Berwaspada Dengan Beberapa Objek Di Tempat Awam. Kuman Ada Di Mana-Mana, Si Kecil Berisiko!

Share

Siapa ada anak kecil kena berwaspada dengan beberapa objek ini di tempat awam. Ia memang biasa digunakan dan ramai ibu bapa yang akan menggunakannya tetapi jangan dilupakan yang objek tersebut menjadi tempat pembiakan kuman.

Suka atau tidak apabila anda mengambil keputusan membawa anak yang masih kecil berada di tempat awam, ia akan meningkatkan risiko mereka terdedah pada pelbagai kuman dan virus.

Walaupun anda cuba melindungi si kecil daripada orang di sekeliling yang batuk atau bersin berhampiran dengan cara menutup mulut atau hidung tetapi langkah pencegahan tersebut sebenarnya tidak melindungi anak dari kuman-kuman bersaiz mikro yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Kuman-kuman tetap akan berterbangan di udara dan boleh disedut oleh orang-orang yang berada di persekitarannya melalui pernafasan. Kuman dan virus tersebut juga boleh sahaja melekat di permukaan objek-objek yang anda sentuh atau letak si kecil. Begitulah cara kuman dan virus tersebar,” ujar Robert Schwartz, MD, pakar kedoktoran keluarga di University of Miami School of Medicine, Amerika Syarikat.

Bayangkan jika kita orang dewasa pun tak boleh sepenuhnya terlindung dari kuman dan virus yang bertebaran jadi bagaimana dengan bayi yang masih kecil kan?

Aktiviti membawa anak bersiar-siar di pusat membeli-belah pada hujung minggu menjadi antara rutin yang kerap dilakukan oleh ramai ibu bapa muda masa kini. Ana mungkin beranggapan bahawa objek yang ada di situ bersih dan disteril kerana berada di tempat yang tertutup, sejuk dan selalu dibersihkan.

Ternyata ia tak benar sama sekali. Anda mungkin tak menyangka beberapa objek yang ada di dalam pusat beli belah yang sering dikunjungi menurut beberapa kajian yang dilakukan sering menjadi sarang kuman dan virus. Apakah ia?

Troli membeli-belah

Ini merupakan salah satu tempat paling banyak kuman berkumpul terutama di bahagian pemegangnya. Bayangkan berapa ramai pengunjung yang memegang troli tersebut yang mungkin mempunyai masalah kesihatan. Mungkin ada yang baru sahaja bersin atau menutup mulutnya ketika batuk atau menggonyoh hidung dengan tangannya. Kemudian tanpa membersihkan tangan terlebih dahulu, tangan yang sama terus memegang troli tersebut lalu memindahkan kuman dan virus.

Troli membeli-belah juga kerap digunakan untuk meletak barang-barang basah seperti daging mentah atau sayur dan buah yang belum dicuci yang boleh sahaja mengandungi bakteria seperti Salmonella dan E.coli.

Disarankan sekiranya anda kerap membawa bayi berbelanja di supermarket atau pusat membeli-belah agar mencuci tangan atau menggunakan pembersih tangan membasmi kuman selepas selesai tugas membeli-belah sebelum anda memegang atau mendukung si kecil.

Taman permainan

Ini juga lokasi yang berpotensi menyebarkan banyak kuman kepada si kecil. Sudah namanya kanak-kanak, maka biasalah tangan si kecil akan menyentuh lantai, kotoran, memegang hidung dan mulut yang sedang mengalami batuk dan kemudian memengang pelbagai jenis mainan yang ada di taman permainan. Dari situ sudah berlakunya proses penyebaran pelbagai kuman dan virus.

Mungkin anda tak membawa bayi bermain di taman permainan tetapi jika si kakak atau abang yang bermain di sana pulang ke rumah dan terus membawa kuman dan virus yang diperoleh di taman permainan lalu menyentuh atau mencium adik. Maka risiko adik untuk terjangkit kuman memang tinggi.

Kerusi di restoran atau highchair

Tanpa pilihan untuk membuatkan anak duduk dengan selesa semasa makan, maka kita akan menggunakan highchair yang disediakan di restoran atau kedai makan. Tetapi biasanya kebersihan highchair tersebut agak meragukan kerana jarang dibersihkan setiap kali selepas digunakan oleh pengunjung sebelumnya.

Pelbagai sisa makanan yang bersepah di celah-celah kerusi atau sentuhan yang dilakukan oleh kanak-kanak atau orang dewasa yang menggunakan highcair tersebut yang mungkin sedang mengalami batuk atau selesema akan menyebarkan kuman dan virus.

Jadi sebaiknya sebelum anda meletakkan bayi duduk di highchair pastikan lap terlebih dahulu menggunakan tisu basah yang mengandungi disinfektan. Begitu juga dengan kerusi dan meja makan kerana si kecil pasti akan memengang dan mungkin meletakkan mulutnya di situ.

 

 

 

 

 

Published by
Hasnita Sawal