkan berus botol (termasuk juga berus gigi):
1. Masukkan air panas menggelegak ke dalam bekas yang bersesuaian. (pastikan berus terendam sepenuhnya)
2. Tambahkan sedikit cuka. (saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air).
3. Masukkan sedikit sabun pencuci botol.
4. Gunakan berus botol untuk kacau larutan tadi. Biarkan berus terendam sepenuhnya 5-10 minit.
5. Gunakan berus gigi yang baru, gosok dibahagian pangkal & dicelah-celah berus untuk tanggalkan kekotoran & segala mendapan.
6. Basuh bersih & keringkan.
Nota penting**
*Cuka bukan sahaja bertindak memudahkan kotoran tertanggal tapi juga boleh membasmi kuman
*Jika tiada cuka, boleh juga bersihkan berus botol gunakan air panas & pencuci botol sahaja
*Disarankan guna larutan cuka ni sekurang²nya sebulan sekali atau bagi mak² yang pertama kali bersihkan berus.
*Untuk berus gigi anak saya rendam berasingan. Bukan setakat berus gigi anak kecil, tapi berus gigi orang dewasa pun boleh guna cara ni (berus gigi perlu ditukar 3 bulan sekali)
Sampaikan pesanan penting ini kepada ibu bapa. Jika masih ada anak tang menyusu menggunakan botol, prihatinlah dengan bahaya kuman daripada berus pencuci botol.
Sumber: Mohd Fhais
Artikel berkaitan: “Kalau Ada Lebih Dari 3 Botol Susu Lebih Bagus, Boleh Gilir-Gilir” Doktor Kongsi Tip
3 Kaedah Steril Botol Susu Anak, Elak Jangkitan Kuman!
Kuman Di Botol Susu Antara Punca Anak Muntah & Cirit Birit. Step Ni Ibu Kena Tahu!